KUALA LUMPUR: PKR menuntut penjelasan berhubung satu maklumat yang
diperolehi mereka bahawa Kor Risik Angkatan Tentera Malaysia (ATM)
diarah melatih anggota Pemuda Umno dan orang awam untuk mensabotaj dan
mengganggu program Pakatan Rakyat (PR).
Memetik laporan Sinar Harian Online, Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Datuk Johari Abdul (gambar) mendakwa, beberapa hari lalu beliau telah dihubungi oleh seorang lelaki.
Lelaki tersebut ujarnya mendakwa sebagai seorang orang awam yang dilatih untuk membuat huru-hara menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) terutamanya di kawasan Wilayah Persekutuan dan Lembah Klang.
"Dua kumpulan yang didakwa telah dilatih oleh Kor Risik ialah Kumpulan Batas dan Warisan Malaya.
"Kini ahli kumpulan ini bertaburan di seluruh negara dan telah bersiap sedia untuk melakukan huru-hara," dakwanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, yang dipetik akkbar versi online itu.
Sehubungan itu katanya, beliau dan seluruh rakyat mahukan penjelasan dari pihak-pihak berkenaan adakah maklumat itu benar atau sebaliknya.
"... adakah benar Kor Risik mempunyai program melatih kumpulan-kumpulan tertentu bagi melakukan kerja-kerja sabotaj terhadap PR dan ahli-ahli kumpulan ini akan melakukan huru-hara jika BN serta Umno tumbang pada PRU13.
"Kami tidak menuduh Kor Risik terlibat tetapi minta pihak bertanggungjawab menjawab dakwaan ini memandangkan dakwaan yang dikemukakan adalah serius," katanya lagi.
Berhubung isu keselamatan menjelang PRU13 ini, Johari juga meminta Ketua Polis Negara dan Panglima ATM memberi sedikit ruang serta masa untuk bertemu pemimpin PR untuk memberi jaminan bahawa pasukan keselamatan akan terus komited memastikan perkara seperi dakwaan ini tidak berlaku.
"Kami amat yakin polis, ATM, pemimpin-pemimpin politik dari mana-mana parti dan rakyat dapat bergabung mempertahankan negara demi masa depan negara yang lebih aman," ujarnya lagi.
Khairy nafi
Sementara itu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menafikan pihaknya menerima apa-apa latihan Kor Risik ATM seperti yang didakwa.
“Tak betul... itu fitnah. Saya amat menghormati profesionalisme pihak ATM yang tidak terlibat langsung dalam politik terutamanya dalam melatih mana-mana ahli dalam parti sama ada Umno ataupun Barisan Nasional (BN)," katanya dipetik portal itu.

dari Penoreh Getah
No comments:
Post a Comment