Jenayah
merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang undang kerajaan sesuatu
tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.
Antara kes kes jenayah yang pernah berlaku dalam negara kita yang aman
ini adalah seperti rompakan, rogol, penyeludupan senjata api, kegiatan
kongsi gelap dan pembunuhan yang mengerunkan. Pasti korang tahu pasal
kes kes jenayah dan penjenayah yang tersebar luas dalam media massa.
Sejak zaman dulu pun dah ada penjenayah. Tak tahu la sama ada korang
kenal atau tidak (penting ke kenal diaorang? ada masuk dalam SPM subjek
"Sejarah" ke?) Yang pasti, hari ni aku nak kongsikan cerita pasal
penjenayah penjenayah yang pernah fofular sewaktu ketika dulu.
4. Hanafi Mat Hassan
Hanafi Mat Hassan, 38 tahun, seorang
pemandu bas ekspres Kiara telah melakukan dua jenayah besar, rogol dan
bunuh, di dalam basnya sendiri yang bercermin gelap. Mangsa, Noor
Suzaily Mukhtar, seorang jurutera komputer dirogol oleh Hanafi pada 7
Oktober 2000 antara waktu 8.50 pagi di Lorong Pegaga, Taman Chi Liung
dan pukul 9.15 pagi di sebatang jalan di kawasan projek pembinaan Taman
Bukit Tinggi, Klang. Selepas dirogol, mangsa dibunuh kejam. Hanafi yang
berasal dari Bachok, Kelantan didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun
Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori dan Seksyen 376 Kanun
Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan
jika disabitkan kesalahan. Perogol telah menjalani hukuman gantung
sampai mati di Penjara Kajang selepas subuh dan mayatnya dibawa ke
Hospital Kajang sebelum dituntut keluarganya untuk dibawa pulang ke
Binjai, Kelantan. Jenazahnya kemudian dikebumikan di tanah perkuburan
Kampung Kubur Datu, Binjai.
5. Geng Azhar
Geng
Azhar Kastam merupakan kumpulan penjenayah yang beroperasi di Malaysia.
Pada 3 Januari 2009, 10 suspek menyamar sebagai pegawai kastam dan
polis lalu menyerbu sebuah bengkel kereta di Selat Selatan, Pandamaran,
Pelabuhan Klang , Selangor. Kononnya mahu melakukan pemeriksaan ke atas
kenderaan yang terdapat di situ. Suspek membawa keluar dua buah kereta
iaitu Subaru Impreza dan BMW dengan alasan kedua dua buah kenderaan
tersebut perlu menjalani pemeriksaan rekod oleh kastam. Pemilik bengkel
dikatakan diminta membayar wang sejumlah RM50,000 untuk dua kereta itu
sekiranya mahu menyelesaikannya di luar. Pada 7 Januari 2009 jam 4.00
petang, seorang suspek lelaki berjaya ditangkap di Plaza Tol Batu 11,
Kajang yang membawa kepada tangkapan 10 lagi ahli kumpulan berkenaan di
Cheras dan Ampang pada 8 Januari 2009. Semua suspek berusia dalam
lingkungan antara 27 hingga 48 tahun. 8 lelaki dan 3 wanita.
6. Prebet Adam
Prebet
Adam merupakan seorang askar melayu pada sesuatu masa yang lalu.
Peristiwa amukan Prebet Adam pada tahun 1987 sebenarnya berpunca
daripada kematian adik kesayangannya. Adik Prebet Adam merupakan seorang
‘Caddy’ atau penolong pemain golf (individu yang bertanggungjawab
mengangkat segala batang golf) kepada Sultan Johor pada ketika itu.
Dikhabarkan, pada suatu hari, ketika sultan Johor sedang bermain golf,
adik Prebet Adam ini telah tertawa kecil melihat bola golf Sultan Johor
ini yang tidak masuk lubang pada jarak sejangkal.
Terkenal dengan sifat panas baran beliau, Sultan Johor ini lantas bertindak balas dengan menghayunkan kayu golfnya yang keras itu kepada adik Prebet Adam tersebut. Dan secara tidak diduga, adik Prebet Adam mati ditempat kejadian. Disebabkan pada ketika itu raja raja Melayu masih mempunyai kuasa kekebalan, maka pembesar tersebut telah terlepas begitu sahaja tanpa ada sebarang tindakan undang undang. Sampai sahaja ke pengetahuan Prebet Adam, maka mengamuklah dia. Pada malam 18 oktober 1987, Prebet Adam telah mengamuk di jalan Chow Kit dengan membawa bersama senjata M-16 nya.
Prebet Adam telah menembak secara melulu ke arah orang ramai kerana berang dengan kezaliman terhadapnya dan bagi menarik perhatian seluruh negara. Dia lari sambil menembak membuta tuli dan telah terkena seorang cina di hadapan Hankyu dan seorang melayu di hadapan Batu Road Supermarket. Esoknya, sejarah tercipta apabila Chow Kit sunyi dan lenggang apabila seorang pun tidak dibenarkan masuk ke Chow Kit kerana keadaan tegang tersebut. Penembak tepat polis telah ditempatkan di merata bangunan di situ bagi mengesan Prebet Adam namun gagal. Prebet adam dikatakan telah menyorok disebuah reban ayam milik salah seorang penduduk Kampung Baru. Tuan punya reban ayam tersebut yang menyedari kehadiran Prebet Adam tersebut telah melaporkan kepada polis. Namun, setelah dikepung oleh polis, Prebet Adam tetap enggan menyerahkan diri.
Dengan kehadiran bos Prebet Adam yang berpangkat kolonel atau jeneral, akhirnya telah berjaya memujuk Prebet Adam untuk menyerah diri. Bagi mententeramkan situasi negara pada ketika itu, Prebet Adam telah dicaj tidak siuman dan telah dimasukkan ke hospital bahagia di sebuah wad khas di Tanjung Rambutan. Sultan Johor tersebut pula terlepas dari hukuman setelah ayahandanya memohon maaf bagi pihak anaknya.

kumbangjingga 7. Ahmad Najib
No comments:
Post a Comment