Parlimen akan terbubur secara automatik 28 April 2013 kerana tempohnya
sudah mencukupi. Belum pernah berlaku perlimen dibubarkan sehingga rapat
ke dinding. Paling lama pun parlimen akan dibubarkan sebaik saja masuk
tahun ke empat penggal parlimen ia dibubar. Jadi apabila Najib gagal
mencari 'cerlak' dan ketika baik untuk membubarkan parlimen menyebabkan
orang tertanya-tanya dan menjadi iseng sendiri dan berbahas apa sudah
jadi dengan Najib?
Bahkan ada yang sudah naik bingung dan muak menanti bila tarikh parlimen
dibubarkan. Beberapa jangkaan dibuat semuanya meleset. Najib semacam
mahu melarikan tarikh itu dan tidak mahu mengiyakan apa yang diagakkan
oleh orang lain. Untuk apakah? Namun kali ini teka teki itu tidak timbul
lagi, semuanya sudah siap sedia. Bahawa pilihan raya tidak mungkin
diadakan selepas April 2013.
Kelewatan Najib membubarkan parlimen memburukkan keadaan dirinya dan
UBN. Kelewatan itu menyebabkan timbul persepsi buruk kepada parti
berkenaan. Tanyalah sesiapa pun mereka akan mengatakan Najib atau UBN
takut bila mana masih bermain-main dengan tarikh pilihan raya. Apa lagi
perkara ini ditejel dan dijaja oleh Pakatan Rakyat, kononnya UBN takut,
dakyah itu sudah tersendak di kepala orang ramai.
Rakyat menerima eceran berkenaan. Memanglah kalau Najib berani dan yakin dengan kemenangan UBN dia tidak perlu menangguhkan pembubaran parlimen. Beliau tidak mengheretnya sehingga rapat ke mentara. Sebabnya tidak ada alasan lain bagi Najib untuk tidak mengadakan pilihan raya segera kecuali kerana takut dan bimbang. Kebimbangan itulah menjadikan tarikh pembubran parlimen menjadi teka teki tidak terjawab.
Waktu paling elok bagi Najib meminta Yang di-Pertuan Agong bubarkan parlimen ialah pada bulan Jun lalu. Ketika itulah keadaan kondusif buat UBN. Isu-isu yang tegang di dalam kerajaan pada masa itu seperti skandal projek lembu gemuk (NFC) dan isu Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SPBA) juga sudah selesai. Walaupun isu NFC masih terheret sampai kini tetapi apabila tindakan diambil ke atas syarikat atau individu yang terlibat termasuk perletakan jawatan Shahrizat Jalil, ia dianggap ia diambil tindakan.
Rakyat sudah sedikit berpuas hati atas sikap akauntabiliti Sharizat itu.
Begitu juga isu SPBA yang sebelum ini menimbulkan kemarahan kakitangan awam atau pegawai kerajaan, selesai apabila sistem saraan baru itu dibatalkan dan orang yang kononnya bertanggungjawab bekas ketua pengarah JPA Abu Bakar Abdullah diambil tindakan. Keredaan isu itu bukan kerana tindakan ke atas ketua pengarah JPA itu tetapi pembatakan sistem berkenaan dikira 'congik cakdung' dan tidak adil kepada semua.
Seretak itu juga penyenaraian saham FVGB telah dilakukan dan para peneroka telah mendapat sedikit nikmat. Di mana nikmat habuan pemberian separuh dari RM15,000 untuk satu keluarga memberi keseronokan kepada para peneroka. Demikian juga dengan sebahagian rakyat turut sama terasa terhibur dengan pemberian BR1M, RM500 satu orang yang berpendapatan dibawah RM2,000. Walaupun pemberian wang umpan dan rasuah undi itu tidak menyeluruh, setidak-tidaknya 15% daripada penerimaannya merasakan mereka dipedulikan oleh UBN.
Namun kondisi itu tidak diambil peluang juga oleh Najib. Inilah menyebabkan timbul 'perselehengan' dan 'perkadasan' fikiran di antara Najib dengan timbalannya Muhyiddin Yassin dan juga bomoh besar dan keramat Umno Mahathir Mohamad. Muhyiddin satu masa mendesak agar pilihan raya diadakan segera memandangkan rakyat sudah sedikit tenang. Desakan Muhyiddin itu sehingga ditafsirkan di antara mereka berdua sedang dilambung masalah.
Tetapi Najib tetap juga tidak terbuka hati untuk mengadakan pilihan raya. Selepas itu 'cerlak' bulan Jun dihinsut ke bulan September. Tetapi ternyata bulan September juga tidak menjelma apa diharapkan. Bahkan September merupakan bulan sakit buat UBN. Keengganan Najib itu menyebabkan timbul rasa kurang senang di kalangan Umno sendiri terutamanya mereka yang sudah terasak dan letih dengan kemaraan Pakatan Rakyat. Kemaraan Pakatan Rakyat menjadi mereka resah dan rungsing... kerana semangat PR relatif meninggi.
Orang menyoal kenapa Najib babil untuk membubarkan parlimen tanpa menjawab persoalan itu? Bagi saya Najib ada pedoman dan pemikirannya sendiri. Dia ahli Pak Belalangnya sendiri. Di sini mungkin Najib belum mendapat lampu hijau atau pun kebenaran dari orang yang dipercayainya. Siapakah orang itu? Mungkin ianya pemelihara jin, di mana selagi jin tidak bersedia untuk membantu UBN, isyarat itu tidak akan diberikan.
Sudah pastilah orang itu ahli yang bijak dalam membuat telahan politik dan memperhitungkan kalah dan menang untuk Najib. Ini bererti selagi orang itu tidak merasakan Najib menang dia tidak akan memberi signal untuk Najib membubarkan parlimen. Kerana Najib meletakkan kepercayaa tinggi kepada orang itu maka beliau tidak mempedulikan berbagai laporan dan analisa termasuk kajian dalaman dibuat oleh parti atau badan bebas sebelum ini yang menyatakan peluang BN baik. Buktinya kalau dia percaya dia sudah pun membubarkan parlimen.
Perhimpunan agung Umno yang ke-66 lalu dilihat sebagai kayu ukur terakhir buat Najib untuk menetapkan tarikh pilihan raya. Perhimpunan itu juga dijadikan pemupukan semangat para ahlinya. Malang sekali lagi, menjelang perhimpunan agung timbul pula beberapa isu baru yang diluar dugaan dan ianya mencabar dan menganggu UBN. Isu-isu baru yang meletup secara bom jangkaan itu benar-benar merusut fikiran Najib.
Isu dimaksudkan itu ialah pendedahan oleh bekas IGP Musa Hasan mengenai penyalagunaan kuasa oleh menteri dalam negeri yang mencampuri urusan politik di raja. Satu lagi ialah pendedahan mengenai tindakan orang Umno melakukan cas keting atau penipuan dalam urusan niaga dan tidak amanah dalam perniagaan. Ini berhubung pendedahan orang bernama Deepak Jaikishan mengenai keterdayaannya oleh pemimpin Umno.
Pendedahan Deepak itu mengenai kenyataannya (SD) kononnya Najib atau isterinya terlibat dengan pembunuhan Altantuya benar-benar mendatangkan masalah kepada Najib dan Umno. Pendedahan Deepka kitu menganggu tidur dan mimpi Najib. Pendedahan itu boleh mencairkan segala usaha kerajaan untuk mempengaruhi rakyat sebelum ini. Tragedi yang sudah redha dan habis tersapu di kepala rakyat itu kini 'terbahar', membuka semula apabila ia diungkitkan oleh Deepak secara kronologi.
Memang Umno bercadang untuk menjadikan perhimpunan agung Umno sebagai landasan kekuatan sepenuhnya kepada UBN. Namun dengan pendedahan itu menyebabkan harapan yang diimpikan Najib itu hancur berkecai. Najib benar-benar kecewa dengan apa yang berlaku itu. Ini terbukti bila mana diarahkan supaya pimpinan Umno tidak menjawab isu-isu berkenaan pada siri penggulungan. Pembisuan terhadap semua isu dibangkitkan itu sekali lagi meletakkan UBN dalam keadaan meragukan.
Bagaimana pun Najib tetap mahu perhimpunan agung Umno lalu dilihat sebagai satu rumusan bahawa ahli Umno sudah bersedia untuk berhadapan dengan pilihan raya. Kajian-kajian dalaman juga menunjukkan ahli Umno dalam bersemangat penuh dan tinggi untuk berdepan dengan pilihan raya. Angka-angka yang anih dan ganjil dikeluarkan untuk tujuan itu kononnya 74.4% dari lebih 27,000 respondan menyatakan kerajaan BN dan slongan 1 Malaysia dalam keadaan diterima umum. Orang Melayu juga didakwa semakin teguh bersama Umno manakala orang bukan Melayu pula dikatakan bertambah menyokong UBN.
Pendeknya semua logistik untuk berhadapan dengan pilihan raya sudah pun lengkap dan siap sedia. Seluruh pemimpin dan ahli Umno juga sudah berjanji dan berikar akan memenangkan parti dan mengelakkan bertempur sesama sendiri. Ahli perwakilan semua berdiri menyatakan kesediaan dan komitmen itu. Umno sendiri melakukan apa saja iktiar zahiriah untuk memangkan Umno; berdoa, menyanyi, bersumpah. merayu dan menangis. Asakan mitosime dan kurafatisme bahawa hanya Umno saja dapat menyelamatkan Melayu dan agama sudah pun diselam sedalam-dalamnya dalam hati para pemimpin Umno.
Mengukur kesediaan itu seolah-olah pilihan raya akan diadakan pada bila-bila masa saja. Parlimen persis akan dibubarkan sebaik berakhir perhimpunan agung Umno. Melihat semangat berkobar-kobar itu saya sendiri mengirakan Najib mengumumkan hari dan masa dia menghadap Agong untuk menasihati parlimen dibubarkan. Namun itu hanya harapan saja, ia tidak berlaku. Pun begitu tidak dapat dielakkan lagi, masa sudah suntuk waktu sudah tiada, suka tidak suka, perit atau tidak.. parlimen akan dibubarkan dalam masa terdekat. Saya memfirasatkan ianya akan dibuarkan pada akhir Disember ini atau habis lewat pertengahan Januri pengundian pada Januari atau awal Februari.
Najib dan Umno akan membuat persiapan, tempoh itu ialah tempoh matangnya beberapa janji pemberian untuk rakyat seperti bonus, tambahan BR1M sebanyak RM500 lagi. Semua itu adalah umpan dan modal untuk memancing undi. Sambil menghulurkan wang bantuan itu penerima akan diminta bertaubat mengundi UBN.
Bagaimana pun dalam kesiapsediaan Umno dan BN itu ia tidak memberi apa-apa kejutan atau pun getaran untuk menguatkan UBN lagi. Kelewatan Najib membubarkan parlimen telah menjadi persepsi umum bahawa UBN kini di dalam ketakutan dan akan tewas dalam pilihan raya. Tanggapan umum atas kesilapan UBN mempercepatkan pilihan raya itu memberi penyakit kepadanya. Ia menyebabkan rakyat terus beranggapan UBN tidak akan menang pilihan raya. Dari sudut kejiwaan rakyat melihat ketakutan dan keraguan Najib memilih tarikh untuk diadakan pilihan raya itu ia sudah menjadi tanda-tanda kekalahan UBN.
Dengan tanggapan sebegitu yang mempengaruhi emosi, mereka tidak lagi memilih UBN. Tanpa UBN dan Najib sedari permainannya berteka teki mengenai bila pilihan raya telah memberi impak buruk kepada UBN. Apa juga kejutan dan keanihan yang UBN akan lakukan dalam pilihan raya ini tidak bererti lagi. Ia tidak boleh merombak ikatan nekad sebahagian besar rakyat yang mahu menukar BN dengan Pakatan Rakyat. Yang jelas dan nyatanya UBN sudah tertolak dengan sendiri, helah Najib memperlambat-lambatkan pilihan raya menatijahkan kecelakaan kepadanya. [wm.kl.6:42 pm 04/12/12]

No comments:
Post a Comment