Sebagaimana apa yang diramalkan memang menjadi kenyataan, ketidakpastian dan melambat-lambat pembubaran parlimen ada di selitkan dengan berbagai-bagai kemungkinan. Kini MB N9, memulakan andaian kemungkinan besar akan ujudnya ketadik sefahamnya antara Pengerusi Perhubungan UMNO dengan PM itu sendiri.
GM pernah menulis berbagai-bagai andaian kaitan dengan beberapa " KEMUNGKINAN " yang menyebabkan PM melambat-lambatkann pemburan tersebut.
Mungkin Najib sudah hilang kepercayaan kepada semua pengerusi perhubungan negeri kerana ada kalangan mereka tidak sehaluan dengan Najib, mereka yang masih mahu
menyenaraikan calon-calon lama dan berusia itu dikatakan menimbulkan
rasa kurang senang Najib kerana beliau mahu segera mengaplikasikan
keinginannya meletakkan calon-calon muda dan baru yang disifatkannya
"winnable" di banyak kawasan dalam pilihanraya kali ini.
Bagi calun-calun pula - " kemungkinan " ada yang mahu berkhidmat, ada kerana kemaruk
dengan gelaran YB dan disanjung di sana-sini, ada kerana untuk
kepentingan perniagaan dan juga ada kalangan mereka menjadikan tiket wakil rakyat
sebagai landasan mengaut kemewahan dalam hidup. mungkin juga adalah kalangan yang berada dikawasan yang sukar
untuk menang pula, ghairah mahu menjadi calon kerana merasakan
inilah masanya untuk membuat "sedikit duit" sebab masa kempen itu nanti
pelbagai sumbangan dan bantuan kewangan boleh dikaut daripada pelbagai
sumber.
MB Negeri 9 yang juga AMT UMNO ( gambar ) tidak berasa hairan dan terus meramalkan apa yang akan terjadi setelah pihak PM mengumumkan calun-calun BN khususnya dari UMNO untuk PRU13 itu nanti. Andaian beliau memang ada kaitan dengan " kemungkinan " seperti yang dinyatakan di atas.
Menteri Besar Negeri Sembilan itu berkata ini berlaku kerana akan ada
yang tidak berpuas hati jika tidak tersenarai sebagai calon. “Bila dah umum calon nanti ada yang sabotaj parti dan akan ada dua kumpulan berpuak-puak,” kata Mohamad, beliau menjawab soalan dari pemberita selepetas berakhirnya mesyuarat MT sebentar tadi.
“(Perdana Menteri) Datuk Seri Najib dah cakap tadi, jangan
gaduh-gaduh,” tambahnya yang ditemui wartawan diperkarangan lobi
bangunan Umno di PWTC di sini. Kenyataan PM jelas memperlihatkan akan ada " pergaduhan " akan ada " sabotaj " dari kalangan YB-YB yang tidak tercalun, atau mereka yang sudah mengharapkan pencalunan di gugurkan pula.
Insiden untuk membenarkan negeri-negeri juga memilik manifesto berasingan juga boleh memberikan kesan negatif atas semangat setia kawan dalam " Barisan ", negeri-negeri boleh menyediakan sendiri dan tidak semestinya mengikut apa yang di rancanakan oleb negera. Walau bagaimana pun bagi N9, BN negeri tidak akan menggunakan manifesto yang berasingan, bagi Muhammad Hassan BN mampu dan beliaju optimis BN akan dapat majoriti 2/3 di PRU 13 ini.
Ahli politik daripada parti pemerintah BN dan PR akan bertarung
merebut 222 kerusi parlimen dan 505 kerusi Dun pada Pilihan Raya 2013,
The Malaysian Insider difahamkan ia bakal berlangsung dalam tempoh
sebulan ini. Seramai 13.3 juta pengundi, termasuk 3,000 yang menetap di luar
negara telah mendaftarkan diri sebagai pengundi pada pilihan raya kali
ini yang dilihat paling sengit dan penting untuk seluruh rakyat
Malaysia.
No comments:
Post a Comment