Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Thursday, November 15, 2012

OBAMA - MEMFITNAH BUKAN BUDAYA KU



Obama sekali lagi di pilih untuk menduduki tahta presiden Amerika dengan mengalahkah Mitt Romney dari Republikan. Bagaimana pun kemenangan beliau telah menimbulkan banyak isu, cara mana dan siapa di belakang kemengangan tersebut. Obama juga tidak ketinggalah menggunkan internate dalam kempennya. Beliau juga mempelbagaikan cara kempen dengan teknologi moden, berinternate, twitter, e-mail dan di kaca tv sudah sementinya.

Faktor kedua kemenangan Obama beliau, kerana sikap sederhana dan tidak " mengumpat  " pihak lawan, beliau tidak melakukan serangan peribadi, sebalikinya Obama hanya menjelaskan dasar-dasar yang akan dilakukannya sekiranya diberi mandat sekali lagi untuk menerajui negara. Motto kempennya ialah bukan memberitahu rakyat jasa-jasa beliau sebelum ini , tapi memberitahu rakyat bahawa masih banyak lagi kerja untuk dilakukan untuk masa depan negara iaitu “We've Got More Work To Do”.

Satelah puas mencari akhirnya ketemu juga seiapa di belakang Obama, siapa bertindak sebagai “ master mind ” kempen Obama. Rupa-rupanya individu yang bertangongjawab ialah seorang Islam untuk menjadi Ketua Saintis dalam jentera kempen beliau. Ketua Saintis Islam ini berumur awal 30an, mendapat pendidikan awal di negara asal beliau di Asia berhampiran Malaysia, mendapat Ijazah Sarjana Muda Kepujian Tertinggi dalam Matematik dan Sains Komputer serta Ijazah Sarjana dalam Penerokaan Ilmu dan Pengkajian Data (Knowledge Discovery and Data Mining) dari universiti terkemuka di Amerika Syarikat.

Ketua Saintis Islam ini telah melakukan banyak kajian, banyak maklum balas, banyak dapatan, menggunakan kaedah saintifik dan sebagainya untuk mengolah dan membentuk keseluruhan jentera kempen Obama, seolah-olah macam siri TV Numbers. Dari olah data dan nombor banyak kes jenayah dapat diselesaikan dalam siri TV Numbers.

Beberapa minit selepas kemenangan Obama , Obama telah tweet kepada peminatnya dengan gambar beliau memeluk isteri kesayangan beliau Michelle. Tweet Obama ini mendapat respon yang begitu banyak sehingga memecah rekod dunia serta mengalahkan tweet beberapa selebriti terkenal antaranya Justin Bieber.

Tidak sampai seminggu kemenangan Obama, Ketua Pengarah CIA telah meletakkan jawatan, seorang Ketua Pengarah CIA yang sebelum ini mengetuai tentera Amerika Syarikat yang melakukan serangan ke atas Afghanistan dan Iraq. Adakah perletakan Ketua Pengarah CIA yang tidak pernah berlaku sebelum ini ada kaitan dengan kemenangan Obama? Hanya Allah yang Maha Mengetahui.

Jadi kepada pemimpin politik di Malaysia, contohilah Obama, yang sepanjang kempen tidak melakukan serangan peribadi, tidak mengingatkan rakyat agar mengenang jasa-jasa mereka sebelum ini, sebaliknya mengajak rakyat bersama memacu negara dengan perasaan kasih sayang terutamanya dengan keluarga sendiri, isteri sendiri serta menerangkan secara terperinci dasar-dasar mereka.
syarat mengata. adat menurut

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA