Pengerusi Sekretariat Himpunan Ulama Rantau Asia (Shura), Abdul Ghani
Shamsudin ( gambar ) mempersoal tahap kewarasan media Umno apabila sanggup memutar
belit kenyataan Naib Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar sehingga ada
yang mempertikai akidahnya.
Katanya, media Umno seolah-olah diperalat supaya
memesongkan pemikiran rakyat kepada parti pemerintah semata-mata pilihan
raya semakin hampir.
“Media Umno dah dekat-dekat pilihan raya ini, tahap kesiuman mereka
semakin rendah. Oleh kerana itu, kita kena check (semak) dulu apa yang
disiarkan mereka.
“Kalau mereka tak tahu pasal agama, jangan berani putar belitkan
kenyataan terutama melibatkan soal agama,” katanya ketika dihubungi.
Tegas beliau, tiada apa yang perlu diisukan berhubung kenyataan Nurul
Izzah sedangkan beliau hanya menyebut perkara asas dalam surah al
Baqarah mengenai beragama.
“Apa yang diperkatakan Nurul Izzah itu betul, cuma mereka (media) putar
belit. Tindakan mereka mengaitkannya dengan isu murtad sama sekali tidak
betul kerana isunya sekarang kebebasan agama.
“Murtad isu lain…maksudnya ia tertakluk kepada yang sudah beragama Islam. Jadi kenapa media kaitkan isu ini pula,” jelas beliau.
Abdul Ghani berkata, tujuan sebenar media kawalan Umno bukan mahu
membela agama, tetapi demi menjaga pemerintah yang di ambang kebangkitan
rakyat.
“Tujuan media Umno itu jelas, mereka dipulun setiap hari untuk cari
kesalahan parti pembangkang. Sebab itu mereka gunakan media BN untuk
burukkan Pakatan Rakyat,” ujarnya.
keratan akhbar kaitan dengan murtad
No comments:
Post a Comment