Banyak orang menganggap bahawa orang yang murtad itu ialah orang yang
keluar dari Islam dan mengaku menganut agama lain sahaja. Sedangkan
dalam banyak hal, banyak orang menjadi murtad kerana perbuatan,
tingkahlaku, kepercayaan dan sebagainya. Antara ciri orang yang
tergolong dalam golongan murtad ialah:
1. Menyandarkan hukum kepada selain Allah.
Barangsiapa yang bertahkim atau merujuk kepada hukum-hukum selain yang
telah ditetapkan oleh Allah maka ia termasuk orang yang murtad. Kerana
memang masalah hukum yang menjadi pagar kehidupan manusia tidak boleh
dibiarkan begitu saja. Maka secara tegas Al-Quran menyebut:
"Barangsiapa yang tidak memutuskan menurut apa yang diturunkan oleh
Allah, maka mereka itu adalah orang-orang yang kafir." (Al-Maidah 44)
2. Kebencian terhadap hukum Islam,atau mengutamakan
peraturan lain,atau menyamaratakan
Islam dengan peraturan lain.
Seperti perkataan seseorang, "Aku benci dengan puasa. Sebab puasa ini
menyebabkan tenaga fizikal dan keupayaan kerja menurun, sehingga
memerosotkan ekonomi." Atau perkataan lain, "Aku benci dengan hijab
(pakaian penutup) wanita. Kerana mengurangi ruang gerak dan tidak sesuai
dengan kemajuan zaman.
" Dan antara perkataan lain iaitu: "Dan orang-orang yang kafir maka
kecelakaan bagi mereka dan Allah menyesatkan amalan-amalan mereka."Yang
demikian itu adalah kerana sesungguhnya mereka membenci kepada apa
yang diturunkan Allah (Al-Quran) lalu Allah menghapuskan
(pahala-pahala) amal-amal mereka." (Muhammad 8-9)
3. Mengolok-olok sebahagian isi Al-Quran
atau Sunnah syiar Islam.
Seperti memperolokkan pembahagian harta waris yang tidak sama antara
lelaki dan perempuan atau mengolokkan sunnah yang telah melarang kaum
lelaki menggunakan perhiasan emas, atau mengolokan syiar Islam seperti
penggunaan azan sebelum solat dan sebagainya. Allah berfirman
"Orang-orang yang munafik itu takut akan diturunkan terhadap mereka
sesuatu surah yang menerangkan apa yang tersembunyi dalam hati mereka.
Katakanlah kepada mereka: "Teruskan lah ejekkan-ejekanmu (terhadap
Allah dan Rasul-Nya) sesungguhnya Allah akan menyatakan apa yang kamu
takuti. Dan jika tanyakan kepada mereka (tentang apa yang mereka
lakukan itu) tentulah mereka akan menjawab: "Sesungguhnya kami hanyalah
bersenda gurau dan bermain-main saja. Katakanlah: "Apakah dengan
Allah,ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu selalu berolok-olok." "Tidak usah
kamu minta maaf, kerana kamu kafir sesudah beriman. Jika kamu
memaafkan segolongan daripada kamu (lantaran mereka bertaubat) nescaya
Kami akan mengazab golongan yang lain disebabkan mereka adalah
orang-orang yang selalu berbuat dosa." (At-Taubah 64-66)
4. Menghalalkan yang haram dan
mengharamkan yang halal.
Haram dan halal adalah ketetapan Allah dan RasulNya yang tidak
ditunggangi oleh unsur-unsur nafsu. Orang yang menghalalkan sesuatu
yang sudah jelas diharamkan Allah, atau sebaliknya,bererti ia melawan
hukum dan syariat-Nya, lalu dengan bebas ia meletakan hukum dan syariat
secara peribadi. Perbuatan seperti itu jelas perbuatan orang kafir dan
orang yang tersesat. Allah berfirman:
"Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut-sebut oleh
lidahmu secara dusta "ini" halal dan "ini" haram, untuk mengada-adakan
kebohongan terhadap Allah. Sesungguh-nya orang-orang yang
mengada-adakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung. Itu adalah
kesenangan yang sedikit dan bagi mereka azab yang pedih"
(An-Nahl:116-117)
5. Mengimani sebahagian dasar-dasar Islam dan
mengingkari sebahagian yang lain.
Contohnya: Orang Islam yang menyakini Islam sebahagian agama pegangan,
tapi disaat ia mengingkari Islam sebagai agama yang meletakkan
kaedah-kaedah hukum kehidupan atau peraturan. Atau ia menyakini Islam
sebagai pegangan hidup dan disatu saat mengingkari Islam sebagai agama
yang dapat mengatur politik, negara dan ekonomi. Firman Allah:
"Apakah kamu beriman kepada sebahagian Al-Kitab (Taurat) dan ingkar
kepada sebahagian yang lain? Tiadalah balasan bagi orang yang berbuat
demikian daripadamu, melainkan kenistaan dalam kehidupan dunia dan pada
hari kiamat mereka dikembalikan kepada siksa yang sangat berat. Allah
tidak lengah dari apa yang kamu perbuat." (Al-Baqarah 85)
6. Beriman kepada Al-Quran dan menolak sunnah.
Padahal Al-Quran sendiri telah menegaskan bahawa beriman dan taat
kepada Rasulullah SAW merupakan satu ketaatan kepada Allah. Ketaatan
kepada Rasul harus meliputi segala perintah dan larangan, perkataan dan
perbuatan. Firman Allah bermaksud:
"Barangsiapa mentaati Rasul itu, sesungguhnya ia mentaati Allah. Dan
barangsiapa yang berpaling (dari ketaatan itu) maka Kami tidak mengutus
untuk menjadi pemeliharaan bagi mereka." (An-Nisaa':80)
7. Menjadikan orang kafir, munafik dan ateis sebagai pemimpin.
Allah berfirman maksudnya: "Hai orang-orang yang beriman, janganlah
kamu mengambil orang-orang Yahudi dan Nasrani menjadi
pemimpin-pemimpinmu, sebahagian mereka adalah pemimpin bagi sebahagian
yang lain.
Barangsiapa diantara kamu mengambil mereka menjadi pemimpin maka
sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang
zalim." (Al-Maidah 51)
8. Mengolok-olok sifat Rasulullah SAW
ataupun pekerjaan baginda.
Allah SWT bersabda maksudnya:
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu meninggikan suaramu lebih
dari suara nabi dan janganlah kamu berkata kepadanya dengan suara yang
keras sebagaimana kerasnya (suara) sebahagian kamu terhadap sebahagian
yang lainnya, supaya tidak hapus pahala amalanmu, sedangkan kamu tidak
menyedari." (AlHujurat 2)
Kongsikan artikel ini dengan rakan-rakan facebook anda.
-tokwan
No comments:
Post a Comment