Adakah kita mengetahui bahawa diri kita sentiasa di perhati dan didoakan oleh malaikat, untuk itu di perturunkan serba sedikit kaitan dengan manusia yang sentiasa dapat perhatian Malaikat.
Ada 11 jenis manusia yang disentiasa mendapat doa dari Malaikat, termasuk kah diri kita?
PERCAYA
kepada malaikat adalah antara rukun iman ( maaf adalah pula orang kata ada malikat jahat ). Ada malaikat yang ditugaskan
berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan
malaikat mendapat keistimewaan.
Dalam
hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian
yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan.
Ketika kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan,
bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan
malaikat. Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah:
1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesiapa
yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam
pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa: “Ya Allah,
ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci.”
2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Tidaklah
salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada
dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya: ‘Ya
Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia.’”
3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan.”
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah:Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf.”
5. Kalangan malaikat mengucapkan ‘amin’ ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Jika
seorang imam membaca…(ayat terakhir al-Fatihah sehingga selesai),
ucapkanlah oleh kamu ‘aamiin’ kerana sesiapa yang ucapannya itu
bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu.”
6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Kalangan
malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada
di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat.”
7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Kalangan
malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai
hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh)
naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.
“Kemudian
mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang
ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit)
sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu
Allah bertanya kepada mereka:
“Bagaimana
kalian meninggalkan hamba-Ku?” Mereka menjawab: ‘Kami datang sedangkan
mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan
mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.’ “
8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Doa
seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang
yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada
seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap
kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu
berkata ‘aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.’”
9. Orang yang membelanjakan harta (infak). Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidak
satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali
dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: ‘Ya
Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak…’”
10. Orang yang sedang makan sahur. Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya:
“Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur.”
11. Orang yang sedang melawat orang sakit. Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Tidaklah
seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000
malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga
petang dan di waktu malam hingga Subuh.”
Sumber
No comments:
Post a Comment