Pilihan raya umum ke 13 yang akan berlangsung tidak lama lagi menentukan
masa depan negara ini sama ada masih kekal ditakuk lama dengan tiada
perubahan dan kemajuan sebenar berlaku dalam kehidupan rakyat kepada
suatu perubahan memberangsangkan untuk mereka di bawah Pakatan Rakyat
(PR).
Sekarang PR tidak perlu lagi digelar sebagai pembangkang kerana ia
adalah komponen parti-parti yang tercetus dari suara hati rakyat akar
umbi mahukan perubahan ketara dalam sistem pentadbiran negara hari ini
setelah melihat lebih 50 tahun negara gagal dibentuk berjaya sebaiknya
dalam semua aspek di bawah Barisan Nasional (BN).
PR telah berjaya membuat perubahan walaupun hanya memerintah di empat
buah negeri sahaja (Kelantan, Kedah, Selangor, Pulau Pinang) dengan
segala tekanan dari Kerajaan Pusat di bawah BN.
Gabungan suara rakyat itu telah berjaya membuat lonjakan paradigma- cara
bagaimana urus tadbir negeri dengan telus dan adil untuk semua pihak
sebagaimana pimpinan mereka suarakan di hadapan rakyat. Kejayaan mereka
adalah dari hati mereka dan dengan restu rakyat- adalah kejayaan rakyat
dari semua lapisan masyarakat.
Inilah perubahan yang kita mahukan, inilah ledakan perjuangan sebenar
yang kita harapkan dan diadaptasikan dalam pilihan raya umum nanti.
Kekentalan perjuangan rakyat, diharapkan dapat mengalahkan segala
fitnah, tohmahan, rancangan jahat dari pihak BN sepanjang masa sampai
akhirnya kerajaan Putrajaya dibentuk di bawah PR dengan aman. Jika ada
gangguan dan huru hara dicipta BN, pihak keselamatan mesti bertindak
bijak dan berhemah mengawal keadaan sehingga hak rakyat diserahkan
kepada rakyat bukan diserahkan kembali ke tangan kerakusan kuasa BN.
Mereka yang menjadi perosak suara rakyat harus dihukum di bawah
undang-undang yang adil, tidak boleh dibiarkan begitu sahaja menjalankan
aktiviti jenayahnya sepanjang hayat. Mereka perlu diadili dan dibawa
kemuka pengadilan agar hak rakyat dikembalikan semula, agar rakyat
diperlihatkan dengan nyata, jenayah yang dilakukan terhadap mereka
selama ini.
No comments:
Post a Comment