AMANAT HAJI HADI
Apabila timbulnya hasrat Penjajah Inggeris untuk memberi kemerdekaan kepada Pesekutuan Tanah Melayu maka satu persidangan perlembangaan telah diadakan di London pada 18hb. Januari hingga 6hb. Feb. 1956. Anggota-anggota persindangan perlembangaan ini terdiri daripada 4 orang wakil raja-raja, Ketua Menteri, 3 orang menteri lain dan Persuruhjaya Tingggi dengan beberapa orang penasihatnya. Sebuah suruhanjaya yang bebas telah dicadangkan bagi membentuk bebepra syor ke arah pembentukan sebuah perlembangaan bagi Persekutuan Tanah Melayu yang merderka. Sebuah sururuhanjaya yang dikenali dengan Suruhanjaya Reid telah dibentuk. Suruhanjaya ini terdiri dari 5 orang ahli iatu, Hakim Lord Reid sebagai pengerusi, Sir Ivor Jenning dari Britain, Hakim Malik dari India, hakim Abdul Hamid dari Pakistan dan Sir William Mckell dari Australia, tidak ada seroang pun ahlinya dari Persektuuan Tanah melayu.
5 perkara khas telah diberkan kepada Suruhan Reid sebagai rujukan.
1- Penubuhan Kerajaan Pusat yang kuat dengan sedikit otonomi kepada kerajaan negeri.
2- Memberi perlindungan terhadap hak raja-raja
3- Mengadakan " a common nationality "
4- Perlantikan ketua Negara di bawah Perlembagaan
5-Menjaga kod kedudukan istemewa orang Melayu dan kepentingan sah bangsa lain
Ini bermakna Perlembangaan digubal hanya untuk sebahagian saja tanpa memenuhi seluruh hasrat yang tersirat dengan realiti dan situasi Persekutuan Tanah Melayu. Begitulah seterusnya setelah penubuhan Malaysia pada tahun 1963. Pihak Parti Perikatan ( UMNO, MCA dan MIC ) mencadangkan supaya meletakkan Islam sebagai Agama Persekutuan dengan tidak menolak konsep Negara Sekular bahkan Sekularismanya ditekan oleh kenyataan dan tindakan yang di buat seterusnya.
Menurut Dr. Abdul Hamid Mutawalli seorang ahli undang-undang dari Mesir, walaupun Negara Islam yang merdeka itu meletakkan Islam sebagai agama negera, tetapi ia hanya satu peruntukan tidak mewajibkan negara ke arah pelaksanaan undang-undang Islam.
UMNO yang menjadi tulang belakang Parti Perikatan yang mengambil ahli pemerintahan negara tidak bersedia untuk menegaskan di dalam perlembagaan bahawa negara ini adalah negara Islam ( Islamic State ). Hakikat ini di tegaskan dalam kertas putih behubung dengan cadangan-candagana perlembangaan.
Telah dimasukkan di dalam Perlembangaan Persekutuan yang dicadangkan satu perisytiharan bahawa Islam adalah merupakan agama bagi Persekutuan. Ini tidaklah sekalip-kali akan menjejaskan Persekutuan sekarang sebagai sebuah negara Sekular.
Perlembangaan Malaysia meletakkan Hukum Syara' undang-undang diri dan keluarga bagi penganut agama Islam di dalam bidang kuasa negeri-negeri, kecuali Wilayah Persekutuan. Ini termasuklah hukum syara' berhubung dengan mewarisi harta berwasiat, pertunangan, perkahwinan perceraian, mas kawin, nafkah, pengambilan anak angkat, pemberian, kesah tarafan penjagaan anak, pemberian, pembahagian harga dan amanah bukan khairat, wakaf Islam dan taarif, serta peraturan mengenai amanah khairat dan khairat agama, perlantikan pemegang-pemegang amanah perbadanan bagi orang-orang mengenai pemberian agama islam dan Khairat institusi, sekali dalam negeri adat istiadan melayu, zkat fitrah, dan Baitul Mal, atau hasil agama Islam dan seumpamanya. masjid atau mana-mana tempat semgahayang untuk orang-orang islam, mengadakan dan menghukum kesalahan-kesalahan dilakukan oleh orng-orang menganut Islam terhadap rukun-rukun Islam, kecuali mengenai perkara termasuk dalam senarai persekutuan, keangotaaan penyusunan dan acara bagi mahkamah-mahkamah Syariah, yang akan mempunyai bidang kuasa mengenai kesalahan-kesalahan kecuali setakat yang diberikan undang-undang persekutuan.
Bidang hukum Islam adalah terhad dari segi kuasa kehakiman dan hukuman tidak lebih daripada angka 3-5-6 itu tiga tahun penjara, dengan lima ribu atau enam sebatan. Ini bermakna merendah-rendahkan hukum Allah, pada hal kedududkan Islam adalah tinggi, mengatasi segala-galanya. Beginilah biadadapnya Sekularisma terhadap Allah, Rasul dan agama Islam. Pemimpin UMNO di semua peringkat terus berbohong dan menipu umat Islam yang jahil dan buta huruf.
Walaupun ditonjolkan projek-projek islam kepada masyarakat, ke semuanya tidak dapat menebus dosa tersebut. Islam adalah syumul merangkumi segala dan berhubung diantara satu sama lain yang tidak boleh dipisahkan dan wajib mengatasi yang lain. dengan makna hukum Islam membatalkan hukum bercangah dengannya, bukan hukum yang lain membatalkan hukum Sabda Rasullah bermaksud:
Islam itu tinggi dan tidak boleh di tinggikan di atasnya
No comments:
Post a Comment