Kita
yang menganut agama Islam juga berpolitik berlandaskan Islam juga kita
bercita-cita untuk menegakkan sebuah negara yang mengamalkan prinsip dan
yang berdasarkan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias. Untuk itu apakah kita
sebagai individu yang akan membentuk satu kumpulan masyarakat sudah
bersedia untuk mengubah landskap politik tanah air kini? Ini satu
persoalan yang cukup berat. Sebagai contoh jika anda dari kalangan "
ahli PAS ", sudah pasti anda sudah di baiahkan untuk sentiasa memastikan
peraturan dan tatacara sebagai ahli PAS, untuk itu segala tindakan anda
sentiasa dalam perhatian PAS sebagai sebuat organisasi.
Ada beberapa tips yang perlu di ikuti jika Sebuah Negara Islam yang kita idamkan:
( yang lepas kita dah bincang dari sudut aqidah )

Dari Segi Ibadah
1. Kita mestilah memastikan ibadah kita menepati dengan apa yang ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Wajib menjadikan ibadah sebagai penghubung dengan Allah SWT kerana Allah sebagai tempat untuk mengadu hal kepadanya dan merasai kehadiran Allah SWT dengan melupakan kesibukan dunia.
Sabda Rasulullah SAW
“Allah SWT tidak memandang kepada sembahyang seorang lelaki yang mengerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya”
2. Mesti mengambil berat terhadap ibadah qiamullail (sembahyang malam) serta melatih diri melakukannya sehingga menjadi satu kebiasaan. Kerana qiamullail adalah sumber kekuatan yang memantapkan Iman. Sebagai anggota Pas yang memperjuangkan Islam sudah tentu akan menerima berbagai ujian maka kekuatan rohani amat penting untuk merempuh halangan ini. Kekuatan ini yang tidak dipunyai oleh musuh walaupun mereka memiliki kekekuatan fizikal dan kewangan yang lain.
Firman Allah SWT, “Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk khusyuk) dan bacaan (al-Quran) pada waktu itu lebih berkesan” Al-Muzammil 73:6)
3. Mesti meluangkan waktu tertentu untuk membaca al-Quran dengan cara merenungi maksud dan pengajarannya. Banyak kisah-kisah yang terdapat di dalam al-Quran dapat diambil pengajaran dan menjadi rangsangan kepada kita untuk berjuang dengan lebih gigih. Kita mesti membacanya dengan penuh tadabbur, merenunginya dengan khusyuk dan sedih kerana sabda Rasulullah SAW
Bermaksud,
“Sesungguhnya al-Quran diturunkan dalam keadaan duka cita, maka apabila kamu membacanya hendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut”
4. Menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam setiap urusan hidup kerana doa adalah otak segala ibadah. Kerana itu saya akan memilih doa-doa yang ma’thur dari Rasulullah SAW. Doa adalah senjata bagi orang mukmin ketika berhadapan dengan musuh.
Firman Allah SWT
“Mintalah doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu” (Ghafir, 40: 60)

Siri 3 akan datang bagaimana pandangan dari sudut akhlak
No comments:
Post a Comment