Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Monday, November 12, 2012

UMNO - KERENAH GENERASI KE2NYA

Angin bertiup kencang dalam beberapa blog, sama ada blog pro pembangkang mau pun blog pro pemerintah. Mereka mula mempertikaikan kerenah anak-anak pemimpin pemerintah ( khususnya dari UMNO ), anak-anak mereka sudah mengambil kesempatan dari kemewahan keluarga untuk hidup penoh dengan bergaya. Anak-anak mereka hidup mewah dengan melupakan kemikinan penghidupan rakyat terbanyak.

Mereka sanggup berhibur, berpesta, melancung, berkenderaan mewah serta corak penghidupan sudah tidak boleh di jadikan ikutan lagi. Cuba ikuti cerita dan gambar yang di sertakan di bawah ini.

Kecoh di Zeta Bar, Hotel Hilton, Kuala Lumpur, apabila bar tersebut telah ditempah khas untuk sebuah parti persendirian. Parti yang dikatakan bermula jam 10.30 malam itu dibuat bagi menyambut harijadi anak seorang pemimpin tetinggi Umno. Parti ini juga mendapat liputan meluas apabila ramai orang yang menunggu di lobi hotel tersebut untuk melihat siapa yang hadir ke majlis itu.

Ramai yang cuba untuk memasuki parti itu tetapi tidak dibenarkan kerana nama tiada dalam senarai jemputan.

Orang yang pertama sampai ke Hilton adalah Dafi (anak Ismail Sabri Yaakob, Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan ) tiba dengan kereta Toyota Harrier putih, tidak lama selepas itu Jamil Jidin (anak kepada Ahli Parlimen Setiu) tiba dengan kereta BMW putih.

Yang menggemparkan bila Ashman Najib (anak perdana menteri Najib Altantuya) tiba dengan Bentley hitam bersama pasangannya, diikuti Alissa Hishammudin (anak perempuan kepada Naib Presiden Umno, Hishamuddin Hissein) yang tiba selepas itu dengan Alphard hitam bersama pasangannya iaitu anak lelaki kepada Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) (anak tiri penyanyi Siti Nurhaliza).

Jam 11 malam pula suasana tambah panas apabila Aizat Fikri (anak kepada Ahli Parlimen Kuala Nerus) tiba dengan Volkswagen merah. Apa yang menambah hangatnya lagi ialah pasangan beliau yang dikatakan dan kelihatan seperti seorang pelakon dipercayai Tiz Zaqyah Razak (pelakon drama bersiri Nur Kasih ). 

Jemputan yang akhir tiba adalah dipercayai anak kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Nazri Aziz yang tiba dengan sebuah Porsche berwarna putih.

Parti itu dikatakan tamat jam 2 pagi dan dipercayai lebih 100 orang hadir ke parti itu.
Apa yang menyedihkan apabila parti itu dikatakan bertukar menjadi parti liar apabila semua tetamu keluar dari hotel dan berjalan dalam keadaan mabuk di sekitar hotel dan muntah-muntah.

Ini memang melambangkan perangai yang tidak senonoh!

 Fikir-fikirkanlah WAHAI RAKYAT MALAYSIA KHASNYA penduduk FELDA YANG PANGKAH Umno.












No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA