Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, March 20, 2013

JENERAL POLITIK - PKR SEDIA UNTUK " BERPERANG "

 Hari demi hari PR - Pakatan Rakyat dengan Gabungan 3 parti dominan di Malaysia telah memberikan saingan yang cukup " mantap " sebagai saingan kepada BN - Barisan Nasional. Dengan terletupnya " tsunami 2008 " hari demi hari kalangan bekas kakitangan kerajaan menyertai parti di bawah naungan PR - tak kira sama ada mereka menyertai PKR, DAP mau pun PAS. Penyertaan mereka mungkin mereka sudah hilang yakin terhadap kepimpimnan BN khususnya dari UMNO itu sendiri.

TAHNIAH.
Kini giliran, Jeneral (B) Tan Sri Md Hashim Hussein yang memegang  Ijazah Sarjana dalam War Studies dari King's College di London. Beliau merupakan pegawai Malaysia yang pertama lulusan US Army Command and General Staff College. Beliau juga adalah bekas Panglima 10 Briged Para Pertama yang merupakan komponen utama Pasukan Aturgerak Cepat (PAC).

Sejarah perkhidmatan beliau amat cemerlang sekali. Semasa dalam dunia ketenteraan jawatan tertinggi beliau adalah sebagai Panglima Tentera Darat dari Januari 1999 sehingga Disember 2002. Pengelaman ini memberikan Tinggi Malaysia Ke Pakistan mulai 2003 sehingga 2006.

Penyertaan beliau dalam PKR telah memberikan satu keyakinan pula kepada PKR di bawah pimpinan DSAI untuk melantik beliau sebagai jeneral yang betanggong jawab dalam pengendalian urusan " peperangan " dalam dunia politik pula. Dengan kuat kuasa pada 6 mac 2013, DSAI mengesahkan beliau menjawat jawaan Jeneral Politik PKR. Khusus untuk menghadapai PRU13.

Inilah bezanya antara kepimpinan PKR dan UMNO, dalam UMNO zaman pemerintahan Pak Lah, penyertaan Brigedier Jeneral (B) Datuk Husaini Hashim sebagai Setiausaha Kerja UMNO tetapi bukan Jeneral Politik bukanya bergerak di barisan hadapan.
Jawatan ‘Jeneral Politik’ mungkin diwujudkan bertepatan untuk memperkuatkan arah tuju perjuangan PKR untuk menerapkan nilai-nilai peperangan dalam perjuangan mereka. PKR yang diasaskan dari mata lebam Anwar Ibrahim sehingga ke hari ini berterusan keagresifan mereka. Dari demonstrasi di mesjid Negara sehinggalah kepada demonstrasi Bersih semuanya diterap dengan elemen-elemen ganas, mengapi-apikan perasaan sehingga hampir berjaya berjaya merasuk minda masyarakat bahawa Polis itu adalah jahat. 
Hari ini mereka sedang mengorak selangkah lagi kehadapan untuk menerapkan nilai-nilai peperangan atau ‘war mind’ di dalam minda ahli mereka. Cita-cita ini sudah hampir dicapai dengan penghijrahan beberapa bekas pemimpin tertinggi angkatan tentera yang menyertai PKR, di antaranya Lt. Jeneral (B) Datuk Abdul Ghafir Abdul Hamid (DARAT), Brig. Jeneral (B) Dato’ Abdul Hadi Khatab (UDARA), Laksamana Pertama (B) Haji Imran Abd Hamid (LAUT) dan Brig. Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad (KAGAT). Kita hairan mengapa mereka ini tidak menyertai PAS atau DAP? Bagi PKR politik adalah peperangan maka tidak hairanlah jika mereka sedang mempersiapsiagakan jentera peperangan mereka.
Berlainan dengan UMNO yang asyik berperang sesama mereka sahaja. UMNO ‘take for granted’ bahawa semua pegawai-pegawai yang telah bersara itu akan suka mereka dan automatik akan menyokong mereka. 
Mereka gagal mendekati tokoh-tokoh ini sehinggalah mengalih menyokong Anwar Ibrahim. Mereka takut jawatan yang mereka sandang dengan imbuhan yang mereka dapat akan terjejas jika tokoh-tokoh ini berada di dalam UMNO.
Apabila amalan cantas-mencantas sudah membiak subur akhirnya yang berada di dalam UMNO penuh dengan ahli-ahli yang tongong dan beryakyeh sesama mereka.

Perilaku ini juga di sahkan oleh Mantan PM ke 4, mereka yang cerdik semuanya sudah meninggalkan UMNO.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA