Politik memang adalah satu permainan yang cukup licik, kerana dalam teori politik " tomorrow will not the same as yesterday " atau " be kill or to be kill " kerap terjadi. Semalam tidak semestinya berakhir dengan ketenangan, kerana apa yang berlaku semalam mungkin akan di ungkit pada esoknya, mungkin akan jadikan bahan memburuk-burukkan pihak lawan yang semalamnya adalah kawan.
Dalam politik, perpisahan akan berlaku dengan berbagai-bagai cara, lihat saja bagaimana DSAI boleh bermusuh dengan Mahathir, bagaimana Musa Hassan kini mula membuka pekong semasa beliau berjawatan. Bagaimana pula Deepak seorang ahli perniagaan juga akhirnya sanggup untuk melaporkan apa yang dibuatnya satu masa dulu?
Tapi isu kali ini kaitan bagaimana nama-nama ini dapat mempengaruhi suasana dan landskap politik negara? Siapa mereka, siapa altantuya, siapa Antantuya, siapa Ayah Pin, Siapa Abu Ya, siapa Deepak Jaikishan dan apa peranan pula dari PI Bala ( gambar ). Mereka cukup penting masa kini dalam perkembangan politik muktahir ini.
1- Antantuya gadis Monggolia, kematian beliau cukup mencemaskan negara turut dilibatkan ialah kepimpinan tertinggi, matinya di bumi Malaysia, tertangkap dua orang anggota polis dan di khabarkan " kekasih " beliau masih bersenang di luar negara sebaliknya mentor kekasihnya kini berhadapan dengan berbagai masalah.
3- Abu Ya dengan Alarqam sudah di alam baqa, tetapi pengaruhnya, masih ada, masih ada pemantuan untuk gulongan dan pengikut Abu Ya ini, pelik dan ajaib Malaysia. Malaysia oh tanah air ku mengapa dan kenapa macam-macam isu yang ditimbulkan?
Segala-galanya kerana PRU13, yang sudah dilupakan ianya bangkit kembali, tapi kenapa, apa rasionalnya ditimbulkan malahan bertambah episodnya, selain dari PI Bala timbul pula Deepak Jaikishan - si peniaga karpet. Apa pula hubungan beliau dengan kepimpinan Najib malahan nama Rosmah is3 najib juga di kaitan dengan Deepak.
Inilah yang di katakan mungkin dulu Deepak kawan baik dengan Najib dan Rosmah, tapi kini mungkin juga Deepak sudah berkawan dengan kalangan orang-orang yang ingin melihat Najib kecundang dalam PRU13 - satu andaian. Pelik bin ajaib beliau amat tahu kaitan dengan apa yang ada di Putra Jaya dan Seri Perdana. Krisis Gadis Monggolia dia banyak tahu, surat sumpah PI Bala juga dia tahu, persoalannya apakah beliau ini ada " kebebasan di Putra Jaya dan Sri Perdana?
Semua nama-nama yg di highlightkan pernah mewarnai penghidupan harian pemimpin negara, mungkin juga mereka bertungkus lumus memastikan pemimpin hidup dalam keadaan cukup selesa, mungkin juga pada masa itu upahan yang diterima cukup lumayan, jadi mungkin mereka hidup selesa.
Kawan ada bermacam kawan. Ada kawan sehidup semati. Ada kawan sekadar bersenang hati, pergi makan dan pergi joli. Tak kiralah di Siam atau Itali. Bila dapat kitalah sahabat, bila tak dapat kitalah yang jahat. Masa baik semua jalan. Bila bergaduh, keluarlah dokumen, filem dan rakaman. Pilih kawan biarlah kena. Serapah jampi jangan percaya. Kemenyan dan mantera membawa dosa. Silap berkawan bawa bencana, hidup susah, jiwa merana.
Kita akan merana pada masa mereka membuka semua sembang bual semasa rapat, semua yang sulit akan di laporkan, tambahan pula mereka dapat " ketua " baru. Kita pula takut menjawab semua " tuduhan " tersebut so kita diam
- diam saja. Takut-takut ada orang yang percaya. Apatah lagilah kalau kita orang
berkuasa. Nama baik kana jaga. Jawablah mereka jangan tiada atau saman
berjuta-juta.
Datuk nenek kita ada berkata, buat baik berpada-pada, pilih kawan
biarlah kena. Kawan baik bawa bahagia, kawan jahat bawa bencana. Kalau tidak ada-ada masakan tempua bersarang rendah. Fitnah akan membawa
celaka, kalau tidak dinafi dan disanggah.
Bila berkawan biar berpadan. Ada
batas ada sempadan. Kawan dalam kesusahan, itulah yang sebenarnya kawan. Bukan
kawan ketika matahari terang kerana bila gelap menjelang, mereka akan lagi
lintang-pukang. Silap-silap, mereka tikam pula depan dan belakang. Wallahualam.
No comments:
Post a Comment