Siri amalan rasuah pemimpin di Malaysia, kini Malaysia juga di kenali di mata dunia dengan amalan rasuan tersebut. Di paparkan beberapa kes yang melibatkan pucuk pimpinan.
Rasuah 1 : Pembongkaran di Hongkong.
Rasuah 1 : Pembongkaran di Hongkong.
PETALING
JAYA 23 November: Ahli Parlimen (MP) Hong Kong, James To menyokong
penuh usaha KEADILAN untuk menggesa Suruhanjaya Bebas Menentang Rasuah
Hong Kong (ICAC) membuka semula kes rasuah RM40 juta melibatkan Ketua
Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.Menurut Ahli Dewan Undangan Negeri
(Adun) Teja, Chang Lih Kang, James turut berjanji untuk membawa isu
tersebut ke dalam Sidang Parlimen Hong Kong.
"Mereka
menyatakan kebimbangan akan keseriusan kes ini dan menurutnya adalah
menjadi tanggungjawab setiap orang untuk membantu ICAC dalam mengumpul
bukti,” katanya.“Justeru, kalau ada bukti kukuh diserahkan, kes pasti
dibuka semula kerana mereka tak mahu Hong Kong dijadikan ‘syurga’ untuk
melakukan jenayah rasuah,” jelasnya.
Lih Kang bersama Pengarah
Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli; Ahli Parlimen Selayang, Wiliam Leong
dan Ahli Parlimen Petaling Jaya Selatan, Hee Loy Sian membuat sidang
media itu di ibu pejabat parti petang tadi sekembalinya mereka dari Hong
Kong hari ini.
Delegasi KEADILAN itu bertolak
ke Hong Kong Rabu lalu.Lih Kang berkata, selain James, Ahli Parlimen
Hong Kong yang turut berjumpa mereka dan menyatakan sokongan termasuk
Naib Pengerusi Panel Keselamatan, Leung Kwok Hung dan Raymond Wong. ~kd
Rasuah 2: pembongkaran di Swirzerland
DAMANSARA 23 November: UBS Bank di Switzerland membuka siasatan kes
pengubahan wang haram berjumlah USD90 juta yang didakwa melibatkan Ketua
Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.
Ia didedahkan Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah pada ceramah Merdeka
Rakyat di Padang Bola Apartment Damansara Damai, di sini malam tadi.
“Nama Musa Aman dikaitkan dengan siasatan kes ‘money laundering’
(pengubahan wang haram) berjumlah USD90 juta di Switzerland.
“Nama Musa dikatakan sebagai salah seorang pemegang akaun yang disiasat,” katanya depan lebih 5,000 rakyat. “Bukan itu sahaja, kes melibatkan Musa Aman juga kini akan dibuka di
Hong Kong melibatkan wang pemberian oleh jutawan balak Michael Chia
berjumlah RM40 juta,” kata Ahli Biro Politik KEADILAN itu.
Sivarasa berkata, puluhan laporan dibuat terhadap pemimpin Umno BN
kepada polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), namun
hingga kini tiada seorang pun didakwa. “Bila kita buat laporan, dia tutup fail. Bila kita tanya di Parlimen, mereka tak jawab,” jelasnya.
Beliau juga menyentuh berkenaan kekayaan yang dikumpul Ketua Menteri
Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud dan keluarganya sepanjang lebih 20
tahun memerintah.
“Harta atas nama Taib Mahmud sahaja RM15 bilion. Dicampur dengan nama
anak-anak dan adik beradiknya yang berjumlah RM6 bilion, bermakna
keseluruhan harta keluarga Taib Mahmud berjumlah RM21 bilion.
“Macam mana dia dapat? Kalau nak cerita hal rasuah pemimpin Umno BN, ceramah sampai esok pun tak habis,” sambung Sivarasa. “Kerajaan Malaysia ini seperti orang yang sudah nyanyuk. Tapi mereka
takkan boleh tutup mata rakyat (dari penyelewengan),” tegasnya.
Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong dan Ketua Cabang Rembau, Badrul Hisham Shaharin. ~kd
ehsan Addin.
No comments:
Post a Comment