Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Friday, January 4, 2013

PEMIMPIN MALAYSIA - APAKAH ADA RUANG UNTUK HADI?


  
The future leader of Malaysia - Hj. Hadi
Mufti Perak telah berjaya memperlihatkan bagaimana senerio politik negara pada masa ini perlu mencari bahan-bahan alternatif untuk memastikan kerajaan yang ada terus di terima oleh rakyat. Rakyat sudah mula bosan dengan keadaan masa kini, generasi muda sudah mula memperlihatkan arah tuju mereka. " Amanat hj. Hadi " yang dilahirkan pada tahun 1981 dalam ceramahnya pada 7 April di Kampung Banggol Peradong. Ianya sudah melebih 30 tahun yang lalu kini di " highligtkan " kembali.

Amanat Haji Hadi itu berbunyi:

"Saudara-saudara sekelian percayalah, Kita menentang Umno, 

bukan kerana nama dia Umno. Kita menentang Barisan Nasional 
bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. 
Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, 
mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliah.

"Oleh kerana itulah kita menentang mereka. 

Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. 
Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka. 
Percayalah saudara-saudara sekalian, 
perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, 
derma kita adalah jihad.

"Bergantunglah kita kepada Allah 

dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana 
kalau kita mati melawan puak-puak ini, 
mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam.

"Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk 

Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, 
tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan 'politik suku, agama suku'."

APA KATA PROF MADYA 
DATUK DR MOHD ASRI ZAINUL ABIDIN bekas mufti Perlis

"Sesiapa yang mengikut nafsu, kurang mencari kebenaran serta bercakap tanpa ilmu maka dia pemaksiat dan berdosa. Boleh jadi dia fasik, ataupun baginya kebaikan-kebaikan lain yang lebih banyak dari kesalahannya. Bukan semua yang bersalah, berbuat bidaah, jahil ataupun sesat itu menjadi kafir, bahkan mungkin tidak fasik dan tidak berdosa."
"Sebetulnya, sesiapa yang berijtihad dalam kalangan umat Muhammad SAW dengan tujuan mencari kebenaran lalu tersilap, dia tidak kafir. Bahkan diampunkan kesilapannya. Sesiapa yang telah nyata kepadanya apa yang datang dari Rasulullah SAW, lalu dia menentang setelah terang untuknya petunjuk lalu dia mengikut selain jalan kaum mukminin, maka dia kafir.
Semua pihak hendaklah berhenti memainkan isu kafir-mengkafir. Kembali kepada politik yang dapat membina negara.

 APA PULA KOMEN KP KHAIRY JAMALAUDDIN
Beliau bimbang jika RTM atau TV3 memberi ruang kepada Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersiaran secara langsung di televisyen selama sejam ia akan merosakkan minda pendengar dan berupaya menggugat keharmonian. 
Kata Khairy tindakan untuk menjelaskan isu Amanat Haji Hadi itu boleh mengundang risiko kepada masyarakat. 

 APA PULA KATA RAMAI ORANG

Ramai pemerhati politik yang berkecuali atau yang di atas pagar berpendapat Hadi Awang seharusnya diberi ruang untuk menjelaskan apa sebenarnya Amanat Haji Hadi yang telah memesongkan ramai pengikutnya. 
Masa selama satu jam itu sebenarnya tidak cukup untuk Haji Hadi menebus segala dosa-dosanya jika bersabit amanatnya itu yang terkumpul bertahun-tahun. 

KESIMPULAN
1- Persoalannya siapa yang mengawal RTM dan TV3 untuk lulus atau tidak penyiaran taubat Hadi ini? Jika terlalu banyak syarat dan songehnya terbuktilah badan penyiaran ini dikawal rapi dan ketat oleh parti-parti politik yang memerintah. 
2- Ramai telah mengetahui apa yang di cakapkan oleh pemimpin " cakap tak serupa bikin " Di mana keterbukaan dan kebebasan bersuara dalam negara ini seperti yang di war-warkan sesetengah pihak hanyalah laungan kosong sahaja. 
3- Rating tontotan untuk RTM dan TV3 ( media perdana ) sudah menurun dan RTM adalah mangsa yang tercorot jika dibandingkan dengan ASTRO. Untuk itu RTM dan TV3 bukan lagi media sosial saloran propaganda yang berjaya untuk menarik minat para penonton dan semua maklumatnya agak " sudah basi " kerana rakyat kini lebih kepada media alternatif, internate.
4- Ambil contoh rating TV3 menurun ke 58%, dan program keagamaan seperti Foram Perdana  di RTM jauh ketinggalan dengan Ustaz Azhari Idrus, ratingnya jauh mencanak, serta " keterbukaan & berkecualinya " beliau dapat meranarik ramai terutama generasi muda.
Sesungguhnya dengan " keengganan " pihak kerajaan melalui RTM atau TV3 untuk bersama-sama memberi peluang kapada Haji Hadi telah membuka mata kepada rakyat, siapakah yang benar dalam isu ini. Generasi yang lahir 30 tahun dulu kini adalah pengundi tegar untuk PRU13 nanti. Haji Hadi bukan calang-calang politikus. Kematangannya telah memerangkap dua badan penyiaran negara ini ( RTM / TV3 ). Pengundi sudah boleh membaca siapa sebenarnya yang mengawal media negara ini dan ramai yang akan beralih arah merujuk media sosial, blog dan Youtube.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA