PETALING JAYA: Timbalan
Presiden PAS, Mohamad Sabu mengumumkan penyanyi yang terkenal dengan
lagu Janji Manismu, Aishah akan menjadi calon mewakili parti itu di
Parlimen Jempol.
Dipetik dari portal berita Antarapos pada
Khamis, beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Mat Sabu’ mengumumkan
perkara tersebut pada ceramah anjuran PAS Bukit Bintang di Gombak.
Aishah
atau nama penuhnya Wan Aishah Wan Ariffin yang dipetik sebagai berkata,
beliau masih belum bersedia untuk bertanding pada pilihan raya kali
ini.
“Berderau
darah saya. Tetapi ini keputusan PAS Pusat. Walaupun ikut kata hati
saya, tunggulah sepenggal dua lagi (untuk bertanding),” katanya kepada Antarapos - Sumber
No comments:
Post a Comment