Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Saturday, November 24, 2012

PAU KE 66 - JANGAN UNGKIT ISU SENSITIV


UMNO DAH PUCAT LESI

‘Jangan sentuh isu sensitif’, kata Ku Nan kepada perwakilan Umno

 

KUALA LUMPUR, 23 Nov — Perwakilan yang akan bersidang pada Perhimpunan Agung Umno minggu hadapan dinasihatkan agar tidak menyentuh isu sensitif serta menyakiti perasaan orang lain, kata Setiausaha Agung Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor (gambar).

“Ada benda yang boleh dibahaskan, tapi kalau boleh jangan sentuh isu sensitif.

“Kalau boleh jangan sakiti hati orang lain,” kata Tengku Adnan dalam sidang media sempena taklimat untuk Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang ke 66 yang akan berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) dari 27 November hingga 1 Disember ini.

Tengku Adnan berkata, perhimpunan kali ini akan memberi fokus kepada pilihan raya umum (PRU) akan datang, memandangkan ini adalah yang terakhir sebelum pilihan raya yang perlu diadakan selewat-lewatnya selepas mandat Barisan Nasional (BN) tamat April tahun hadapan.

“Kita akan fokus kepada pilihan raya seperti perhimpunan MCA dan Gerakan.

“Kita tidak ada isu dalaman dalam parti,” kata Tengku Adnan lagi.

Sebelum itu, Tengku Adnan memberi taklimat media sempena perhimpunan agung ini.

Seramai 4,447 perwakilan akan menghadiri perhimpunan agung kali ini, dimana dijangka 1,322 wartawan akan membuat liputan pada perhimpunan ini.

Tengku Adnan juga berkata, Umno juga menjemput 52 orang delegasi dari 20 buah parti yang melibatkan 18 buah negara sebagai pemerhati perhimpunan kali ini.

Beliau juga menunjukkan pas masuk media dan bip yang perlu dipakai oleh media sepanjang perhimpunan itu.

“Kita adakan kawalan yang ketat pada perhimpunan kali ini supaya tidak ada anasir yang mengganggu perhimpunan kali ini,” katanya lagi

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA