Kini apa yang akan berlaku selepas PRU13 sudah ada kalangan mereka yang akan dipersalahkan, andaian ini diterjemahkan oleh najib dengan beberapa indikator, KALAH TAH TERPILIH SEBAGAI CALUN NANTI JANGAN SABOTAJ PARTI, JANGAN KERANA NYAMOK SEEKOR KELAMBU PERLU DI BAKAR, kata Mahathir, UMNO ini hanya tertumpu kepada Najib sahaja yang ingin kan kemengangan sedangkan orang lain buat tak tau saja.
'Najib yakin BN kuasai majoriti 2/3 jika tiada sabotaj', sedar tak sedar
 Najib mula hilang keyakinan BN untuk terus memerintah dengan 
menyalahkan hantu-hantu yang tak wujud. Beliau sedar akan kelemahannya 
dari semua aspek untuk Umno/BN terus berkuasa dan jalan terbaik ialah 
dengan lebih awal menyalahkan pensabotaj. Ilmu yang beliau terima dari 
mantan PM, Dr Mahathir seorang politikus dan diktator tua yang masih 
berlagak mempunyai kata putus dalam kerajaan.
Dengan kajian prof-prof kangkung yang memberi jaminan penyedap hati 
bahawa BN masih boleh kekal memerintah dengan majoriti mudah sebanyak 
120 kerusi parlimen. Gua pun tak tahu daripada sumber mana mereka dapat 
yang pasti sumber-sumber SB Bukit Aman telah meletakkan BN diambang 
kejatuhan selepas lebih 55 tahun memerintah.
Disebabkan ketakutan inilah, timbul isu 'Peristiwa 13 Mei' akan berulang
 jika Umno kalah pada PRU13 nanti. Inilah politik ugutan dari sang 
pemerintah yang sudah merasa cukup selesa berada ditahta selepas negara 
memperolehi kemerdekaan dari negara yang tidak menjajah Tanah Melayu. 
Mereka ketika ini berada didalam keadaan terdesak untuk menarik kembali 
undi majoriti setelah kajian dari badan bebas, populariti Najib mula 
merosot bulan demi bulan.
Pada PAU kali ini jelas kebanyakan pewakilan menyalahkan Rosmah yang 
lebih kehadapan daripada suaminya sendiri sehingga ada yang menyindir 
siapa sebenarnya Presiden Umno jika setiap mesyuarat pasti ada kelibat 
Rosmah. Kebanyakan pewakilan dari awal-awal lagi menyalahkan Rosmah dan 
mereka mahu Muhyiddin segera mengambil alih jawatan presiden sebelum 
kapal Umno karam buat selama-lamanya. Tahniah gua ucapkan kepada FLOM, 
Datin Rosmah Mansor kerana memudahkan kerja PR untuk mengambil alih 
pentadbiran negara dari terus dimufliskan oleh mereka-mereka ini.

No comments:
Post a Comment