Pernah GM maklumkan, 
 lagi lama Najib gagal membubarkan Parlimen lagi banyak isu yang akan di
 dedahkan dan sama ada oleh pihak pembangkang mau pun pihak BN / UMNO 
itu sendiri, Pembangkang memang sepatutnya melakukan pendedahan itu tapi
 malang sekali penyokong, peminat serta badan-badan bukan kerajaan ( NGO
 ) mesra UMNO / BN secara sama ada sengaja atau pun sebaliknya juga 
membantu membongkar kelemahan  dan salah guna kuasa oleh pemimpin mereka
 sendiri.
Kuasa
 pemerintahan PRU12 ini akan tamat pada 24 April 2013, pembongkaran demi
 pembongkaran, pendedahan demi pendedahan, dari semua institusi, dan 
kini sehingga ke istana telah menyerlahkan kenapa perlunya Malaysia 
menerima satu sistem pemerintahan yang baru. Perkembangan 
politik mutakhir ini dengan ujudnya  beberapa isu besar meletakan 
Umno-BN  lebih banyak bertahan daripada 
menyerang. Seolah-olah isu-isu ini dilihat bakal menyusahkan Umno-BN 
untuk mengekalkan kuasanya pada Pilihan Raya Umum Ke-13 yang akan tamat 
pada tarikh tersebut. Apakah UMNO / BN sedang menggali kubur mereka sendiri ? 
Isu-isu tercatat mungkin " mengkuburkan " UMNO itu nanti.
Isu-isu tercatat mungkin " mengkuburkan " UMNO itu nanti.
1. Isu Agama;
 ianya jelas sekali bagaimana pengamalan dwi standard oleh UMNO, terbaru
 kaitan dengan pendedahan Nurul Izzah serangan cukup- hebat oleh 
pemerintah, semua akhbar memutrar belitkan ucapan tersebut. Malahan 
ianya juga melibatkanpihak istana tapi bagaimana denagn kekurangan 
ajarnya Datuk Seri Chua Soi 
Lek. 
Beliau
 menyerang dan menidakan HUDUD di perhimpunan MCA dan di depan Najib 
Pemimpin 1Malahysia dan akhirnya Najib mengumumkan RM30juta untuk 
sekolah Cina. Tidak ada siapa yang mempertikaikan CSL dan akhirnya 
Pengerusi Ulama Muda mententeramkan keadaan, bahawa CSL bersetuju dengan
 Islam tapi menolong HUDUD alam PAS. Sebelum ini pun beliau telah 
beberapa kali mempertikaikan Islam tidak tentangan oleh UMNO dan badan 
NGO mesra UMNO. Apakah UMNO merestuai tindakan ini?
Stragtegi
 untuk mengalihkan sokongan Cina dari DAP ke MCA dan cuba mengujudkan 
pertelingkahan antara DAP dan PAS setakat ini MCA menemui jalan buntu. 
Mungkin juga tindakan MCA ini pula memberikan kredit kepada PAS. Orang 
Melayu mula membenci MCA dan UMNO. Yang sudah pasti rugi ialah UMNO itu 
sendiri.
2. 
Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN). Isu PTPTN boleh 
menjadi salah satu pemangkin terkuburnya Umno-BN. Tawaran Pakatan Rakyat
 untuk melupuskan hutang PTPTN adalah sesuatu yang sukar ditolak oleh 
mahasiswa yang waras dan mengikuti perkembangan politik serta ekonomi 
semasa.
“Kos untuk hapus hutang PTPTN pula dianggarkan RM2 bilion, manakala BN tidak memperincikan tetapi bersetuju RM30 bilion boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun dengan kos RM2 bilion setahun,” kata Pengarah Strategi KEADILAN itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. - Bajet dari PR.
Berpuluh ribu graduan sama ada yang telah bekerja mahupun yang masih menganggur terikat dengan pinjaman tersebut. Ada yang mampu membayarnya, ada yang tidak mampu dan ada yang sengaja tidak mahu bayar.
“Kos untuk hapus hutang PTPTN pula dianggarkan RM2 bilion, manakala BN tidak memperincikan tetapi bersetuju RM30 bilion boleh dibayar dalam tempoh 20 tahun dengan kos RM2 bilion setahun,” kata Pengarah Strategi KEADILAN itu pada sidang media di lobi Parlimen hari ini. - Bajet dari PR.
Berpuluh ribu graduan sama ada yang telah bekerja mahupun yang masih menganggur terikat dengan pinjaman tersebut. Ada yang mampu membayarnya, ada yang tidak mampu dan ada yang sengaja tidak mahu bayar.
Orang
 yang berhutang wajib melunaskan hutangnya, tetapi orang yang memberikan
 hutang boleh melupuskan hutang orang yang berhutang. Oleh itu, jika 
tawaran PR ini menjadi pilihan para peminjam PTPTN, nyawa Umno-BN bakal 
berakhir.
siri 2 - apa yang berlaku di Malaysia Timur

No comments:
Post a Comment