Sejarah terpahat di Stadium Merdeka, di mana pada 12 Januari 2013, ribuan " pejuang " negara hadir untuk menyatakan sokongan kepada PR ( Pakatan Rakyat ) bertujuan untuk menumbang dan penamatkan era pemerintahan UMNO / BN, suasana dalam stadium cukup ceria, walaupun panas terik, tapi pada " pejuang " itu sudah pekara biasa.
Sejarah melaungkan kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 kini berkemudang dengan lauangan " merdeka - rakyat " dengan di ketuai oleh YB DSAI dengan sebutan " Merdeka " dan pejuang menyambut dengan " rakyat "
" merdeka - rakyat " sejumlah 7 kali.
gambar 1
gambar 2
gambar 3
pemandangan dari sudut pentas utama -
Mohd. Sabu sedang berucap
Sdg berucap Ketua Menteri Pulau Pinang.
YAB Lim Guan Eng. - maaf gambar dari jarak jauh - tak guna zoom
gambar 4
gambar 5
gambar 6
gambar 7
gambar 8
gambar 9
DSAI - mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin dan menganggapkan perhimpunan Aman kali ini memberikan isyarat kepada kerajaan UMNO / BN rakyat memerlukan perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran negera. Moga-moga sokongan sdr-sdr akan memastikan UMNO / BN kecundang dan di gantikan dengan PR untuk PRU13 itu nanti.
DSAI - mengucapkan terima kasih kepada semua hadirin dan menganggapkan perhimpunan Aman kali ini memberikan isyarat kepada kerajaan UMNO / BN rakyat memerlukan perubahan dalam pengurusan dan pentadbiran negera. Moga-moga sokongan sdr-sdr akan memastikan UMNO / BN kecundang dan di gantikan dengan PR untuk PRU13 itu nanti.
Sebuah gereja di Petaling jaya telah menaikkan kalimah Allah didinding gereja selepas Tuan guru Hj Hadi membenarkan penggunaan kalimah Allah. dan beratus ribu bible Melayu sedia dicetak utk edaran kpd org islam. Alhamdulillah dgn semangat juang ustaz harun din dlm menggagalkan agenda kristian.
ReplyDelete(Sebarkan Utk renungan umat Islam)
sumber dari blog pakatan rakyat sendiri : suarapakatanrakyat.com/2013/01/kalimah-allah-keputusan-majlis-syura-pas-bercanggah-pakatan-rakyat/
Kalimah Allah: Keputusan Majlis Syura PAS Bercanggah Pakatan Rakyat
BERTAMBAH keliru!! Itulah reaksi pertama penulis sebaik dimaklumkan bahawa Majlis Syura Ulama PAS sebentar tadi memutuskan untuk melarang penganut agama Kristian menggunakan perkataan Allah secara bertulis.
Anehnya, semua ini berlaku setelah Pakatan Rakyat membenarkan kalimah Allah digunakan oleh pihak gereja, tanpa sesekali menyentuh bentuk penggunaannya sama ada secara bertulis atau secara oral.
Bagaimanapun kalau pertikaian penggunaan nama Allah dalam kitab Bible berbahasa Melayu dan majalah mingguan gereja, The Herald dijadikan panduan, maka jelas yang dituntut adalah penggunaan kalimah tersebut secara bertulis!!
Dengan keputusan itu, pemahaman semua orang ialah kalimah Allah boleh digunakan oleh pihak Gereja dalam apa bentuk pun yang dimahukan mereka. Tidak timbul persoalan bertulis atau tidak.
Penggunaan kalimah tersebut secara oral juga memang tidak pernah menjadi topik pertikaian oleh mana-mana pihak sebelum ini. Kalau penulis tersilap, sila maklumkan dimana.
Maka itu tidak salah kalau penulis melihat keputusan ini akan mencetus satu masalah yang besar kepada Pakatan Rakyat selepas ini.
Suka nak dimaklumkan disini bahawa beratus ribu Kitab Bible yang menyebut di dalamnya perkataan Allah telah sedia dicetak untuk diedarkan di kalangan orang Melayu/Islam dalam membantu menambah pemahaman mereka mengenai agama Kristian, sebaik Pakatan Rakyat memutuskan untuk membenarkan penggunaannya oleh masyarakat Kristian.
Sebuah gereja di Petaling Jaya juga dilaporkan telah menaikkan papan tanda dengan perkataan Allah di dinding bangunan gereja tersebut minggu sudah, sebaik Majlis Presiden Pakatan Rakyat selesai bersidang dan memutuskan perkara tersebut.
Justeru, penulis dengan ini meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Datuk Seri Abd Hadi Awang tampil menjelaskan perkara ini kepada rakyat. Apa yang sebenarnya berlaku dan apa yang cuba diselindungkan?
Penulis juga difahamkan, Hadi tidak berbincang terlebih dahulu dengan Majlis Syura Ulama sebelum menghadiri mesyuarat pada 8 Januari lepas. Kebetulan, bantahan dari anggota Majlis Syura berhubung perkara ini seperti Timbalan Mursyidul Am, Ketua Dewan Ulama dan Nasharudin Mat Isa, bukan satu rahsia lagi.
Ribut, ribut.
Artikel Berkaitan:
Suku Juta Sokong Penggunaan Kalimah Allah Oleh Pihak Gereja
Kalimah Allah: Jadikan HKR Bukti Perpaduan & Persetujuan
betul ke ni. Harap dapat komen
ReplyDeleteAgenda Utama himpunan HKR. Sumber dari blog suara pakatan rakyat
http://suarapakatanrakyat.com/2013/01/suku-juta-sokong-penggunaan-kalimah-allah-oleh-pihak-gereja/
Utama|January 13, 2013 9:39 pm
Suku Juta Sokong Penggunaan Kalimah Allah Oleh Pihak Gereja
SELAIN menunjukkan kekuatan politik, Himpunan Kebangkitan Rakyat (HKR) semalam juga bertujuan untuk mempamerkan kepada BN dan UMNO akan kesatuan Pakatan Rakyat dalam soal penggunaan kalimah Allah oleh pihak Gereja yang disokong oleh Pakatan Rakyat.
Tidak mengapalah kalau 250 ribu (suku juta) sahaja yang dapat hadir, bukan 1 juta seperti yang diharap-harapkan. Yang penting, hampir 90% yang hadir semalam adalah terdiri dari orang Melayu/Islam. Kehadiran mereka ini merupakan satu sokongan moral yang penting kepada Pakatan Rakyat dan juga Gereja.
Lagipun, banyak sebab kenapa himpunan semalam tidak mencecah 1 juta orang, antaranya banyak bas-bas peserta himpunan dari Kelantan, Terenganu, Pahang dan Kedah, dihalang pihak polis dari masuk ke Kuala Lumpur. Lebih 800 bas terlibat dan penulis difahamkan satu laporan akan dibuat mengenai perkara ini.
Itu tidak kira lagi kereta penyokong yang turut terlibat dengan sekatan tidak sah ini. Penulis akan menyiarkan artikel mengenai perkara ini sebaik maklumat yang lebih lengkap penulis perolehi.
Pemimpin utama PAS seperti Datuk Seri Abd Hadi Awang dan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat dikhabarkan sungguh lega dengan sambutan semalam, kerana itu membuktikan mereka tidak berkeseorangan dalam soal ini.
Maklum sahajalah, ada ura-ura sedang berlaku gelombang tentangan yang begitu besar di dalam PAS sekarang yang mahu kedua pemimpin ini disingkirkan kerana memilih untuk bersama Pakatan Rakyat dalam hal ini.
Tapi penulis yakin tentangan ini akan dilemahkan dengan mudah melalui penyingkiran beberapa pemimpin utama PAS yang menjadi dalang kepada perkara ini seperti Timbalan Mursyidul Am, Datuk Harun Din, Ketua Majlis Ulama, Datuk Harun Taib dan ahli Majlis Syura Ulama, Nasharudin Mat Isa sedikit masa lagi.
Ketua Pemuda, Nasharudin Tantawi yang asalnya menentang, telah berubah fikiran dan memberi sokongan kepada keputusan tersebut. Mungkin beliau takut namanya akan tercicir dari senarai pencalonan untuk pilihanraya yang akan datang.
Penulis sudah katakan, tidak ada orang politik yang akan melepaskan kenikmatan untuk menjadi orang berkuasa.
Dalam masa yang sama, majlis Paderi-Paderi juga dilaporkan telah mengadakan sembahyang khas pagi tadi di beberapa buah gereja, bagi mengucapkan terima kasih kepada Allah, Jesus dan Mariam atas kejayaan himpunan semalam mengumpulkan sokongan orang Islam dalam jumlah yang besar.
Sokongan besar itu amat melegakan kerana sejak isu ini kembali panas, masyarakat kristian begitu bimbang jika peristiwa tidak enak seperti yang pernah berlaku pada 2010, berulang semula.
Nasib baik atas usaha Pakatan Rakyat, kebarangkalian itu tidak timbul lagi sekarang, melihat kepada sokongan besar ditunjukkan oleh orang Islam melalui HKR yang turut membawa mesej sokongan terhadap penggunaan kalimah Allah oleh pihak gereja.
Malah, kalau sesiapa perasan, ketika takbir dilaungkan di stadium semalam, orang-orang Kristian turut sama-sama bertakbir, menunjukkan semangat yang membara dan bukti jelas bahawa semua agama adalah sama
PAS FOR ALL, ALLAH FOR ALL!!
Artikel Berkaitan:
Kalimah Allah: Keputusan Majlis Syura PAS Bercanggah Pakatan Rakyat