Dalam perjalanan dari Masjid ke Stadium memang tidak dinafikan ianya memberikan kesan kepada semua lalu lintas, kerana " perjuang " mengambil masa yang cukup panjang untuk menamatkan perjalanan, jarak antara hujung dengan pangkal himpuran perjuang hampir 3km. Kesannya sudah tentu " traffik " jam.
Gambar tertera memperlihatkan bagaimana sokongan rakyat terhadap perubahan yang diperlukan masa kini, tak kira mereka dari gulongan OKU ( orang kurang upaya bukan Orang Kuat UMNO ) bersedia untuk bersama-sama dengan pejuang yang, mereka tidak mengindah dan menghiraukan arahan, apatah lagi apabila pihak PDRM sudah menjaminkan perhimpunan kali ini di jamin aman.
Walau pun
pihak PDRM memberikan jaminan tapi " para pejuang " juga menunjukkan
disiplin yang tinggi semasa bergerak, mereka memastikan rakan-rakan
sentiasa dalam keadaan terbaik untuk sampai ke destinasi yang
ditetapkan.
Jalan ke kemuncak stadium di tutup, " pejuang " sudah memenuhi setiap sudut, walau bagimana pun masih ramai " pejuang " yang cuba untuk sampai ke kawasan stadium, akhirnya dengan pertolongan orang tempatan satu " lorong tikus " di temui dan lorong ini dijadikan jalan utama untuk ke perkarangan stadium. Akhirnya sampai juga ke perkarangan stadium, tapi masuk belum tentu lagi.
Ketiga-tiga gambar ini di rakamkan di perkarangan stadium, yang dibekalkan hanya dengan alat pembesar suara dan apa yang terjadi didalam hanya mampu didengar dah tidak tahu apa sebenarnya yang terjadi. Walau bagaimana mereka rasa puas denga perjalanan " perjuangan " ini.
betul ke ni. Harap dapat komen
ReplyDeleteAgenda Utama himpunan HKR. Sumber dari blog suara pakatan rakyat
http://suarapakatanrakyat.com/2013/01/suku-juta-sokong-penggunaan-kalimah-allah-oleh-pihak-gereja/
Utama|January 13, 2013 9:39 pm
Suku Juta Sokong Penggunaan Kalimah Allah Oleh Pihak Gereja
SELAIN menunjukkan kekuatan politik, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) semalam juga bertujuan untuk mempamerkan kepada BN dan UMNO akan kesatuan Pakatan Rakyat dalam soal penggunaan kalimah Allah oleh pihak Gereja yang disokong oleh Pakatan Rakyat.
Tidak mengapalah kalau 250 ribu (suku juta) sahaja yang dapat hadir, bukan 1 juta seperti yang diharap-harapkan. Yang penting, hampir 90% yang hadir semalam adalah terdiri dari orang Melayu/Islam. Kehadiran mereka ini merupakan satu sokongan moral yang penting kepada Pakatan Rakyat dan juga Gereja.
Lagipun, banyak sebab kenapa himpunan semalam tidak mencecah 1 juta orang, antaranya banyak bas-bas peserta himpunan dari Kelantan, Terenganu, Pahang dan Kedah, dihalang pihak polis dari masuk ke Kuala Lumpur. Lebih 800 bas terlibat dan penulis difahamkan satu laporan akan dibuat mengenai perkara ini.
Itu tidak kira lagi kereta penyokong yang turut terlibat dengan sekatan tidak sah ini. Penulis akan menyiarkan artikel mengenai perkara ini sebaik maklumat yang lebih lengkap penulis perolehi.
Pemimpin utama PAS seperti Datuk Seri Abd Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dikhabarkan sungguh lega dengan sambutan semalam, kerana itu membuktikan mereka tidak berkeseorangan dalam soal ini.
Maklum sahajalah, ada ura-ura sedang berlaku gelombang tentangan yang begitu besar di dalam PAS sekarang yang mahu kedua pemimpin ini disingkirkan kerana memilih untuk bersama Pakatan Rakyat dalam hal ini.
Tapi penulis yakin tentangan ini akan dilemahkan dengan mudah melalui penyingkiran beberapa pemimpin utama PAS yang menjadi dalang kepada perkara ini seperti Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Din, Ketua Majlis Ulama, Datuk Harun Taib dan ahli Majlis Syura Ulama, Nasharudin Mat Isa sedikit masa lagi.
Ketua Pemuda, Nasharudin Tantawi yang asalnya menentang, telah berubah fikiran dan memberi sokongan kepada keputusan tersebut. Mungkin beliau takut namanya akan tercicir dari senarai pencalonan untuk pilihanraya yang akan datang.
Penulis sudah katakan, tidak ada orang politik yang akan melepaskan kenikmatan untuk menjadi orang berkuasa.
Dalam masa yang sama, majlis Paderi-Paderi juga dilaporkan telah mengadakan sembahyang khas pagi tadi di beberapa buah gereja, bagi mengucapkan terima kasih kepada Allah, Jesus dan Mariam atas kejayaan himpunan semalam mengumpulkan sokongan orang Islam dalam jumlah yang besar.
Sokongan besar itu amat melegakan kerana sejak isu ini kembali panas, masyarakat kristian begitu bimbang jika peristiwa tidak enak seperti yang pernah berlaku pada 2010, berulang semula.
Nasib baik atas usaha Pakatan Rakyat, kebarangkalian itu tidak timbul lagi sekarang, melihat kepada sokongan besar ditunjukkan oleh orang Islam melalui HKR yang turut membawa mesej sokongan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja.
Malah, kalau sesiapa perasan, ketika takbir dilaungkan di stadium semalam, orang-orang Kristian turut sama-sama bertakbir, menunjukkan semangat yang membara dan bukti jelas bahawa semua agama adalah sama
PAS FOR ALL, ALLAH FOR ALL!!
Artikel Berkaitan:
Kalimah Allah: Keputusan Majlis Syura PAS Bercanggah Pakatan Rakyat