Warong Bunga Tanjung- Kg. Gajah 11 Disember 2012, rata-rata kini rakyat sudah memperlihatkan satu perubahan landskap politik di tanah air, tsunami 2008 sememangnya meninggalkan kesan, rakyat sudah bertekat untuk membuat perubahan kepimpinan. Bagi mereka UMNO / BN sudah lama dan sepatutnya direhatkan.
Senerio bagini ( gambar ) bukan lagi khayalan tapi kenyataan, anak-anak muda sudah mendekati pengajian, Program " anak muda geng kita " telah banyak memberikan kesedaran kepada gulongan ini. Apakah fenomena ini akan menjadikan kenyataan pada PRU13 nanti.
Tapi bagi UMNO / BN pula mungkin mereka sudah terasakan fenomena perubahan ini, ketiadaan anak muda menjadikan mereka hilang punca. Mereka pula menggunakan juga apa cara untuk mendapatkan sokongan
Ini cara UMNO / BN untuk mengembalikan kepercayaan rakyat
terhadap mereka, mereka gunakan sekolah
Keyakinan untuk mentadbir negara selepas PRU13 ini amat tinggi sekali, untuk itu apakah kepimpinan PR sudah bersedia ke arah itu, atau apakah dalam pemikiran mereka, mereka juga akan bertindak seperti apa yang umno / BN buat? Untuk itu di sarankan beberapa cadangan untuk diambil tindakan oleh kepimpinan PR.
Gulongan muda khususnya dan rakyat Malaysia am ingin mengingat dan memberi amaran kepada Pakatan Rakyat yang mana mereka sedia menjadikan Pakatan Rakyat sebagai pemerintah yang baru bagi menggantikan pemerintah yang terlalu lama memerintah iaitu Barisan Nasional. Kesediaan ini dengan mandat yang mempunyai kata kata dasar untuk di laksanakannya,
Pertingkatkan dasar cintakan negara
Pengurusan dan Pentadbiran negara tidak perlu lagi menjadi anak didik kepada British kerana generasi yang ada masa kini tidak mengetahui isi pati perjanjian yang sudah melebihi setengah abad itu, ini kerana Malaysia perlu di perintah mengikut acuannya sendiri, tambahan pula perundangan dari British berlandaskan perlembangaan sekular. Malaysia bukan lagi Tanah Jajahan Biritish. Kebabas untuk membentuk perlembagaan adalah hak asasi sebuah negara merdeka yang berdaulat.
Budaya amalan rasuah dan kronisma tiada tempat dalam pemerintahan
Pengurusan dan Pentadbiran negara juga amat perlu membentuk pemimpin, kakitangan kerajaan serta keseluruhan masyarakat yang berintegriti, amanah, jujur, ada rasa kekitaan, rasa kepunyaan serta tahu menilai hak kesamarataan dengan orang lain. Dengan itu negara dapat melahirkan sebuah masyarakat yang bertamadun dan dapat menjauhkan diri dari gejala yang hanya meruntuhkan iman dan amalan. Dalam perundangan tidak ada pertimgangan yang dwi standard.
Memastikan keharmornian rakyat dengan menurunkan harga barangan
Peangurusan dan Pentadbiran negara juga amat perlu sekali turun padang untuk melihat bagaimana perlunya harga barangan harian di tahap harga yang " murah " keperluan asas seperti minyak petrol kerana ianya adalah asas kepada kesemua kenaikan yang mendadak hingga memaksa anak muda masa kini bahkan orang tua sekalipun merasa bahang kenaikan yang cukup memeritkan serta meyeksakan.
Sebagaimana yang dijanjikan menurunkan harga minyak sangat di tuntut, secara rasionalnya tidaklah sehari selapas angkat sumpah minyak turun, kita beri tempoh seminggu untuk tujuan tersebut.
Berusaha menyediakan keperluan asas
Pengurusan dan Pentadiran Negara amat perlu menyediakan kemudahan asas untuk pembentukan sebuah masyarakat yang berilmu dengan memberi pelajaran percuma dari peringkat rendah sehingga tamah di universiti.
Selain dari itu, kepada generasi muda yang sudah bekerja pihak kerajaan dapat menyediakan rumah " mampu milik " dan satu pandangan agar rumah " mampu milik " itu biarlah dalam keadaan selesa tidak lah seperti duduk dalam kotak belaan burung. Kepada mereka yang sudah berkeluarga juga disarankan dengan pembinaan rumah dengan kos yang paling minima pada kadar RM150 - RM200 sebulan.
Barulah kekayaan negara di kongsi bersama rakyat.
Mengelakkan program yang membenankan rakyat seperti pelaksanaan AER, sistem saman ekor polis dan jpj
Pengurusan dan Pentadbirtan Negara, tidak mengamalkan cara kerja yang menyusahkan rakyat, apa yang perlu mengamalkan konsep " keujudan pemimpin kerana adanya rakyat " seperti pelaksanaan AES, sama ekor ianya lebih " memeritkan " penghidupan harian rakyat, ianya tidak membantu meringankan beban rakyat tetapi
menambah sengsara lagi wang rakyat kerana di aniaya dengan pelbagai kesalahan
yang sengaja di cari oleh pihak penguasa.
Gambar haisan - anak Muda dengan Tuntutan
Pengembalian royalti Kelantan
Sudah pasti " geng muda " berasa selesa dengan perubahan yang akan dilaksankan nanti, tapi sebaliknya kami Geng Muda akan meronta-meronta semula jika kerajaan Pakatan Rakyat masih mengamalkan budaya yang di amalkan oleh regim UMNO / BN
Ubah Sekarang Selamatkan Malaysia! anak muda bersama mu selagi mana engkau
tidak menyusahkan mereka dengan pelbagai akta sekatan dan pelbagai helah untuk
memaksa wang dari poket mereka keluar untuk perkara yang segaja di cari salah
dah silap yang kononnya untuk memacu ekonomi negara dan keselamatan menipu.
No comments:
Post a Comment