Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, December 26, 2012

CALON PRU13, APA PERLUNYA SPRM?


SPRM - kini cuba meneliti, mengkaji juga akan mungkin menghukum kepada semua calon-calon di PRU13 nanti. Semua calon perlu di tapi oleh pihaknya, kata putus keesahan dan kelayakan setiap calon untuk bertanding adalah di tangan SPRM. Tindakan ini adalah ekoran yang cadangan PM sendiri. Tapi malang sekali pengumuman dari PM kaitan dengan itu ini di sambut dingin di kalangan kebanyakan ahli parti itu sendiri. Kenapa? 

* Kenapa - respon dari Kalangan Pemimpin UMNO negatif?
* Kenapa - mereka " cuba ingkar " cadangan dari Presiden?
* Atau apakah kalangan ahli UMNO sendiri tidak yakin dengan SPRM itu sendiri?
* Atau apakah cara  ini Najib cuba lepas tangan untuk menggugurkan " ramai " dari mereka yang " non winnable cadidate " untuk turut sama di PRU13 itu nanti?
* Atau apakah Najib sendiri sudah tidak berminat untuk bertanding, kerana masih di belenggu dengan kes kapal selam dan gadis dari Monggolia?

Jawapan hanya ada pada Najib.

Secara ikhlas GM amat bersetuju dengan cadangan ini, maklumkan kita hendak mencari pemimpin dan rakyat menganggapkan PRU13 adalah " mother of all election " atau " ibu bagi semua pilihanraya " sudah tentu rakyat inginkan mereka ( lelaki / perempuan ) yang beramanah,  penuh intergriti dan kompetensi. 

Ini kerana kekayaan dan khazanah negara dan negeri yang akan diamanahkan pada tiap ahli parlimen dan ahli dewan undangan negeri adalah amat tinggi nilainya, dan dalam banyak keadaan ianya boleh menggelapkan mata si pemegang amanah tersebut.

Kekangan yang ada pada SPRM dalam proses pra penilaian ini : -

Pertama, 

SPRM tidak diberikan tauliah dan kuasa untuk menilai calon-calon pilihanraya. Apa yang mereka boleh lakukan adalah untuk menyiasat dan mendakwa dengan bukti yang kukuh terhadap mana-mana pihak yang terlibat dengan kesalahan yang boleh dihukum di bawah bidangkuasa SPRM.
Timbul persoalan kelak tentang apakah tindakan yang akan diambil oleh SPRM terhadap calon-calon yang mereka telah sahkan terlebih awal sebelum pilihanraya sebagai ‘bersih’, namun selepas itu, mereka menerima bukti kukuh untuk disabitkan dengan kesalahan di bawah akta pencegahan rasuah yang berkaitan.

Kedua, 

Laporan SPRM ini nanti, pastinya mengandungi ayat penafian (disclaimer) yang berbunyi, “Laporan penilaian ini disediakan berasaskan makluman yang dibekalkan oleh pihak calon, sehingga tarikh laporan ini. SPRM tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kesalahan dan kesilapan dalam menjalankan prosedur penilaian ini”.
Timbul persoalan tentang kualiti laporan tersebut, samada ianya cukup komprehensif untuk menilai setiap sumber pendapatan dan harta yang terkumpul oleh pihak calon tersebut.

Ketiga, 

SPRM perlu selesaikan kes-kes tertunggak yang bertimbun, bukan sekadar mendakwa ‘ikan bilis’, tetapi perlu komited untuk mendakwa ‘si jerung’ dan ‘syaitan-syaitan yang dikenali’ daripada terus bermaharajalela.

SPRM TAK PERLU TAPI PERLU ........

Untuk menjadi pemimpin, setiap individu tersebut perlu ada rasa " sense of responsiblelity " - Rasa kebertanggongjawaban, " sense of belonging " - ada rasa kepunyaan, " sense of friendship " - ada rasa kekitaan dan mudah cakap sebagai calon beragama Islam, taatilah perintah Allah. 

Tiap calon perlu membuat pengisytiharan harta secara sukarela untuk rakyat mengukur dan menilai tahap kekayaan yang dikumpul oleh mereka, sebelum dan selepas menjawat jawatan.

Sudah tiba masanya untuk budaya politik baru di Malaysia. Calon-calon bukan sekadar mengisytiharkan janji dan manifesto, tetapi turut mengisytiharkan harta mereka. Tiada alasan untuk mengelak daripada tindakan ini. Seorang yang beramanah dan berintegriti tidak perlu takut pada cadangan ini.
 
Apapun, kini rakyat pasti teruja untuk melihat Datuk Seri Najib menunjukkan tauladan dengan membenarkan SPRM bebas menilai harta-harta yang dikumpul oleh beliau dan Datin Seri Rosmah, untuk dinilai dan diukur oleh rakyat jelata. Integriti berkait rapat dengan tindakan, bukan sekadar ucapan.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA