Kini Nurul Izzah Anwar sudah memasuki peringkat ujian sebenar dalam arena politik, beliau di uji dengan dan sejauh mana kemampuan beliau untuk menangkis, menjawab memberikan butiran untuk mempertahankan dirinya. Anak sulung Ketua pembangkang ini pernah mengelilingi dunia semasa ayahandanya di tohmah, di fitnah dan akhirnya ke penjara, ramai kalangan pemerhati politik perpendapat masa depan beliau dalam arena politik cerah, malahan beliau dalam usia muda dapat mengatasi kepimpinan wanita UMNO yang lebih senior.
Apakah isu pilih agama ini bermulanya zaman gemelingan kepimpinan beliau, hanya Allah yang mengetahuinya.
Apakah isu pilih agama ini bermulanya zaman gemelingan kepimpinan beliau, hanya Allah yang mengetahuinya.
Ternyata bahawa Nurul Izzah Nasib Presiden PKR mempunyai bakat politik yang besar seperti bapanya Anwar Ibrahim apabila beliau mendahului JAIS untuk membuat laporan kepada JAIS apa yang disifatkannya sebagai fitnah Utusan terhadapnya mengenai kenyataannya bahawa kebebasan beragama di Malaysia sewajarnya meliputi orang Islam.
![]()  | 
Nurul Izzah bersama peguam berjalan keluar selepas 
membuat aduan di Jakim. Gambar dipetik daripada 
NST Online 
 | 
Jika tindakan Nurul Izzah ke Jakim itu merupakan inisiatifnya sendiri 
tanpa nasihat bapanya, maka ternyata bahawa beliau mempunyai bakat-besar
 dalam politik tanah air yang akan membantu peningkatannya dengan 
pantas. Kontroversi kenyataannya yang menggemparkan itu tidak 
merugikannya dari segi  memeriahkan popularitinya, kecuali mencedera 
parahkan PKR.
Bakat besarnya jika kelak melalui proses laluan politik yang 
direnovasikan tanpa saingan yang lebih hebat dari Puteri atau wanita 
UMNO atau muslimat Pas, maka tidak dapat ditolak kemungkinan beliau akan
 bangkit diatas kegagalan bapanya untuk menjadi Perdana Menteri Wanita 
Pertama Malaysia. (Sewajarnya Rafidah Aziz yang menjadi Perdana Menteri 
Wanita Pertama Malaysia, tetapi tanpa pluralisme ini tidak dimungkinkan)
Dalam pada itu, kontroversi ini mendedahkan betapa semakin jauhnya Pas 
meninggalkan prinsip agamanya. Jika dahulu, dialah yang akan sepantas 
kilat menjadi suara api, berani, keras dan bengis yang membakar dan 
menggegarkan negara apabila prinsip Islam dicerobohi.
Dengar betapa lunaknya komen Nik Azz; Mursyidul Pas dalam hal ini: "Jika
 benar ucapannya itu, maka Nurul membuat pekara yang tidak betul," 
katanya  tetapi bila ditanya oleh pemberita tentang kenyataan Timbalan 
Perdana Menteri Muhyuddin Yassin, bahawa beliau seharusnya berani 
menyatakan kebenaran dalam pekara yang bercanggah dengan prinsip Islam 
dan prinsip Pas, Nik Aziz bekata "perkara itu tidak berbangkit".
Nik Aziz bekata demikian dalam keadaan seluruh orang Islam gempar 
dikejutkan oleh suatu kenyataan yang menampakkan dengan jelas kemaraan 
berani pencerobohan gerakan pluralisme ke atas tunggak kekuatan Islam di
 negara ini.

No comments:
Post a Comment