BN menang ‘pengundian AES’ di Dewan Rakyat
KUALA
LUMPUR, 21 Nov — Barisan Nasional (BN) hari ini menang dalam
pengundian untuk melaksankan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di
Dewan Rakyat walaupun terdapat usaha wakil rakyat pembangkang untuk
menghalang sistem itu dilaksanakan.
Rang
Undang-Undang Perbekalan Belanjawan 2013 bagi Kementerian Pengangkutan
kemudiannya diluluskan oleh Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia
selepas proses pengundian menunjukkan 78 ahli Parlimen bersetuju, dan
49 tidak bersetuju.
Sejurus
pengundian dilaksanakan, Pandikar Amin memutuskan untuk menamatkan
segera sesi penggulungan apabila Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong
Cho Ha menerima asakan bertubi-tubi daripada ahli parlimen pembangkang
yang bangkit mempersoalkan AES sejak tengahari tadi.
Keadaan
itu mencetuskan kekecohan di Dewan Rakyat ketika Kong membahaskan
penggulungan dan beliau dihujani pelbagai persoalan dan dakwaan
mengenai pemasangan kamera AES serta keberkesanannya mengurangkan
jumlah kematian.
Situasi
itu kemudiannya semakin gamat apabila Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk
Mahfuz Omar, yang juga berjuang melalui NGO Kempen Anti Saman Ekor
(Kase) membangkitkan persoalan mengenai dua syarikat utama yang
mendapat tender pemasangan kamera AES, iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan
ATES Sdn Bhd.
Mahfuz
menegaskan, melalui maklumat daripada Suruhanjaya Syarikat Malaysia
(SSM), ATES Sdn Bhd merupakan syarikat berdaftar pada 12 Februari 2009
dan perniagannya berasaskan konsesi yang diperoleh daripada kerajaan
termasuk sistem penguatkuasaan trafik automatik.
Manakala
Beta Tegap Sdn Bhd yang didaftar pada 7 Februari 2004 mendapat
kelulusan kerajaan menjalankan operasi membekalkan barangan dan
perkhidmatan, menguji, serta memasang AES.
"Macam
mana dua syarikat ini tahu dia boleh dapat jaminan tender daripada
kerajaan sedangkan Kabinet luluskan AES pada tahun 2006 dan saringan
pemilihan tender dilakukan tahun 2008?
"Dia
daftar syarikat semata-mata nak dapat tender ... ini menunjukkan ada
perkara yg tak kena ... ini bukan untuk menyelamatkan nyawa manusia
tapi untuk mengkayakan kroni, merompak hak rakyat. Ini perompak
jalanan.
"Kamu
(BN) nak sokong kamu boleh sokong ... kamu pun jadi perompak,
kerajaan menggunakan kamera untuk menyelamatkan manusia ... bohong!"
tegas Mahfuz beremosi.
Dakwaan Mahfuz itu kemudiannya disambut secara sinis Ahli Parlimen Hulu Terengganu Mohd Nor Othman.
"Memang BN perompak," katanya.
Ahli
Parlimen Batu Gajah, Fong Po Kuan dari DAP kemudian bangun mencelah
dan mendesak perjanjian pemberian tender antara dua syarikat terbabit
dengan Kementerian Pengangkutan yang menjadi Akta Rahsia Rasmi
didedahkan kepada umum.
Kong
turut dilihat tenang menerima asakan-asakan pemimpin pembangkang, dan
menepis dakwaan yang dilemparkan kepadanya berkata,"Ahli-ahli Yang
Berhormat tak nak dengar jawapan saya ... sengaja nak putar belit dan
kelirukan Dewan.
"... tapi tidak mengapa, darah tinggi saya belum naik," katanya.
ehsan PASPB
No comments:
Post a Comment