Hubungan diplomatik Malaysia - Indonesia yang melangkaui sempadan geografi. Persaudaraan antara dua negara berteraskan ikatan saudara serumpun yang akrab dari sudut budaya dan juga agama. Hubungan kedua negara ini adalah manifestasi kepada sikap saling hormat - menghormati dan kesedaran bahawa kita punya akar budaya yang mengikat antara satu sama lain di samping faktor ekonomi.
KEADILAN tidak terkejut dengan kenyataan
Zainuddin Maidin yang dangkal dan bersifat fitnah keji terhadap YTH
Bapak B.J. Habibie, Mantan Presiden Republik Indonesia dan Dato' Seri
Anwar Ibrahim seperti dalam rencana yang ditulis beliau dalam akhbar
Utusan Malaysia, 10 Disember 2012 bertajuk 'Persamaan B.J. Habibie
dengan Anwar Ibrahim'.
Apatah lagi rencana tersebut datang
daripada seorang yang sudah bergelumang dan dibesarkan dalam akhbar
Utusan Malaysia; akhbar picisan milik UMNO yang tidak langsung menjana
pemikiran rakyat secara intelek tetapi sentiasa menjadi alat untuk
menghambur fitnah dan cerca. Adalah tidak salah untuk kita menyatakan
bahawa Zainudin Maidin ini sedang menghidap Sklerosis Intelek yang
kronik sebagaimana sebahagian besar pimpinan UMNO yang lainnya.
Malah sikap yang dinyatakan oleh beliau
adalah budaya politik lazim UMNO yang hanya akan menyerang keperibadian
individu dan menabur fitnah yang tiada batasannya. Rencana Zainuddin
Maidin adalah amat memalukan lantaran beliau menggambarkan prasangka
keji kepimpinan UMNO terhadap negara Indonesia.
KEADILAN mengecam keras kenyataan Zainuddin Maidin yang akan mempersulit hubungan dua hala Malaysia - Indonesia.
YTH Bapak B.J. Habibie adalah seorang
reformis dan intelektual bangsa yang berjaya mengubah hala tuju
pentadbiran negara ke arah sebuah sistem yang demokratik dengan
memerdekakan rakyat dari belenggu pemikiran dan hegemoni yang sempit.
Sebagai seorang negarawan, beliau juga seorang yang peduli rakyat dan
memiliki semangat setiakawan yang luhur. Saya sendiri menyaksikan secara
dekat betapa Bapak B.J. Habibie dan isterinya, Almarhumah Ibu Ainun
begitu prihatin semasa Dato' Seri Anwar semasa menjalani rawatan di
Munich, Jerman pada tahun 2004. Hal ini menjelaskan betapa akrab
hubungan keluarga kedua - dua tokoh yang turut memperkukuh hubungan dua
hala Malaysia - Indonesia.
Justeru KEADILAN mendesak Zainuddin
Maidin memohon maaf secara terbuka kepada kedua tokoh ini dengan segera.
Kepimpinan UMNO juga perlu tegas menzahirkan rasa kesal dan memohon
maaf di atas sikap keterlaluan dan keji yang digambarkan melalui
kenyataan tersebut
Mohamed Azmin Ali
Timbalan Presiden
-Pejabat YB Mohamed Azmin Bin Ali
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN)
Ahli Parlimen Gombak
Ahli Dewan Negeri Bukit Antarabangsa
No comments:
Post a Comment