Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, November 14, 2012

MELAYU ITU BANGSA, ISLAM ITU AGAMA, UMNO PENING


Sehari dua ini, isu Nurul Izzah yang di terbitkan oleh nya masih menjadi 'lauk' buat media lidah syaitan siang dan malam itu.  Media rasmi UMNO dan NGOs mesra UMNO kait mengait dan sokong menyokong antara satu sama lain untuk " menghentam " beliau. Malahan " lahir " ramai gulongan agama yang ikut sama mempertikaikan Nurul Izzah. Mereka tidak kisah kerana jika mereka bercakap kaitan dengan kepimpinan dari pembangkang mereka akan menerima " pelindungan " dari pihak tertentu.
Manusia semua sama, semua manusia ada agama, kefahaman terhadap agama dan ada pula yang cukup fanatik dengan agama. Tapi betulkah Melayu Itu Mesti Islam, dan Islam itu mesti orang Melayu. Apa yang membezakan mereka hanyalah iman atau kepercayaan beragama mereka.  Di sisi Allah tiada beza sedikitpun kecuali ketakwaan kepadanya.  Itu jelas.

Benarkah apabila kita sebut Melayu maka semestinya Melayu itu Islam?  Siapa boleh jamin setiap Melayu itu Islam?  Atau setiap yang berugama Islam itu mesti Melayu?  Jika tiada siapa pun boleh jamin, terima lah hakikat bahawa Melayu itu sama seperti Cina, India dan sebagainya kecuali jika Melayu itu berugama Islam maka Melayu Islam itu sama juga dengan Cina atau India yang berugama Islam di sisi Allah.

Ada yang berkata, maksud Perlembagaan yang menyatakan bahawa Melayu itu Islam adalah bererti untuk menjadi 'Melayu' mestilah berugama Islam.  Siapa yang tergila-gila sangat untuk menjadi Melayu ini?  Adakah kaum Cina atau India tergila-gila untuk menjadi Melayu sehingga mereka sanggup menukar agama mereka?  Dan, benarkah setelah mereka memeluk Islam maka bangsa atau keturunan mereka automatik menjadi bangsa Melayu?  Bertukarkah status bangsa atau kaum mereka di dalam dokumen seperti Kad Pengenalan setelah mereka memeluk Islam?  Us Ridhuan Tee semua kenal dia berbangsa Cina tetapi adakah di dalam dokumen beliau sekarang telah ditukar kepada bangsa Melayu?  

 Bagi  Nurul Izzah tiada bezanya Melayu dan mana-mana kaum pun di dalam negara ini apabila memilih hak beragama, KECUALI bagi umat-umat Islam mereka terpaksa mematuhi syariat atau hukum yang ditetapkan.  Ertinya, samada mereka Melayu, Cina atau India, sekiranya mereka ini berugama Islam sudah pasti mereka tiada hak untuk keluar dari Islam.  Tetapi, jika mereka ini hanya berstatus Melayu, apa jaminan mereka tidak boleh menukar agama?  Adakah Perlembagaan yang dicipta oleh barat itu berupaya menghalangnya?  
Pendidikan dan pengisian kaitan dengan keagama diperlukan agar Melayu itu istiqomah dengan ugama Islam.  Sekiranya Melayu yang ada tidak yakin dengan Islam atau menentang hukum Islam ertinya Melayu ini bukan Islam.  Jika Melayu yang bukan Islam ini memilih untuk berugama Kristian, siapa yang perlu dipersalahkan sedangkan Perlembagaan membenarkannya untuk membuat pilihan berugama?  Apabila Melayu itu Islam, sudah semestinya mereka tertakluk kepada Syariat dan hukum Islam iaitu tidak boleh menukar agama.  Bukan Melayu sahaja, bahkan jika Cina atau India yang telah berugama Islam sekalipun mereka tidak boleh menukar agama selain dari Islam.  Hukuman murtad di dalam Islam itu amat berat, masalahnya adakah ianya telah dilaksanakan mengikut yang ditetapkan oleh Allah?
Jika tiada peruntukan undang-undang murtad di dalam negara ini atau undang-undang itu berada di bawah tapak kaki Perlembagaan, maka tidak perlulah media-media pencacai mahu mengulas isu tersebut.   Kalau mahu ulas ayat Al-Quran, jangan ditafsirkan dengan Perlembagaan.  

Pendek kata, isu Nurul Izzah ini amat 'simple', tidak perlu Alim Ulamak yang mengulasnya kerana rata-rata masyarakat Islam tahu bahawa Melayu satu perkara lain, Islam satu perkara lain.  Jika seseorang Melayu itu tidak berugama Islam, apa masalahnya jika dia mahu menjadi Kristian?  Melayu yang tidak Islam ini termasuk di dalam ayat " Tiada paksaan di dalam agama".  Ini berbeza jika Melayu itu berugama Islam, ayat tersebut bukan untuk yang telah berugama Islam.  Di dalam Islam semua yang diperintahkan itu wajib dipatuhi termasuk larangan untuk keluar agama Islam, Itulah maksud Nurul Izzah.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA