Menurut
laporan media, Henry Kissinger ( gambar ) dan 16 badan pemikir lainnya bersetuju
bahawa dalam waktu terdekat “Israel” tidak akan wujud lagi.
The New York Post mengutip perkataan Kissinger : “Dalam 10 tahun, tidak akan ada lagi Israel”.
Pernyataan
Kissinger datar dan tidak memiliki syarat. Beliau tidak menyatakan
bahawa “Israel” dalam bahaya, tetapi menurutnya dapat diselamatkan jika
diberikan triliunan tambahan dollar dan menghancurkan musuh-musuhnya
dengan bantuan tentera Amerika, dipetik daripada Kavkaz Center.
Dia tidak
mengatakan bahawa jika rakan lama Netanyahu, Mitt Romney, terpilih,
“Israel” entah bagaimana dapat diselamatkan. Dia juga tidak mengatakan
bahawa jika mengebom Iran, “Israel” mungkin dapat bertahan hidup. Dia
tidak menawarkan jalan keluar. Dia hanya menyatakan fakta : pada tahun
2022 “Israel” akan tidak ada lagi.
Komuniti bijak
pandai AS bersetuju dengan pernyataan Kissinger, meskipun mungkin tarikh
tepat runtuhnya “Israel” tidak mereka ketahui.
16 badan
pemikir AS dengan anggaran gabungan lebih dari 70 juta USD telah
mengeluarkan analisis 82 muka surat berjudul “Preparing for a
Post-Israel Middle East”.
Laporan itu
mengamati bahawa 700,000 pendatang haram “Israel” telah mencuri
penempatan pada tahun 1967-tanah di mana seluruh dunia bersetuju adalah
milik Palestin, bukan “Israel”-tidak akan tenteram dan hidup dengan
damai. Kerana dunia tidak akan menerima kehadiran mereka terus-menerus
di tanah yang dicuri “Israel” seperti Afrika Selatan pada akhir 1980-an.
Golongan
pelampau Likud pemerintahan “Israel”, menurut laporan itu semakin
memaafkan dan mendukung kekerasan membabi-buta dan pelanggaran hukum
oleh pendatang haram Yahudi.
Laporan
tersebut menyatakan bahawa jenayag oleh ekstrimis Yahudi, dan
infrastruktur apharteid yang berkembang termasuk dinding pemisah dan
sistem yang lebih kejam dari pos pemeriksaan, tidak dapat bertahan,
tidak dapat berlanjutan dan tidak “selaras” dengan
“nilai-nilai” Amerika.
16 badan
pemikir itu bersetuju bahawa “Israel” tidak dapat menahan raksasa
pro-Palestin yang datang terdiri daripada Arab Spring, Kebangkitan Islam
dan kebangkitan Iran.
Perisik AS
mengatakan bahawa dalam realiti ini, kerajaan AS tidak akan lagi
memiliki sumber kekuatan ketenteraan dan kewangan untuk terus menopang
“Israel” terhadap keinginan-keinginannya.
Dalam rangka
untuk menormalkan hubungan dengan 57 negara Islam, AS akan harus
mengikuti kepentingan nasional dan menarik diri untuk “Israel”.
Menariknya,
baik Henry Kissinger mahupun penulis lain dalam Laporan itu tidak ada
yang memberikan tanda bahawa mereka akan meratapi kematian “Israel”.
Ini luar biasa,
mengingatkan bahawa Kissinger adalah seorang Yahudi yang selalu dilihat
sebagai teman “Israel” dan bahawa semua orang Amerika termasuk mereka
yang bekerja untuk badan perisik, telah sangat dipengaruhi oleh media
pro-Israel.
No comments:
Post a Comment