Edisi ke dua kaitan dengan UMNO - MANA MAU PERGI HA HA HA.... kita akan bincangkan kaitan dengan beberapa isu lain yang memberikan  titik hitam kepada UMNO / BN itu. UMNO sudah agak hilang arah tuju, sejak PRU12 dengan kehilangan 5 negeri ( Kelantan, Perak, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor  ) tapi akhirnya dengan " kepintaran " dan penyalahgunaan kuasa Perak di rampas kembali. Walau bagaimana pun PR ( Pakatan Rakyat ) terus melakukan usaha untuk terus memeningkan kepala kepimpinan UMNO / BN itu sendiri.
3. Gelombang Sabah.  Bagi Sabah budaya bertukar kerajaan memang sudah menjadi perkara biasa pernah, antara Usno, Berjaya, PBS dan Umno. Salah satu kaedah 
pertukaran kerajaan ialah akibat pemimpin parti keluar parti dan 
menyertai parti lain atau menubuhkan parti baru. “Ini Kalilah”, Sabah 
bakal melakar satu lagi sejarah dalam politik tanah air. Pada kali ini, 
Sabah bukan sahaja mungkin menukar kerajaan negerinya sekali lagi, 
bahkan tidak mustahil membantu menukar kerajaan pusat sekali gus. 
Perkembangan ini sudah pasti memberikan satu tamparan kepada kepimpinan Najib, Sabah bukan lagi " simpanan tetap " untuk BN. Pengunduran 
beberapa tokoh pemimpin Sabah daripada Umno-BN dan menyertai PR merupakan
 sesuatu yang amat menarik. Kenapa ini berlaku? Sabah sudah bertahun-tahun dalam Malaysia, hasil bumi banyak tapi pulangan kepada rakyat amat sikit, dan Sabah terus miskin. Dengan itu apakah dengan pertukaran kerajaan baru nanti akan memberikan sinar ekonomi yang baik nanti ? atau apakah kepimpinan Sabah bersedia untuk menanggung risiko dengan perubahan itu nanti? 
Yang nyata, Sabah kini bukan " simpanan tetap " untuk UMNO / BN lagi.
4.
 Isu Felda. Muktahir, kawasa tanah rancangan Felda juga Felcra sudah juga tidak memihak kepada UMNO / BN. Pada satu ketika kedua-dua GLC ini merupakan suatu tapak yang paling baik bagi 
Umno-BN mengekalkan kuasanya. Kedua-dua agensi ini berada di seluruh pelusuk tanah air. Tapi kini dengan pelbagai maklumat peneroka di kawasan ini sudah berani menyaman kerajaan dan menuntuk hak mereka. Apatah lagi 
sudah ramai generasi keduanya yang berpendidikan tinggi dan tinggal di 
luar Felda. Generasi kedua ini menjadi lebih terbuka pemikirannya kerana
 banyak bercampur gaul dengan masyarakat luar dan terdedah dengan 
pelbagai maklumat.
Apatah lagi dengan isu Felda Global Ventures 
(FGV) yang menimbulkan lebih banyak persoalan tanpa jawapan. Semakin 
lama isu ini berlangsung semakin banyak tembelang Umno-BN terlondeh dan 
semakin kurang penyokong Umno-BN. 
5. Warga pendidik. Dalam perkhidmatan awam, gulongan pendidik adalah majoriti dan ianya berjumlah melebihi 500k jawatan. Mereka kini sudah menjadi liabiliti kepada kerajaan, mereka mampu mengubah landskap politik tanah air. Mereka kini sedang di belai oleh kerajaan seperti " menatang minyak yang penoh " Apa yang penting gulongan ini tidak lah seperti mereka dari Felda yang amat mudah di " tipu ". Dasar yang di ubah tidak mencerminkan keintiman mereka kepada kerajaan. Contohnya kini Sistem Penilaian Berasaskan Sekolah ( PBS ) ianya menambahan beban kerja untuk guru. Sedangkan isu PPSMI masih belum selesai.
Pada kesempatan ini pula PR mengambil kesempatan dengan " mampu " memberi elaun RM500 setiap bulan untuk gulongan ini. PR amat sedar bahawa 
golongan ini melakukan pekerjaan yang paling mulia iaitu menyampaikan 
ilmu kepada anak bangsanya. Mereka merupakan barisan paling hadapan 
dalam menentukan masa depan negara
6. Penyelewangan dana awam. 
Kemuncak kepada penyelewengan dana awam ialah kes yang membabitkan 
National Feedlot Corporation (NFC), syarikat milik suami Datuk Seri 
Shahrizat Abdul Jalil. Kes ini bukan semata-mata membabitkan 
menyalahgunaan dana awam yang banyak, tetapi pendedahan oleh laporan 
audit negara adalah sesuatu yang tidak boleh dinafikan dengan mudah oleh
 Umno-BN. 
Dalam kes ini, Perdana Menteri langsung tiada hujah 
untuk mempertahankannya, sehinggakan Datuk Seri Shahrizat terpaksa 
diturunkan daripada kerusi senatornya sekaligus jawatan menteri  yang 
dipangkunya.
Namun, rakyat tidak mudah untuk melupakan isu ini 
begitu sahaja. Penyelewangan dana awam sebanyak RM250 juta bukanlah 
sesuatu yang kecil anak. Banyak perkara yang dapat dimanfaatkan oleh 
rakyat jika wang sebanyak berada ditangan pemimpin yang jujur.
Jika
 rakyat mahukan duit ini dikembalikan atau isu ini diselesaikan, mereka 
tiada pilihan melainkan memberikan kuasa kepada PR pada PRU13 nanti.
isu seterusnya apa itu AES. 

No comments:
Post a Comment