Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Tuesday, November 6, 2012

CIRI-CIRI MASYARAKAT SEBUAH NEGARA ISLAM



Kita yang menganut agama Islam juga berpolitik berlandaskan Islam juga kita bercita-cita untuk menegakkan sebuah negara yang mengamalkan prinsip dan yang berdasarkan Al-Quran, Hadis, Ijmak dan Qias. Untuk itu apakah kita sebagai individu yang akan membentuk satu kumpulan masyarakat sudah bersedia untuk mengubah landskap politik tanah air kini? Ini satu persoalan yang cukup berat. Sebagai contoh jika anda dari kalangan " ahli PAS ", sudah pasti anda sudah di baiahkan untuk sentiasa memastikan peraturan dan tatacara sebagai ahli PAS, untuk itu segala tindakan anda sentiasa dalam perhatian PAS sebagai sebuat organisasi.

Ada beberapa tips yang perlu di ikuti jika Sebuah Negara Islam yang kita idamkan:

Dari Segi Aqidah

1.     Saya mestilah beriman bahawa Allah yang maha esa menciptakan manusia bukan sia-sia sahaja. Dan mesti beriman bahawa manusia akan di kembali dan disoal oleh Allah SWT  setiap amalan yang dilakukan di atas dunia. Justeru itu  saya tidak boleh leka dengan dunia sehingga lupa tanggungjawab untuk menegakkan agama Allah SWT kerana ini merupakan perkara yang berkaitan dengan akidah.

Firman Allah SWT
“Maka apakah kamu mengira, bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) ‘Arasy yang mulia” (Al-Mukminun 23:115-116)


2.     Mesti beriman bahawasanya Allah SWT telah mengutuskan Rasul-Rasul dan diturunkan untuk mereka kitab-kitab dengan tujuan mengajar manusia supaya mengenali Allah dan memahami matlamat kejadian mereka. Kita mestilah mempertahankan Sunnah dan ajaran baginda daripada dinodai. Di antara Sunnah yang wajib saya pertahankan ialah menegakkan  syariat  Allah dan hukumnya seperti yang baginda tegakkan di  Madinah.

Firman Allah SWT
“Dan sesungguhnya Kami telah mengutus Rasul pada setiap umat (untuk menyerukan): “Sembahlah Allah (saja), dan jauhilah Thaghut itu”, maka di antara umat itu ada orang-orang yang diberi petunjuk oleh Allah dan ada pula diantaranya orang-orang yang telah pasti kesesatan baginya. Maka berjalanlah kamu di muka bumi  dan perhatikanlah bagaimana kesudahan orang-orang yang mendustakan (Rasul-Rasul)” (Surah al-Nahl 16:36)

3.     Wajib beriman bahawa ganjaran bagi orang yang beriman yang taat kepada Allah ialah syurga. Manakala balasan ke atas orang yang tidak beriman  dan durhaka ialah api neraka. Janji syurga inilah yang menjadi perangsang dan semangat untuk kita membanyakkan amal dan berusaha untuk mempertahan agama Allah daripada dinoda. Kita mesti berusaha untuk menjauhkan diri dari kelompok yang membawa kebinasaan dan dihumban  ke dalam api neraka jahanam. Firman Allah SWT

“…Satu golongan memasuki syurga manakala satu golongan lagi memasuki neraka sa’ir” (Surah al-Syura 42:7)

4.     Wajib beriman bahawa urusan penciptaan undang-undang itu adalah hak mutlak Allah SWT. Tidak harus sama sekali manusia mendahului atau membelakanginya. Apa yang boleh dilakukan oleh ulama’ ialah berijtihad mengeluarkan hukum-hukum dari nas-nas syarak yang dibenarkan. Kita mesti beriman bahawa haram menukarkan hukum yang telah dinaskan secara qat’i oleh Al-Quran dengan  hukum manusia. Menukarkan  kesalahan zina dengan denda wang berlawanan dengan Allah perintahkan dengan disebat 100 kali bagi yang belum berkahwin dan direjam sampai mati bagi yang sudah berkahwin. Firman Allah SWT

“Tentang sesuatu apapun kamu berselisih, maka keputusannya (terserah)kepada Allah (yang mempunyai sifat-sifat demikian) itulah Allah Tuhanku, KepadaNyalah aku bertawakkal dan kepadaNya aku kembali” (Surah Al-Syura 42:10)

5.     Mestilah takut hanyalah kepada Allah dan tidak takut kepada yang lain. Perasaan takut menyebabkan kita menjauhi kemurkaan Allah dan larangan-laranganNya.  Kita mesti yakin bahawa semua tindakan,  diperhati oleh Allah SWT samaada sewaktu sunyi atau terang.  Seperti mana yang Allah menjelaskan

“Sesiapa yang mentaati Allah dan RasulNya serta takut dan bertaqwa kepadaNya maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan” (Surah Al-Nur 24:52)

6.     Wajib mencintai Allah dengan sebenar cinta. Cinta yang menjadikan hati kita sentiasa merasa rindu dan terikat dengannya. Kecintaan ini mendorong menambahkan amalan-amalan kebaikan, bekorban dan berjihad di jalannya  sepanjang masa. Sekalipun hidup dalam kemewahan dan kecintaan terhadap kaum kerabat, semuanya tidak sepatut menghalang kita daripada mencintai Allah. Apabila kecintaan kepada Allah mengatasi semuanya maka tidak ada apa yang boleh diganti dengan dunia dan pangkat. Ini adalah sejajar dengan seruan Allah yang mengingatkan:


“Katakanlah; jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluarga, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khuatiri kerugiannya dan rumah-rumah tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai daripada Allah dan RasulNya dan (dari) berjihad di jalanNya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusannya. Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang fasiq” (Surah al-Taubah 9:24)


7.     Sentiasa beristighfar memohon keampunan kepada Allah SWT. Istighfar ini akan membersihkan hati dan melimpahkan ketenangan hati dan jiwa. Kita tidak akan memohon ampun  selain daripada Allah SWT.

“Dan barang siapa yang mengerjakan kejahatan atau menzalimi diri sendiri kemudian beristighfar memohon keampunan nescaya ia dapati Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. Surah al-Nisa’ 4:110)

Siri 2 akan datang bagaimana pandangan dari sudut Ibadah

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA