Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, April 12, 2013

MASJID LAMA KG. GAJAH -JIWA KU TENANG

Hanya untuk renungan: di paparkan tenaga pengajar di Masjid Lama, Kg. Gajah. Jadual pengajian akan di edarkan setiap awal bulan di minggu pertama. Hampir semua bindang pengajian di sertakan untuk mereka yang " kurang Ilmu "
Jom kuliyah.....
  Ust. Sidek Nor, beliau " membentang " pengisian kaitan dengan kitab rujukan " kitab hikmah ", tenaga pengajar salah sebuah pondok pengajian di Batu Hampar. untuk bulan ini isyallah beliau akan hadir pada 19 April nanti.
Moh kuliyah......
Tajuk maut...
Ust. Zamanhuri, beliau menggunakan bahan rujukan " Tanbihul Ghofilin " atau diterjemahkan ke bahasa kita " peringatan kepada mereka yang lupa " selain itu beliau juga menggunakan kitab " Kiamat sudah dekat " beliau mengajar 2 kali sebulan
Jom kuliyah.......
Dan ada makan nasi talam...
Tinggal di Kampar, beliau bekas seorang guru pernah berkhidmat di SK Kg. Gajah dulu dan kini di tukar nama kepada SK DAto Sagor, zaman muda pernah telibat dengan PAFA, juga dapat lesen pengadil bolasepak bertaraf FAM. Kini beliau sudah mengajar dengan menggunakan kitab " Penawar Bagi Hati "
Jom singgah ke taman syurga..
Ustaz Shuhaimi Hamid dar Langkap, dengan Kitab Asas Akadidah Islam. untuk pembentuan sahsiah dan ingin melangkapkan diri dengan keesaaan Allah, ustaz ini berusaha untuk menerpkan aqidah kita agar ianya tidak tergelincin, kerana sikit silap kita akan " murtad "
Moh kuliyah....
Ini penceramah undang, penceramah undangan, Subki Latif,  ceremah kaitan dengan isu semasa.
Jom dengor di kuliyah......
Ust. Duyamin, guru agama sebuah sekolah di daerah ini menggunakan kitab " Munyatul Musolli " dengan kitab ini para jemaah sendiri dapat menilai sendiri kaitan dengan sholat yang dilaksanakan setiap waktu, disamping mendalami wirid sembahyang.
Mari ke kuliyah.....
Ustaz Zainal Masri, pula di pertanggongjawabkan dengan Kitab " Mustika Hadih "
Jom kuliyah...
Ustaz Mohd. Halmi pula berusaha sedaya upaya untuk memperbaiki bacaan Alquran dengan mengikut Tajwid yang diperlukan. Berpandukan kitab " Alquran & Tajwid " beliau juga secara sukarela membuka kelas tersebut untuk kaum ibu setiap Khamis mulai jam 3.30 petang.
Moh dengar........tentang ROH....
Ustaz Mustafa shaari, anak tempatan dan berkelulusan dari Mesir, selain dari tenaga tetap beliau juga sering mengambil tempat sebagai ustaz " relief " ( menggantikan ustaz yang tak hadir mengejut ), beliau banyak menggunakan kitab " Roh ", Hadis , 
Jom kuliyah.....
Ustaz Muda lulussan Syria ini, memberikan bimbingan kaitan dengan Ilmu Faraid, Munakahat, Kelebihan Solat, beliau Ust. Zafrul juga mengambil tempat sebagai ustaz untuk mengisi kekosongan di Kuliah Subuh untuk hari Sabut.
Masih ramai lagi kalangan " tenaga pengajar " yang belum dapat di laporkasn, walau bagaimana pun kepada pengunjung blog ini, laporan ini untuk pengetauan semua dan untuk laporan segara kunjungi FB Rakan Masjid Lama, Kg. Gajah.
Jemaah masjid ini juga merasa bangga kerana ramai kalangan penduduk tempat yang bersedia memberikan infak sama ada bentuk wang ringgit mau pun tenaga. Setiap bulan ada sahaja penyumbang untuk jamuan makan " nasi talam " dan setiap kuliah subuh Sabtu pula ada yang bersedia untuk menyumbang sarapan.
Jom le ikut kami di majlis pengajian di Masjid Lama Kg. Gajah. 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA