Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, April 4, 2013

PKR BUBAR - UMNO / BN TIDAK BOLEH GOYANG KAKI

Kini sah sudah parlimen di bubarkan hari ini 03 April 2013 dan DUN Perak akan ikut sama walaupun tarikh yang dibenarkan sehingga 25 April 2013. Kini sudah tentu pemimpin parti yang akan bertanding sibok untuk mengenal pasti calun-calun yang akan bertanding. Terutama BN / UMNO, sebaliknya PR sudah pun menetapkan siapa yang akan bertanding khususnya di peringkat parlimen tapi bagi BN / UMNO masih belum dapat memestikan siapa calun-calunnya.

Apa yang perlu di " highlightkan " ialah dalam keadaan " tension " bagini pihak PKR cabang Pasir Salak juga mengambil kesempatan untuk " menaikan " tension terebut khususnya kepada ahli-ahli PKR itu sendiri.


Sdr. Setiausaha Cabang - Sdr. Taufik menyerahkan borang UMNO 
untuk bersama-sama kembali dengan YB dato Tajuddin. Tahniah.

Dengan penyerahan borang keahlian tersebut, PKR Pasir Salak kini " tersungkur "  sebelum menghadapi " peperangan " di PRU13 ini. Kemanakan Hj. Osman selaku Ketua Cabang selepas ini, apakah beliau akan meneruskan hasrat untuk bertanding di DUN Sungai Manik? Mampukan Hj. Osman bergerak tanpa sokongan rakan-rakan yang lain dan bagaimana pula Sdr. Mustafa Kamil Ayub - mampukah beliau menghadapi " musuh " tradisi Dato Tajuddin bin Parlimen P073 - Pasir Salak? 
Satu persoalan

N.48 SUNGAI MANIK

Tragedi perletakan jawatan dan kembalinya SU Cabang bersama UMNO memberikan kredit kepada UMNO itu sendiri, kini UMNO sudah boleh merasa lega, musuh tradisi PKR sudah tiada dan kini hanya tinggal PAS sahaja. sudah tentu keretakan kepimpinan PKR ini di pergunakan seluas-luasnya oleh UMNO. Apakah pucuk pimpinan negeri akan mengambil inisiatif baru dan menggantikan calun dari PKR ke PAS? sama-samalah kita tunggu. Kekuatan PAS untuk bertanding semula agak kukuh. Kalau PAS bertanding sudah tentu UMNO akan menghadapi laluan sukar.

PARLIMEN

Bagi calon parlimen, PKR di berikan mandat untuk meneruskan percubaan buat kali ketiga pada PRU kali ini dan Sdr. Mustafa juga diberikan amanah untuk terus menentang calun UMNO/BN, tapi sedih mereka masih belum bagitu yakin untuk Dato Tajuddin boleh memengi kerusi kali ini, kerana pada 2008 beliau hanya mendapat majoriti seperti diatas. Najib amat cemas dengan tingkah laku beliau, Najib tidak yakin dan angin bertiup mungkin kali ini " winnable candidate " akan mengganti tempat beliau. Kita tunggu dan lihat juga apa yang akan terjadi.

N.49 KAMPONG GAJAH

DUN N.49, bertukar calon dari kedua-dua parti, baik PAS mau pun UMNO. Dengan majoriti cuma 1416, PAS mampu membuat kejutan kali ini, persediaan PAS di tahap yang paling maksima. PAS juga mengambil " advantage " dari pergeseran yang berlaku dalam UMNO itu sendiri. Penduduk dan pengundi Pasir Salak khususnya di DUN Kg. Gajah sudah " getek " dengan Dr. Wan. Mungkin Dr. Wan akan balik ke Grik.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA