Homestay untuk di sewa

HOMESTAY UNTUK DI SEWA

Rumah Tradisional " d'Waris Inap Desa " ini sedia untuk menerima tempahan. Aras Bawah lobby, ruang rehat, bilik tidur 1, ruang makan, bilik air dan tandas 2 unit. Aras 1, bilik tidur 2 & 3 dan ruang rehat. Kadar sewaan RM200 semalam, lain-lain keperluan mengikut permintaan. Untuk tempahan hubungi 019-5783147, 019-4358117, 05-6311126 atau email ke gajahmenta@gmail.com. Lokasi di Lot 3216, Kampong Bandar Lama, Kg. Gajah.

Wednesday, November 21, 2012

CIRI-CIRI MASYARAKAT SEBUAH NEGARA ISLAM ( AKHIR )

Bahagian akhir dalam memperbicangkan bagaimana sebuah negara Islam yang ingin dilahirkan, ianya bermula dari pembentukan rumah tangga, pembaca juga boleh meneliti semula bahagian lain dalam edisi ini untuk mendapatkan maklumat awalnya.


Sudut Rumahtangga

1.Mesti memastikan perkahwinan kita adalah kerana Allah untuk membina rumahtangga Muslim bagi melahirkan keturunan yang salih, menjadi keluarga yang mampu menunaikan amanah dan melaksanakan tanggungjawab kepada Allah.

Sabda Rasulullah SAW
“Ada tiga golongan yang Allah berhak menolong mereka, orang yang berjihad pada jalan Allah, hamba mukatib (yang berjanji untuk menebus diri untuk menunaikan bayarannya dan orang yang berkahwin kerana ingin memelihara dirinya” (Tirmizi).


2.Kita mesti memilih wanita yang baik akhlaknya dan pegangan agamanya sekalipun  tidak punya harta kekayaan dan kecantikan kerana sabda Rasulullah SAW

“Janganlah kamu mengahwini wanita kerana kecantikannya, kerana boleh jadi kecantikan itu akan membinasakannya, janganlah kamu mengahwini mereka kerana kekayaanya, kerana mungkin kekayaan itu merosakkannya tetapi kahwinilah mereka  atas dasar pegangan agamanya. Hamba perempuan yang rabik dan bodoh tetapi baik agamanya adalah lebih utama” (Ibn. Majah).

3.Perhubungan suami isteri tidaklah terbatas kepada hubungan untuk melepaskan nafsu syahwat sahaja, malah hubungan antara kita mestilah hubungan yang dapat menjalinkan persefahaman dalam pemikiran, kejiwaan dan kasih sayang. Kita sama-sama membaca, menunaikan sebahagian dari ibadah bersama-sama turut mengatur urusan rumah tangga dan meluangkan waktu untuk bergurau senda. Kita mestilah sama-sama memikirkan bagaimana untuk memajukan perjuangan yang di bawa oleh Parti Pas. Sekiranya persefahaman tidak wujud antara suami dan isteri ia akan menjejaskan gerak kerja jamaah.

4.Suami isteri mesti mendidik anak-anak serasi dengan acuan Islam. Orang ramai sentiasa memerhati rumahtangga ahli Pas supaya selari dengan prinsip perjuangan yang di bawa. Kita bimbang orang tidak berminat dengan Pas apabila melihat rumahtangga ahli Pas yang tidak tepat dengan kehendak Islam. Pastikan anak isteri menutup aurat mengikut syariat. Kita tidak mahu anak isteri  menjadi fitnah pada perjuangan Pas.  Biar orang  berminat dengan Pas apabila mereka melihat rumahtangga Islam yang dibina dalam rumah ahli Pas. Firman Allah SWT

“Wahai orang yang beriman peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu, penjaganya malaikat-malaikat yang kasar dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan mengerjakan apa yang diperintahkan” (Al-Tahrim 66:6)

5.Berazam untuk memastikan anak-anak kita menjiwai dan memperjuangan Islam apbila kita sudah menemui Allah. Tidak ada makna jika kita  seorang sahaja yang berjuang. Pastikan perjuangan kita akan diwarisi oleh anak cucu kita. Jangan biarkan kaum keluarga kita beristirehat di rumah biar mereka sama-sama bergelumang dengan perjuangan.

6.Perjuangan nenegakkan syiar Islam perlu dari rumah. Berkongsi pengalaman dan memberi semangat kepada mereka untuk meneruskan perjuangan ini. Jangan ada di kalangan kita tidak mahu  membincang mengenai perjuangan dengan keluarga, ini satu kesilapan. Kegagalan ketua rumah untuk meneruskan perjuangan islam ini akan meninggalkan kesan yang negatif terhadap perkembangan dan pembangunan Islam itu sendiri. Kelekaan ketua  rumah untuk memastikan " Islam " sentiasa di dampingi akan menyebabkan generasi seterusnya leka dengan keadaan kini.

Masa kini remaja sudah hilang arah tuju, peranan media sama ada media cetak, elektronik semuanya berusaha meninggalkan islam. Kecuaian kita mendidikan akan memberikan kesan terhadap pembangunan sahsiah keislaman mereka.

No comments:

Post a Comment


Jangan Lupa Berjuang Korbankan Masa Demi ISLAM TERCINTA