Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengakui UMNO berhadapan dengan cabaran masalah persepsi di dalam mengukuhkan imej parti politik tanah air.
UMNO dilabelkan sebagai parti kronisme, elitis, ‘lavish’, sudah tidak mesra rakyat, egois dan korup. Golongan muda di luar melihat UMNO sebagai parti yang ada peluang.
Ada peluang masuk U walaupun result tidak seberapa, ada peluang dapat kerja, ada peluang dapat projek melalui kontek, ada peluang naik pangkat malah ada peluang jadi YB.
Di sekitar perhimpunan agung UMNO 2012 baru-baru ini wakil-wakil mereka mempamirkan wajah-wajah yang berseri yakin menang PRU13 kerana buat masa dan ketika ini Presiden mereka di dalam suhu yang kuat.
Ada wajah yang sudah nampak kecut tetapi dibotokkan atau paling tidak diinjek vitamin C supaya cekang dan merinin untuk memudakan wajah yang sudah tua.
Sampin dan songket berbenang emas berbagai warna tidak kurang bernilai di antara RM3 ribu sehelai malah ada yang RM8ribu.
Pemimpin utama mereka bergentanyangan dengan kereta mewah dan motor besar tergolong di dalam kelab ‘the big boys toys’.
Paling ketara ialah Pak Menteri-Pak Menteri sentiasa dipagari ‘bodyguard’-‘bodyguard’ berwajah bengis mungkin dibimbangi sukar dikawal apabila didekati ramai rakyat kerana ramai rakyat sudah mula terpengaruh dengan ucapan semangat mereka ‘UMNO mesra rakyat’.
Paling tidak pun mereka bimbang diserbu rakyat untuk bersalaman kerana rakyat ingin merasa denyut nadi tangan Pak Menteri yang lembut seperti baldu. Di dalam bas semasa balik dari persidangan tidak kering air lior bercerita kerana dapat bersalaman dengan Pak Menteri.
Di penjuru luar dewan perhimpunan duduk sekumpulan Mak Cik-Mak Cik pemerhati yang datang dari Johor tumpang di meja bulat kami kerana lenguh badan bersimpuh mendengar Ucapan Perasmian Presiden UMNO di laluan pejalan kaki luar dewan persidangan.
Apabila diprovok mereka mula membuka cerita tentang perjuangan UMNO sambil menjamah nasi lemak dan teh tarik PWTC yang berharga RM4/.
Wajah-wajah Mak Cik yang putih berseri bertepung disapu bedak buku nampak seperti sudah berumur dalam lingkungan 60an atau mencecah awal 70an. Katanya biar ditoreh tangan yang berdarah menyokong lain daripada UMNO tidak sekali. Ekpresi wajah Mak Cik yang kedut otomatik menjadi tegang tanpa botok apabila bercakap tentang perjuangan beliau dahulu dan dalam masa yang sama menghentam PAS.
Konklusinya, bukan darjat dan rupa untuk diperkata. Tetapi itulah yang berlaku di depan mata. Bukan UMNO yang berdosa. Tetapi pemimpinnya yang alpa dan leka.
Meminjam kata nasihat Tun M “Pemimpin bukan setakat mesti bersih tetapi mesti dilihat bersih”.
Sekadar untuk renungan sahaja. Cerita ini adalah satu andai semata-mata, benar atau tidaknya biarlah orang UMNO saja yang memikirkan.
No comments:
Post a Comment