Najib dengan Kepimpinan UMNO kini seolah-olah telah diserang oleh satu virus yang sungguh gagah dan mungkin gagal untuk di hapuskan, kalau kebiasaannya kita mendengar dengan wabak dan kemunculan virus selsema babi, tapi kini tidak mustahil wabak virus ini muncul pula di kalangan kepimpinan UMNO, wabak virus " selsema Kerajaan Perpaduan " memang telah menghantui Najib dan UMNO. Semenjak selesainya masalah kerajaan perpaduan di dalam PAS, telah menyebabkan tersebarnya virus yang baru, iaitu Selsema UMNO.
Virus " Selsema Kerajaan Perpaduan " ini muncul disebabkan tangisan UMNO terhadap kegagalan mereka
memecahbelahkan PAS, dan kegagalan mereka menjadikan PAS hamba bagi
mereka. Semua rancangan mereka tersebut gagal, dan menyebabkan mereka
mengalami selsema disebabkan tangisan mereka yang tidak berkesudahan
itu.
papan ini hanya jadi momokan rakyat sahaja
sedangkan rakyat sudah tahu keadaan sebenarnya.
Sudah pasti antara mereka yang paling " kritikal " dihinggapi oleh virus ini ialah PM sendiri. Siang malam pagi dan petang beliau memikirkan vaksin pencegahnya. Sehingga sekarang beliau masih gagal mengenal pasti vaksin terbaik untuk selsema tersebut. Kalau sebelum ini, beliau menyangka bahawa kerajaan perpaduan adalah Vaksin yang dapat menghilangkan peningnya selama ini, rupa-rupanya ia menjadi sebaliknya. Kesan dari " pening " tersebut beliau masih masih belum kelihatan tarikh untuk PRU13.
Najib mempelbagaikan cara untuk memenangi hati rakyat.
Hinggakan Keretapi di jadikan alat kempen.
Kini Najib sudah bertambah " kritikal " bukan lagi virus " selsema Kerajaan Campuran ", tapi sudah dihinggap pula dengan " Virus Tarikh PRU13 " Najib cukup pening kini, apa lagi dengan isu Deepak, dan Deepak pula sudah menghantar saman untuk nya kaitan dengan Rosmah, Altantua, C4, kemudian penyiastan persendirian Bala pula sudah kembali ke tanah air dari buangan. Nampaknya virus demi virus bermaharajala lela di benak hati Najib.
Akhirnya Mahathir juga kurang yakin dengan kemampunan
Najib, dan beliau juga turun gelanggang untuk membantu
Satelah di perhati dan diteliti, rupa-rupanya beliau pula mengalami sakit yang lain. Bukan sakit kepala, bukan adanya virus Kerajaan Perpaduan, bukan kerana Deepak, bukan kerana Bala tetapi ianya kini diserang dengan virus selsema UMNO yang teruk. Siang malam dok sedut ingus, sambil air mata meleleh mengalir. UMNO kian terhakis, UMNO kian ditinggalkan oleh orang Melayu, UMNO kian sendirian, dan apakah akhirnya uMNO akan pula memohon untuk bersama dengan PAS atau PR. Untuk itu kita berdoa agar Najib dan pengikutnya ketemuan dengan vaksin PAS / PR. Tinggalkan saja UMNO, kerana UMNO ini sudah pun busuk sehingga ke Usus - Kata Mahathir.
Tapi malang, rakyat sudah membulatkan tekat untuk
tidak memberi laluan kepada UMNO / BN untuk
terus memerintah.
Untuk itu di sarankan tinggalkan UMNO. Jangan di siksa diri sendiri, carilah vaksin yang mampu mengatasi selsema tersebut. Sertailah PAS sebelum anda mati disebabkan selesam itu, atau mati dalam keadaan masih mengalami selesema UMNO. Allah SWT adalah empunya kerajaan dan kekuasaan. Dia mampu untuk menterbalikkan UMNO dalam sekelip mata.
Bahkan,
UMNO yang selama ini merasa senang dengan kejahatan yang mereka
lakukan, mereka lupa bahawa mereka itu pada mula penciptaan mereka hanya
setitis air mani. Langsung tidak mampu untuk merosakkan Islam. Tetapi,
apabila Allah SWT memberikan akal kepada mereka, mereka suka untuk
berfikir tentang perancangan untuk menghancurkan Islam, agama Allah SWT.
Sehingga hari ini, masih tiada lagi vaksin pencegah selesema UMNO...
No comments:
Post a Comment