Masjid Negara memang telah diwartakan oleh pihak Pengurusan Himbunan Kebangkitan Rakyat #112 untuk perhimpun sebelum bergerak menuju ke Stadium, untuk itu sudah tentu ramai kalangan " pendemo " berkumpul di sini. Kehadiran mereka di catatkan bermula dari petang Jumaat lagi 11 Januari. Kehadiran mereka detik demi detik melihatkan penglibatan yang ramai. Hinggakan sembahyang subuh pada pagi Sabtu 12 Januari - dalam sejarah seperti sembahyang Jumaat.
gambar 1
gambar 2
Gambar 1 & 2, adalah di pintu masuk utama masjid, dan mereka semua berpusu-pusu keluar dari masjid setelah selesai menunaikan Fardhu Zohor
Sembahyang adalah kewajipan setiap muslim, dan untuk sembahyang pula boleh di mana-mana sahaja, dengan itu atas dasar untuk melarikan diri dari kepadatan ramai, remaja ini bertanggongjawan untuk tujuan tersebut, dan mereka menunaikan fardu di sekeliling dataran masjid. jelas gulongan rema ini tahu yang sembahyang itu adalah keperluan dan wajib di tunaikan.
Di luar kawasan masjid Unit Amal telah bersiapa sedia untuk mengawal lalu lintan demi melancarkan perarakan peserta itu nanti. Jadual pergerakan ialah pada jam 2.00 petang.
Hirok pikok ramainya pengunjung menjadikan suasana cukup hingar bingar, masing-masing mengambil kesempatan untuk merakamkan sejarah perhimpunan hari ini dengan mendapat " keizinan " dari pihak PDRM.
No comments:
Post a Comment