Jenayah
merupakan satu perbuatan yang menyalahi undang undang kerajaan sesuatu
tempat. Orang yang melakukan perbuatan jenayah ini dinamakan penjenayah.
Antara kes kes jenayah yang pernah berlaku dalam negara kita yang aman
ini adalah seperti rompakan, rogol, penyeludupan senjata api, kegiatan
kongsi gelap dan pembunuhan yang mengerunkan. Pasti korang tahu pasal
kes kes jenayah dan penjenayah yang tersebar luas dalam media massa.
Sejak zaman dulu pun dah ada penjenayah. Tak tahu la sama ada korang
kenal atau tidak (penting ke kenal diaorang? ada masuk dalam SPM subjek
"Sejarah" ke?) Yang pasti, hari ni aku nak kongsikan cerita pasal
penjenayah penjenayah yang pernah fofular sewaktu ketika dulu.
3. Mona Fandey
Maznah
Ismail atau lebih dikenali sebagai Mona Fandey, adalah seorang penyanyi
pop, dukun, dan pembunuh dari Malaysia. Dia disabitkan melakukan
jenayah berat dengan terbabit dalam kes pembunuhan seorang ahli politik,
Mazlan Idris, pada tahun 1993. Kerjayanya sebagai penyanyi pop tidak
bertahan lama, namun ia masih berjaya menghasilkan satu album. Selepas
itu, Mona mula terlibat dalam kegiatan sihir spiritual yang dikenali
sebagai bomoh atau dukun tempatan. Dia menawarkan perkhidmatannya kepada
pelanggan dan sebahagian besarnya daripada masyarakat kelas atasan
termasuk ahli ahli politik. Dikhabarkan bahawa Mazlan Idris, seorang
ahli politik Adun Batu Talam, Pahang, telah berjumpa dengan Mona untuk
mendapatkan perkhidmatan darinya.
Mazlan Idris pernah menuntut di
Amerika Syarikat dan merupakan seorang ahli politik hebat dan berkuasa
dari United Malays National Organisation (UMNO) parti. Pada saat itu,
Mona bekerja dengan suaminya Mohamad Nor Affandi Abdul Rahman dan
pembantu mereka Juraimi Hassan. Mona dan suaminya berjanji untuk
membantu Mazlan dengan memberinya beberapa "benda" yang sama dimiliki
oleh bekas Presiden Sukarno demi meningkatkan dan mengekalkan
kekuasaannya. Mona menuntut RM 2.5 juta daripada Mazlan sebagai
bayarannya. Oleh itu Mazlan telah membayar kepada pasangan tersebut
dengan sejumlah wang RM 500,000 sebagai deposit dan memberi mereka 10
sijil tanah sebagai jaminan untuk sisa RM 2 juta. Satu perjanjian telah
dibuat diantara mereka untuk melakukan pembersihan ritual yang akan
dilakukan di rumah Mona.
Mazlan disuruh berbaring di lantai sementara
Mona menaburkan kelopak kelopak bunga kepadanya. Dia kemudian menyuruh
Mazlan untuk menutup mata dan menunggu wang untuk "jatuh dari langit".
Dengan sepantas kilat, Juraimi menghayun sebilah kapak menghentak Mazlan
dan dicincangkan nya seluruh anggota badan Mazlan. Mayat Mazlan ditemui
oleh polis pada 22 Julai 1993 dimana anggota tubuhnya dipisahkan dalam
18 bahagian yang dikebumikan di sebuah gudang dekat rumah Mona di
Pahang. Mazlan dilaporkan hilang pada tarikh 2 Julai 1993 selepas
menarik RM 300,000 dari bank.
Setelah pembunuhan itu, Mona dilaporkan
telah membelanjakan wang yang diterimanya dengan membeli sebuah
Mercedes-Benz. Namun demikian, sepandai pandai tupai melompat akhirnya
jatuh ke tanah jua. Mona, suaminya, dan Juraimi akhirnya ditangkap dan
diadili di Mahkamah Tinggi Temerloh. Sepanjang persidangan, Mona
memperlihatkan perilaku aneh termasuk muncul ceria, terus tersenyum dan
berpose untuk photographer wartawan. Dia berpakaian mewah dengan design
yang cerah dan berwarna warni pada gaun. Dia juga berkata, "saya seperti
mempunyai ramai peminat". Mona juga dilaporkan pernah mengucapkan kata
kata "Aku Takkan mati" dan masih tenang dan tersenyum. Mahkamah Tinggi
mendapati mereka bertiga bersalah dan menghukum mereka gantung sampai
mati. Mona, Affandy, dan Juraimi akhirnya digantung pada tarikh 2
November 2001 di Penjara Kajang.
kumbangjingga 4. Hanafi Mat Hassan
No comments:
Post a Comment