PRU 13, cukup memeningkan PM - Najib, PRU 13 adalah PRU yang cukup mencemaskan selepas PRU12, di PRU12 UMNO / BN hampir bungkus dan dengan kehendakNya juga pada awalnya UMNO / BN kehilangan 5 negeri - ( Kelantan, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor ) tapi dengan kerakusan dan salah guna kuasa, serta UMNO / BN dapat " memperdayakan " mereka di pihak mahkamah dan pihak istana, akhirnya Perak kembali ke pangkuasaan UMNO / BN.
Tragedi rampasan kuasa itu hingga kini, UMNO / BN sentiasa diperhatikan oleh rakyat, rakyat mula bangkit, rakyat ingin tahu apa sebenarnya yang dilakukan oleh pemimpin UMNO / BN pada negara, rakyat bangkit dengan BERSIH, isu LYNAS, isu FELCRA / FELDA, isu AIR dll. Rakyat sudah sanggup di mandikan dengan air beracun, sudah sanggup menerima hentakan bontot senapang, sudah sanggup menerima sepak terajang PDRM. Bagi rakyat yang penting perlu adanya perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran negara.
Amalan budaya yang di amalkan oleh pemimpin UMNO / BN yang penoh dengan rasuah, salah guna kuasa, masalah sahsiah diri yang rendah di jadikan ukuran oleh rakyat. Rakyat mahu bertindak, rakyat sudah mencongak untuk " mentalqinkan " UMNO / BN.
PRU 12 adalah titik mula rakyat bangkit.
SPR sudah pun melaksanakan tugas membubarkan parlimen juga telah menetapkan tarikh penamaan calun pada 20 April dan tarikh pengundian pada 5 Mei. Rakyat menanti dengan penoh rasa " gembira ", mereka amat ghairah untuk menghukum UMNO / BN di pru kali ini.
Di PRU 13 ini UMNO / BN cukup berhati-hati di dalam memilih calun-calun mereka. Sebaliknya, PR terus keghairahan mengumumkan calun-calun mereka, sebaliknya BN nampaknya
masih menilai dengan berhati-hati. "Slow and Steady". PRU12 di jadikan " bench-mark " untuk memilih calun, kali ini dengan icon " winnable candidate " calun-calun mesti bersih, berjiwa rakyat, tidak rasuah, tidak
sombong, tidak bongkak, bukan kaki betina, bukan kaki berzina, tidak
main pakau, ekor atau berjudi, tidak tinggal solat, bersifat rendah diri
atau tawadduk, ikhlas , berpelajaran tinggi atau berilmu, tidak gila
kuasa, tidak bermuka-muka, tidak berpenyakit malah pendek kata bukan
setakat bersih tapi mesti kelihatan bersih. Itulah spesifikasi kriteria-kriteria yang hampir sempurna atau ‘perfect’ untuk ditawarkan kepada rakyat.
Tapi apakah ianya " mudah " untuk Najib mencari mereka ( calon-calon ) yang bagitu " lengkap " penghidupannya. rakyat semua sudah mengenali feel YB dari UMNO / BN. Rasuah menjadi amalan, salah guna kuasa dijadikan budaya dalam pentadbiran, pembentukan kroni dan membela sanak suadara di jadikan satu rukun dalam penghidupan. Perangai " samseng " memang dijadikan amalan harian. Buruk perangai mereka bukan saja di peringkat PRU malahan salah guna kuasa, politik wang di amalkan juga diperingkat pemilihan di peringkat Cawangan, Bahagian dan MKT. Buruk perangai seperti yang dinyatakan sudah menjadi darah daging kepimpinan UMNO / BN.
Tapi apakah ianya " mudah " untuk Najib mencari mereka ( calon-calon ) yang bagitu " lengkap " penghidupannya. rakyat semua sudah mengenali feel YB dari UMNO / BN. Rasuah menjadi amalan, salah guna kuasa dijadikan budaya dalam pentadbiran, pembentukan kroni dan membela sanak suadara di jadikan satu rukun dalam penghidupan. Perangai " samseng " memang dijadikan amalan harian. Buruk perangai mereka bukan saja di peringkat PRU malahan salah guna kuasa, politik wang di amalkan juga diperingkat pemilihan di peringkat Cawangan, Bahagian dan MKT. Buruk perangai seperti yang dinyatakan sudah menjadi darah daging kepimpinan UMNO / BN.
Ini Budaya buruk laku yang ada pada pemimpin UMNO
( mampukah Najib mengenal pasti mereka yang bersih ? )
Selepas
pertandingan merebut jawatan dalam pemilihan bahagian UMNO yang lepas
ramai ketua-ketua bahagian yang membuat rombongan membawa penyokong
mereka ke Bandong, Medan dan Jakarta sebagai ganjaran serta habuan
sogokkan kerana menang dalam pertandingan melawan Ketua Bahagian.
Kebetulan
ia berlaku sebaik selepas tsunami politik PRU12 yang lepas tindakan ini
dilihat seolah-olah meraikan kekalahan mereka dalam PRU12.
Mungkin bagi sesetengah mereka memenangi jawatan Ketua Bahagian lebih
penting dari memenangi pilihanraya itu sendiri. Kerana jawatan Ketua
Bahagian adalah tiket tawar menawar sehingga ke peringkat pemilihan pucuk pimpinan tertinggi parti seperti Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden dan Ahli Majlis Kerja Tertinggi.
Sebab
itu mereka bersuka ria meraikan geng-geng mereka di pusat-pusat hiburan
di Jakarta, Bandung dan Medan bersama-sama kerana kejayaan membelasah
rakan UMNO dalam pemilihan bahagian.
Atas dasar itu Najib sampai ke saat rencana ini ditulis masih belum berani untuk mengumumkan senarai calun-calun ( winabale candidate ) kerana masing-masing ada menyimpan salah laku kalangan mereka. Untuk itu perkhabaran yang di terima 3 kategori pemilihan calun di buat, ianya seperti tercatat:
No comments:
Post a Comment