Edisi lepas kita dah bincangkan bagaimana masyarakat
negera Islam dengan pegangan dari sudut Aqidah.
Edisi kali ini bagaimana pula sebuah negara Islam
itu di kaitkan dengan Ibadah
Ada beberapa tips yang perlu di ikuti jika Sebuah Negara Islam yang kita idamkan:
Dari Sudut Ibadah
1. Kita mestilah memastikan ibadah kita menepati dengan apa yang
ditunjukkan oleh Rasulullah SAW. Wajib menjadikan ibadah sebagai
penghubung dengan Allah SWT kerana Allah sebagai tempat untuk mengadu
hal kepadanya dan merasai kehadiran Allah SWT dengan melupakan kesibukan
dunia.
Sabda Rasulullah SAW
“Allah SWT tidak memandang kepada sembahyang seorang lelaki yang mengerjakan tanpa kehadiran hati berserta gerak badannya”
2. Mesti mengambil berat terhadap ibadah qiamullail (sembahyang
malam) serta melatih diri melakukannya sehingga menjadi satu kebiasaan.
Kerana qiamullail adalah sumber kekuatan yang memantapkan Iman.
Sebagai anggota Pas yang memperjuangkan Islam sudah tentu akan menerima
berbagai ujian maka kekuatan rohani amat penting untuk merempuh halangan
ini. Kekuatan ini yang tidak dipunyai oleh musuh walaupun mereka
memiliki kekekuatan fizikal dan kewangan yang lain.
Firman Allah SWT,
“Sesungguhnya bangun di waktu malam adalah lebih tepat (untuk
khusyuk) dan bacaan (al-Quran) pada waktu itu lebih berkesan”
Al-Muzammil 73:6)
3. Mesti meluangkan waktu tertentu untuk membaca al-Quran dengan
cara merenungi maksud dan pengajarannya. Banyak kisah-kisah yang
terdapat di dalam al-Quran dapat diambil pengajaran dan menjadi
rangsangan kepada kita untuk berjuang dengan lebih gigih. Kita mesti
membacanya dengan penuh tadabbur, merenunginya dengan khusyuk dan sedih
kerana sabda Rasulullah SAW
Bermaksud,
“Sesungguhnya al-Quran diturunkan dalam keadaan duka cita, maka
apabila kamu membacanya hendaklah kamu merasakan kedukacitaan tersebut”
4. Menjadikan doa sebagai perantaraan dengan Allah di dalam
setiap urusan hidup kerana doa adalah otak segala ibadah. Kerana itu
saya akan memilih doa-doa yang ma’thur dari Rasulullah SAW. Doa adalah
senjata bagi orang mukmin ketika berhadapan dengan musuh.
Firman Allah SWT
“Mintalah doa kepadaku, nescaya aku akan memperkenankan permintaanmu” (Ghafir, 40: 60)
Bagaimana pula Akhlak masyarakat di Negera Islam
- edisi akan datang.
No comments:
Post a Comment