Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Sunday, January 27, 2013

MAHATHIR & PATI DI SABAH

Kini Malaysia di hantui dengan cerita - pendatang diberikan kad pengenalan biru, memberian kad-kad ini pula hanya untuk memastikan kemenangan kepada parti pemerintah. Lahirnya isu ini apabila kepimpinan di Sabah sudah merasakan diri mereka di permainkan oleh pemerintah di Semenanjung, mereka sudah hilang yakin dengan apa-apa yang dijanjikan oleh Semenanjung.

Dengan itu satu siasatan di dibuat, Suruhanjaya di bentuk yang dikhususkan untuk mengkaji isu ini. Dan dengan kehendakNya juga akhirnya Mahathir melaporkan beliau telibat cara lansung dengan isu ini. Tapi Mahathir tidak mau bertanggongjawab sendirian - Tunku di kaitan sama. Zaman Tunku dengan Zaman Mahathir jauh berbeza dan kenapa Tunku buat demikian juga jauh beza dan sebab-sebabnya.


Mahathir, please dont drag Tunku into the IC scam in Sabah.
Tunku is a credible men.
He is our 'BAPA KEMERDEKAAN' wherelse you are a 'BAPA PEMBOHONG' !!

Mengulas tindakan Mahathir mengaitkan Tunku Abdul Rahman dalam isu ini telah menerima kejaman dari pelbagai pihak tidak ketinggalan juga pakar perlembagaan, Professor Dr. Abdul Aziz Bari. mantan penyarah dari UIAM.
Bagi Aziz, pemberian IC di zaman Tunku cukup jauh bezanya dengan zaman Mahathir ( sebagai PM ), zaman pula  Tunku ianya bertujuan dan sebahagian dari tuntutan kemerdekaan sebaliknya Mahathir ingin memastikan kuasa pemerintahan tidak terlepas ke tangan pihak lain.

“Tunku beri kewarganegaraan bukan dengan tujuan menipu pilihan raya. Apa yang Tunku buat ianya sebahagian tuntutan dan persetujuan untuk kemerdekaan. Ada syarat tertentu yang diakui undang-undang sebagaimana negara-negara lain,” kata Aziz Bari.

 Maahathir seolah-olah memperlekehkan usaha Tunku untuk kemerdekaan negar ketika itu, Orang Cina dan India yang di bawa masuk oleh British perlu diberikan kerakyattan, kerakyatan " pendatang " ini adalah salah satu syarat untuk kemerdekaan tersebut. Dengan tindakan memperkecilkan usaha itu apakah MCA dan MIC tidak terasa hati? atau mereka patut mengutuk Mahathir sebab bekas PM itu mempertikaikan kedudukan orang Cina dan India. Mereka juga boleh buat laporan polis sebab Mahathir seperti berkata kedudukan warganegara mereka didapati secara tidak sah.

Memang ada asasnya bila Mahathir melakarkan kata-kata " Melayu Mudah Lupa " mungkin juga beliau lupa kaitan dengan " kontrak sosial " untuk kemerdekaan Tanah Melayu pada masa itu. Implikasi dari pemberian Kad Biru itu, bagi pendatang pula mereka bersetuju dengan Perkara 153 dalam Perlembagaan iaitu Hak Keistimewaan orang Melayu di negara ini. Juga perlu diigat bahawa Perkara 153 juga adalah asas yang di gubal oleh UMNO itu sendiri.

Tindakan dan perbuatan Mahathir ini boleh mengundang beliau di bawa ke muka pengadilan dengan Akta Hasutan, beliau kini mempersoalkan kedudukan orang Cina dan India yang di berikan Kad Biru yang di akui sah oleh perlembagaan.
“Mereka tidak datang ke sini sebagaimana Pendatang Tanpa Izin (PATI) sekarang, tetapi kesan pentadbiran British. Faktor menipu dalam pilihan raya, tidak ada dalam kes Tunku, tapi apa yang dilakukan oleh Mahathir adalah sebaliknya, kewarganegaraan diberi secara borong, ribuan dan secara sembunyi dan untuk tujuan politik " tambah Aziz Bari.

Sebagai satu penjelasan Prof. Aziz Bari juga memaklumkan di mana kemasukan dan pemberian kad pengenalan diperincikan dengan jelas oleh Bahagian III Perlembagaan Persekutuan dan jadual yang berkenaan. Perkara ini juga perlu dipantau oleh Majlis Raja-Raja,”

“Mana dia MCA, MIC dan Gerakan? Mereka patut kecam Mahathir dan tinggalkan BN sekiranya pimpinan Umno tidak menegur kebiadaban Tun Dr Mahathir itu,” tegasnya. 

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA