DIKATAKAN
hubungan seks mampu mengubati apa jua penyakit yang singgah ke tubuh.
Malah, kenyataan ini mulai dipersetujui oleh penyelidik-penyelidik
perubatan. Kata mereka, aktiviti seks yang teratur berupaya memperbaiki
peredaran darah, menghalang penyakit dan berkemungkinan besar
meningkatkan tahap imunisasi badan.
Begitu juga dari sudut
emosi. Dipercayai, wanita-wanita yang cukup puas mendapat keperluan
jasmani kurang berhadapan masalah tekanan perasaan malah memiliki daya
keyakinan diri yang tinggi selain penampilan keseluruhan yang lebih
positif. Sebenarnya, apa yang dinyatakan itu hanya sebahagian daripada
keseronokan mengadakan hubungan asmara. Ada beberapa keistimewaan
melakukan seks selepas berkahwin.
Wajah berseri
Tidak dinafi, kebanyakan wanita berkongsi pendapat yang sama iaitu
hubungan seks yang dilakukan secara teratur mampu membuatkan kulit
menjadi lebih mulus dan bersinar malah jelita. Benarkah begitu?
Dikatakan, kebangkitan fizikal tidak hanya meningkatkan peredaran darah
sebaliknya berupaya menaikkan paras estrogen yang berfungsi untuk
mengekalkan kulit wajah yang berminyak dan lembut. Dalam masa yang sama,
ia juga membuatkan rambut kelihatan lebih lebat dan sihat.
Bentuk tubuh yang menarik
Letih bersenam di gimnasium atau penat berdiet semata-mata untuk
mendapatkan tubuh badan yang cantik? Sebenarnya, terdapat cara yang
lebih mudah untuk merealisasikan impian anda itu.
Cukup hanya di
rumah dan banyakkan belajar dari suami ketika mengadakan hubungan
kelamin. Masih tidak faham? Sebenarnya, ketika anda melakukan seks, anda
sebenarnya sedang bersenam tetapi gaya senaman yang dilakukan lebih
menyeronokkan kerana saling bekerjasama.
Seseorang yang
mempunyai kehidupan seksual yang lengkap dan teratur secara automatiknya
memiliki daya keyakinan diri yang tinggi lantaran merasakan senaman
tersebut serasi dengan tubuh.
Hilangkan lenguh-lenguh badan
Letih bermain badminton belum hilang ditambah pula dengan rasa
sengal-sengal badan. Mungkin kerana lama tidak bersukan jadi ada sahaja
urat-urat yang bersimpul dileraikan. Lazimnya, khidmat tukang urut
diperlukan tetapi dalam hal ini, pasangan adalah ‘doktor’ yang paling
hebat.
Cari waktu yang menarik untuk berdua-duaan dengan
pasangan dan nikmati keseronokan tanpa gangguan daripada anak-anak.
Pasti kesakitan yang ditanggung itu mampu dipulihkan setelah hubungan
seks dilakukan.
Kenapa? Ini kerana setiap kali hubungan kelamin
berlangsung, sejenis hormon yang dinamakan endorphin telah dikeluarkan
yang mana ia adalah ubat penahan sakit secara semula jadi yang
dikeluarkan oleh tubuh.
Malah, penulis buku “The Healing Power
of Sex” menjelaskan bahawa sekali orgasma mampu menjauhkan seseorang
dari sakit selama enam jam.
Kitaran haid yang teratur
Menurut Winnifred Cutler, pengarang buku “Love Cycles”, wanita yang
mengadakan hubungan seks setiap minggu mudah menjangkakan kedatangan
haid berbanding wanita-wanita bujang atau kurang melakukan hubungan
kelamin dengan pasangan.
Ini kerana, wanita yang mempunyai
pusingan haid yang teratur lebih mudah menjangkakan bila waktu suburnya.
Jadi, dengan mudah keduanya merancang untuk memiliki cahaya mata
setelah mengetahui waktu penting tersebut.
* Dipetik dari majalah Mingguan Wanita edisi terbaru
No comments:
Post a Comment