Menurut
seorang sahabat yang berada dalam barisan pengurusan penerbitan akhbar
Sinar Harian, matlamat penerbitan ini ialah untuk menyiarkan laporan
secara adil buat Kerajaan dan juga Pembangkang.
Oleh itu boleh dikatakan hingga ke saat ini Sinar Harian boleh dikatakan memberikan laporan yang telus buat kedua-dua belah pihak, biarpun ada kalanya laporannya kelihatan memihak kepada Kerajaan.
Jika dulu dalam satu kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar Harian On-Line hasilnya telah memeningkan kepala Najib apabila hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar langsung tidak memihak kepada Najib dan UMNO. seperti berikut..

Kali ini hasil kaji selidik yang dijalankan oleh Sinar Harian juga menerima maklumbalas yang sama.. dengan lain ayat apa saja yang cuba dibawa oleh UMNO/BN ditolak oleh majoriti rakyat..
Kaji selidik kali ini berkisar tentang Manifesto untuk pilihanraya.. Jumlah pembaca yang mengambil bahagian dalam kaji selidik ini hingga jam 4.00 petang tadi ialah 6822 orang pembaca.
Bagi soalan "Jika anda seorang pengundi, manifesto parti mana yang memikat perhatian anda".. 81% pembaca meletakkan Manifesto Pakatan Rakyat sebagai lebih menarik..
Bagi soalan yang kedua pula "Manifeso yang mana meyakinkan anda, hingga bakal mempengaruhi sokongan anda"..
6034 dari 7321 pembaca yang mengambil bahagian iaitu 82% memberikan jawapan Manifesto Pakatan Rakyat..
Soalan seterusnya pula mengenai penilaian rakyat berhubung tawaran Manifesto Barisan Nasional, 62% pembaca menyatakannya sebagai 'Tidak Menarik', 21% menyatakannya sebagai 'Sederhana'..
Walaupun ianya bukanlah mewakili seluruh pengundi dalam Malaysia, sikit sebanyak ianya membuktikan bahawa apa yang di bentangkan oleh Najib dalam Manifesto BN itu hanyalah syok sendiri..
Hmmm.. mungkin ada kebenarannya dakwaan seorang sahabat dari UMB yang mengatakan ramai cybertrooper dari UMB masih bersama UMNO tetapi tidak menyokong UMNO lagi...
Jika mereka masih menyokong sudah tentu lebih dari 10,000 cybertrooper tu mampu mengubah hasil kajiselidik oleh Sinar ini..
No comments:
Post a Comment