Model terkenal negara seberang, Novie Amalia telah ditahan oleh pihak
polis Indonesia selepas dia merempuh tujuh orang pengguna jalan raya
baru-baru ini.
Dipetik daripada laporan detikHot, lebih mengaibkan adalah ketika
ditahan, Novie yang memandu kereta Honda Jazz berwarna merah didapati
berada dalam keadaan separuh bogel dan mabuk.
"Novie seolah-olah berada dalam keadaan tertekan kerana ketika ditahan,
dia hanya memakai pakaian dalam. Namun apabila disuruh memakai baju, dia
enggan," ujar Ketua Polis Laka Lantas Jakarta Barat, Ajun Komisaris
Rahmat Dalizar.
Rahmat turut memberitahu, model berusia 25 tahun itu dikatakan memandu
laju dari arah pusat bandar sebelum dia melanggar sebuah motosikal
berhampiran sebuah lampu isyarat di Tamansari, Jakarta Barat sekitar jam
5.30 petang (waktu tempatan).
Novie kemudiannya melanggar seorang lelaki dan dua orang anggota polis
yang cuba memberhentikan kenderaannya dan kemudiannya merempuh beberapa
pengguna jalan raya lain.
Polis yang mengesyaki Novie memandu di bawah pengaruh dadah telah
membuat pemeriksaan lanjut di kediaman milik Novie dan menjumpai sebotol
minuman keras yang didapati sudah separuh diminum.
Penyebaran gambar aksi Novi dalam keadaan separuh bogel mendapat
bantahan daripada kelurga novi terutama gambar-gambar yang memaparkan
aksi novi di balai polis yang turut menampakkan dua anggota polis
memerhatikannya beraksi dalam keadaan seperuh bogel tanpa coli dengan
seluar pendeknya terlondeh di bawah pusat dipercayai kerana mabuk.
No comments:
Post a Comment