Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, April 13, 2013

AKU JANJI BN - RAKYAT TERUS TERBEBAN

Di manakah perbezan " aku janji " BN dengan PR.

Agenda 1 Turun Harta Kereta

PR - Cukai eksais diturunkan secara berperingkat sebanyak 20 % setiap tahun dan akan terhapus dalam      masa 5 tahun.
       - Libersari industri automatif membolehkan kereta dikeluarga pada harga serendah RM25K
BN - Turun harga kereta antara 20 - 30% dalam masa 5 tahun

Agenda 2 Kurangkan kadar Bayaran Tol

PR  - Ambil alih lebuhraya berperingkat untuk hapus tol. Biaya operasi dengn dana RM5 bilion yang selama ini dibayar sebagai pampasan kepada konsesi.
BN - Mengurangkan Bayaran Tol antara bandar secara berperingkat.

Agenda 3 Permit Teksi Individu

PR  - Menghapuskan sisgem permit kepada syarikat dan diberikan terus kepada pemandu ( individu )
BN - Hanya menambah permit teksi individu.

Agenda 4 Reformasi Pendidikan

PR  - Bantuan tambahan kepada Sekolah Agama Rakyat Sekolah Jenis Kebangsaan, Sekolah Mubaligh dan sekolah persendirian yang melibatkan peruntukan RM220 juta setahun.
        - Pendidikan Percuma untuk semua, Hapuskan PTPTN.

BN - Meneruskan peruntukan khas kepada semua jenis sekolah seperti sekolah Jenis Kebangsaan, sekolah Mubaligh dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan.
       - Menyediakan lebih banyak biasiswa berdasarkan merit, perutnkan khas kepada golongan kurang   bernasib baik. - petikan dari SK -9 april.


Kajian oleh Sinar Harian kaitan dengan Menifesto antara BN dan PR.

Dengan pembentangan Menifesto oleh BN, rakyat terus tidak " mengiktirafnya ". Kajian oleh Sinar Harian jelas rakyat tidak suka dengan BN. Di sebalik menambahkan peruntukan BRIM dari RM500 untuk keluarga pendapatan bawah RM3k dan belia bujang dari RM250 ke RM600. Ertinya kerajaan akan menambah hutang negara dan rakyat. 

Kerajaan Pakatan Rakyat untuk negeri-negeri di bawah " pemerintahan " mereka telah membukti kemampuan mereka untuk terus membantu rakyat hasil daripada lebihan bukan pinjaman. Model kerajaan Selangor yang banyak merakyatkan ekonomi seperti memberi air percuma, tabung kifalah RM2500, Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) dan banyak lagi skim yang diberi oleh kerajaan PR.

Kemampuna ini  berjaya dibukti oleh Kerajaan PR melalui amalan berjimat cermat dalam pengurusan. Akhirnya kerajaan PR dapat menidakkan tohmahan BN, dengan negeri PR akan mengalami kebangkrapan. Dan kerajaan Selangor berjaya menambahkan wang tabungan dari RM400juta ke RM2.6 bilion, dan negeri-negeri lain terus berjaya mengurangkan defisit perbelanjaan pengursan.

Kerajaan BN " terpaksa " menjilad ludahnya sendiri kaitan dengan tuduhan jika harga kereta di turunkan negera akan muflis tapi kini BN juga turut menurunkan harga kereta tapi sasaran dan strateginya tidak menentu. Malahan seperti ada " udang di sebalik me "





Rajah di atas jelas memperlihatkan kepada kita bagaimana tersalah urusnya wang negera dan massa kini 
peningkatan hutang sentiasa meningkat. Tahun 2004 hutang  RM242 bilion meningkat  kepada RM363 bilion pada 2009 dan RM456 bilion pada 2011. Hutang negara pada tahun  2012 RM502 B. Meningkat ketara 107.4 % hutang sejak 8 tahun.Ertinya setiap rakyat akan menanggung hutang  hampir  RM18,000 seorang.

Kesan ketara ketidak mampuan Najib dan rakan-rakan dalam menguruskan negera kini telah memberi dan menambahkan kesengsaraan kepada rakyat. Bererti rakyat menempah kesengsaraan melalui kenaikan perkhidmatan, kenaikan cukai, kenaikan harga barang, kualiti perkhidmatan dan tanggungjawab
Kerajaan semakin kurang.

Perkhidmatan kerajaan juga ssemakin meruncing dengan peningkatan pengangura, sebagai contoh, pengangguran di kalangan siswazah seramai 76200, 10,200 pemilik Diploma Pendidikan tidak ada penempatan, 1118 pilot yang tidak ada kerja, 8000 pemegang Diploma Kejururawatan masih menganggur.

Jika BN menang banyak lagi racun berbisa yang sedang menunggu rakyat seperti kenaikan harga petrol, gula, tepung, GST, cukai prepaid, tol. Oleh itu rakyat wajib jangan beri undi, biarlah mereka mahu menjanjikan bulan atau matahari. 57 tahun, bukan waktu percubaan tetapi waktu untuk hendak melasanakan. Masa untuk BN sudah berlalu, rakyat mahu kerajaan baru.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA