Apakata Anwar kaitan dengan PAU 12 tersebut.
Bagi Anwar " kian hampir tempoh PRU13 yang kian hampir, UMNO telah menunjukkan tanda-tanda ketidakyakinan dalam mempertahankan kuasa mereka. Mereka tidak mampu untuk menangkis setiap idea dan dasar yang dilontarkan oleh kepimpinan PR. Apa yang ada pada mereka hanyalah menyerang dengan membenih politik kebencian dan ketakutan. Dengan media arus perdana yang semakin ketandusan isu, UMNO sedang memaksimakan setiap helah yang ada untuk memasung agenda perkauman dan ketakutan dalam kalangan rakyat demi mengelak balasan yang bakal menimpa mereka jika Pakatan Rakyat berkuasa kelak "
Suasana dan pengisian perhimpunan juga di jadikan " flatform " untuk mereka meningkatkan serangan yang berbentuk penipuan dan penghinaan. Mereka sanggup dan dengan rasa tidak bertanggongjawab melemparkan tuduhan yang Malaysia akan hilang kedualatannya dalam masa 3 tahun pemerintahan PR. Ideanya
mudah; memperbodoh-bodohkan rakyat dengan menyuburkan idea bahawa
pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat adalah pengkhianat yang akan menggadaikan
maruah negara demi kepentingan politik. Malah lebih malang lagi apabila idea
itu tidak disokong dengan fakta dan hujah yang empirikal, kenyataan Najib
adalah kenyataan yang tidak masuk akal dan hanya dibuat oleh orang yang tidak
punya maruah dan moral sama sekali.
Senario simptom ketakutan hilang kuasa ini dimulakan momokkan insiden 13 Mei
sekiranya Pakatan Rakyat memegang tampuk pemerintahan. Kami mengerti bahawa
Ketua Wanita UMNO cuba untuk menghidupkan semula kareer politik beliau yang
telah pupus akibat didesak untuk meletakkan jawatan dalam skandal ratusan juta
NFC. Tetapi dengan menggunakan hujah picisan sebegitu adalah tidak munasabah. Tindakan
menyeru kembali ‘hantu’ 13 Mei itu adalah untuk menimbulkan kebencian antara
masyarakat Melayu dengan bukan Melayu, seterusnya menyemai budaya ketakutan
dalam kalangan rakyat bahawa pertumpahan darah akan berlaku sekiranya UMNO
kehilangan kuasa. Hujah tersebut bukan sahaja biadap, malah boleh dianggap
sebagai hasutan dan dikategorikan sebagai satu jenayah.
Jelas sekali bahawa Pakatan Rakyat telah muncul sebagai ancaman utama kepada
hegemoni UMNO-Barisan Nasional, dan ini menyebabkan mereka melancarkan tuduhan
liar tentang pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya saya sebagai proksi
kepada kedua-dua kuasa asing Amerika Syarikat dan China dalam satu masa!
Kenyataan tidak masuk akal itu mungkin lucu, tetapi dengan pengawalan
sepenuhnya media cetak dan elektronik, UMNO sedang menyebarkan agenda penipuan
yang mampu membanggakan Goebbels. Menggunapakai taktik pengulangan ‘penipuan
besar’ ini, media mereka bertujuan untuk menggambarkan kewangan atau
perberhandaraan negara mungkin dikawal oleh kuasa luar sekiranya Pakatan Rakyat
memerintah.
Media UMNO juga keterlaluan dengan membakar api perkauman dan agama dengan
menyiarkan kenyataan-kenyataan berbaur ekstremis dan rasis daripada perwakilan.
Menurut UMNO, hanya mereka sahaja yang mampu menjuarai Islam; bukan KEADILAN
mahupun PAS. Justeru itu mereka berhujah bahawa gejala murtad akan dilestarikan
dan Malaysia akan ditransformasikan menjadi negara Kristian jika UMNO pupus
pada pilihanraya akan datang.
Ucapan pembukaan Najib dalam Perhimpunan Agung UMNO dipenuhi dengan serangan
terhadap pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya ke atas saya dan di
dalam gaya bahasa yang tidak sewajarnya dilafazkan oleh seorang yang negarawan.
Adakah wajar bagi rakyat untuk terus mempertahankan pemimpin yang tidak
mempunyai kaliber seperti itu? Apakah dasar baru yang dibentangkan demi
kemajuan negara? Mana idea untuk ekonomi dan keadilan sosial, kesihatan,
perumahan dan pendidikan? Jikalau beliau punyai alasan yang kukuh untuk
menyaingi Pakatan Rakyat, beliau sepatutnya menyahut cabaran saya untuk
bersemuka dan berbahas, supaya rakyat dapat menilai dengan sebaiknya siapa yang
bercakap benar dan siapa yang gemar menipu. Janganlah berselindung di sebalik
jentera propaganda murahan kamu dan jadilah anak jantan sebenar sebagai Perdana
Menteri dan turun berdebat dengan saya di dalam gelanggang!
Sumber : FaceBook DSAI
No comments:
Post a Comment