JABATAN PELAJARAN PERAK MEMOHON AGAR SEMUA PPD DAN SEKOLAH MENGADAKAN GOTONG-ROYONG PERDANA YANG MELIBATKAN SEMUA KOMUNITI PENDIDIKAN DI PEJABAT DAN SEKOLAH SEBAGAI PERSEDIAAN PEMANTAUAN AKHIR TAHUN 2012 DAN AWAL TAHUN 2013 SEPERTI MAKLUMAT BERIKUT :
TARIKH - 15/12/2012 (SABTU)
MASA - MENGIKUT KETETAPAN SEKOLAH (SEBAIK-BAIKNYA 8.00-12.00 TGH)
TEMPAT - DI SEKOLAH MASING-MASING
Syed Roshidon bin Syed Abdullah
Penolong PPD Perhubungan
PPD Perak Tengah
shidon70@yahoo.com.my
Facebook:Syed Roshidon
019-5754996
Dalam
rangka program yang sungguh baik ( gotong royong perdana ) untuk
memastikan harta kerajaan khususnya kawasan sekolah terpelihara, juga
diharapkan agar pihak Kementerian pelajaran melalui Jabatan Pelajaran
Negeri dan PPD juga dapat memastikan kemudahan infrastrutur seperti
kompleks dan kuaters guru terpelihara, bangunan sekolah dalam keadaan
yang bagitu kondusif agar pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan
di tahap yang paling maksima.
Untuk itu, apakah pihak berwajib lupa, selain dari memastikan perkarangan sekolah sentiasa bersih untuk di pantau sebelum sesi persekolahan 2013 bermula ada juga bangunan dan kemudahan persekolahan yang perlu di berikan perhatian olih pihak jabatan mau pun PPD itu sendiri.
Untuk itu, apakah pihak berwajib lupa, selain dari memastikan perkarangan sekolah sentiasa bersih untuk di pantau sebelum sesi persekolahan 2013 bermula ada juga bangunan dan kemudahan persekolahan yang perlu di berikan perhatian olih pihak jabatan mau pun PPD itu sendiri.
Kompleks guru yang terletak di Dun Kg. Gajah
1- Isu Kompleks Guru
Gambar tertera ialah sebuah kompleks guru yang sudah ditinggalkan oleh penghuniknya, keadaannya sungguh menyedihkan, keadaan landskapnya, keadaan bangunan rumahnya, keadaan pagarnya seolah-olah bangunan ini tidak ada pengawal dari pihak tertentu. Kenapa harus jadi bagini? Atau apakah bangunan bukan bangunan sekolah tidak perlu di seliai oleh pentadbiran sekolah di mana bangunan ini didirikan? Atau apakah makluman telah diberi tapi ketiadaan dan kecukupan masa untuk pihak dari PPD mau pun JPN hadiri sendiri melihat dan memberikan khidmat bantu?
2- Isu Bangunan Sekolah
Bangunan sekolah ini kedudukannya agak strategi, di laluan utama Kg. Gajah ke Sri Iskandar sudah tentu ianya sentiasa diperhatikan oleh mereka yang menggunakan laluan tersebut. Terletak di DUN Bota dan keadaannya sudah agak lama, kalau ikut pemerhatian saya ( juga bekas guru ) sudah hampir 5 tahun berkeadaan demikian.
Mengapa pihak berwajib tidak mengambil sebarang tindakan? atau apakah pihak pentadbir sekolah alpa dengan keadaan tersebut?
Sepatutnya sekolah-sekolah di pinggir jalan perlu diberikan perhatian khusus kaitan dengan keceriaannya, sudah tentu ada beza pengagihan tugas hak sekolah dan hak PPD. Mengecat bangunan sudah tentu PPD bertanggongjawab dengan permohonan dari sekolah. Bab bunga, sampah kemudahan landskap pulangkan tindakan sekolah.
No comments:
Post a Comment