Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk
Seri Dr Rais Yatim meminta rakyat negara ini supaya melupakan hasrat
untuk menukar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang. Sebaliknya, beliau menyeru mereka yang ingin melakukan transformasi,
agar melaksanakannya bersama-sama dengan kerajaan yang telah dan sedang
berbuat demikian.
"Terlampau banyak aset negara, khazanah sosial dan kemasyarakatan yang sudah kita miliki. Jangan tukar sebegitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas pelancaran sambutan ulang tahun ke-55 Arkib Negara Malaysia di sini hari ini. "Siapa yang menyatakan mereka hendak buat transformasi, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak sudah buat, sedang dan terus buat transformasi untuk kebaikan kita semua " sambung beliau.
"Terlampau banyak aset negara, khazanah sosial dan kemasyarakatan yang sudah kita miliki. Jangan tukar sebegitu sahaja," katanya kepada pemberita selepas pelancaran sambutan ulang tahun ke-55 Arkib Negara Malaysia di sini hari ini. "Siapa yang menyatakan mereka hendak buat transformasi, (Perdana Menteri) Datuk Seri Najib Tun Razak sudah buat, sedang dan terus buat transformasi untuk kebaikan kita semua " sambung beliau.
Apa dia transformasi ? asal dari perkataan Inggeris Transformation yang membawa maksud perubahan rupa, penukaran, penjelmaan, kearah penambahbaikan. - kamus Oxford Fajar.
Rakyat sudah maklum bahawa UMNO sudah memerintah agak lama, jika di ukur dari usia seorang manusia sudah melebihi setangah abad, kesan dengan lamanya pemerintahan itu sudah tentu banyak kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin. Cara tak langsung Transormasi yang ingin dibawa oleh Najib untuk sepenggal lagi mungkin akan terus merosakkan rakyat dan negara.
Apa transformasi yang najib nak buat?
Najib kini sedang di kelilingi oleh isu-isu yang boleh meroskkan negara ; Deepak- dengan isu kes Altantuya, Isu Scorpene ; mahkamah Perancis akan mensapina beliau, baekas KPN Musa Hassan pula sudah sedar atas kesilapan semasa bertugas dulu dan kini membuka kelemahan sistem pemerintahan untuk tatapan rakyat. Isu sumbangan RM40 juta sumbangan untuk tabung UMNO Sabah juga memalitkan sedikit usaha " transformasi " Najib tersebut. dan ianya masih banyak lagi isu-isu yang di anggap oleh rakyat sebagai ianya melebihkan " keuntungan " kepada rakan dan sahabata sahaja.
Lagi isu kaitan dengan memihak kepada kepimpinan yang melakukan " buruk perangai ", sama ada isu kaitan penyelewangan harta kerajaan, isu perempuan, kita masih ingat bagaimana seorang menteri dengan artis selain dari diri kepimpinan itu sendiri, anak-anak mereka juga terlibat. Apakah ini juga yang di katakan satu transformasi?
Contoh 1 : satu tranformasi dikalangan anak-anak pemimpin
Contoh 1 : satu tranformasi dikalangan anak-anak pemimpin
gambar hiasan
Contoh 2 : Mirzan Mahathir dinamakan dalam siasatan di India
Ahli perniagaan Malaysia Mirzan Mahathir dinamakan dalam afidavit di mahkamah India berkaitan siasatan dalam pembangunan Pelabuhan Kakinada di Andhra Pradesh.
Mirzan ( gambar ), 51, telah memperoleh projek itu semasa bekas ketua menteri negeri Chandrababu Naidu memegang jawatan. Dokumen setebal 2,424 muka itu menyatakan bahawa sebuah konsortium yang diterajui Mirzan memperoleh pembesaran pelaburan laut air dalam pada 1999.
Afidavit itu difailkan oleh isteri mendiang ketua menteri Andhra Pradesh YS Rajasekhar Reddy's (YSR), YS Vijayalakshmi di Mahkamah Tinggi negeri itu bulan lalu. YSR, seorang ahli politik yang berpengaruh, terbunuh dalam nahas helikopter pada 2009.-Mkini
Apakah rakyat tidak berminat untuk melakukan transformasi sebenar jika melihatkan apa yang sedang dan akan dilakukan jika kerajaan UMNO / BN diberi peluang sepenggal lagi? Inilah masa yang sesuai untuk transformasi tersebut.
Rais berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan bekas Naib
Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang dilihat sependapat
mengenai bahayanya jika rakyat melakukan eksperimen menukar kerajaan
tanpa pertimbangan adil dan teliti.
Tunku Abdul Aziz dalam kenyataannya hari ini berkata tindakan
segelintir rakyat bereksperimen menukar kerajaan itu dilakukan hanya
kerana termakan janji manis dan fitnah pembangkang yang hanya akan
mengakibatkan kerugian dalam jangkamasa panjang. - Bernama
No comments:
Post a Comment