Nampaknya pelbagai isu
sedang mencurah-curah menerjah Parti-parti Pakatan Rakyat hasil kerja
buat Umno/Bn dengan para pencacai mereka. Semua ini ditimbulkan bukan
kerana kesedaran dan keinsafan terhadap isi kandungan isu yang dibangkit
dan dikecohkan, melainkan kerana hanya tujuan politik semata-mata.
PAS, PKR dan DAP sekarang
terlalu fokus dan bergerak sederap dalam menghadapi pilihanraya ke 13
dan membangkitkan momentum pergerakan rakyat bagi memenangi pilihanraya
dengan begitu kuat sekali. Momentum UBAH KERAJAAN yang amat menggerunkan
Umno/Bn, inilah yang mahu dipecah dan dihancurkan oleh Umno/Bn yang
sedang kecemasan setelah gagal membawa isu hudud melalui CSL!
Maka dengan sebab itulah
tak habis-habis isu dimainkan silih berganti. Terbaru isu Nurul Izzah
dalam masalah umat Islam murtad. Kedua isu konon PAS sudah terkeluar
dari landasan perjuangan sebenar!
Dalam isu murtad kalangan umat Islam di negara ini...kalau ada yang atau ramai yang
murtad hakikat sebenarnya bukan salah YB Nurul Izzah! Nurul Izzah hanya
baru sepenggal menjadi Ahli Parlimen dan hanya baru-baru ini mengulas
isu murtad sedangkan kes umat Islam murtad ini tolong tanya Zulkfli
Nordin sedikit atau ramai bilangannya, sejak bila? Tanya jugak Tok
Harussani Mufti Perak yang mungkin banyak maklumat tentang murtad, sejak
bila ianya berlaku?
Adalah tidak munasabah
langsung apabila Nurul Izzah mengulas isu murtad seminggu dua ini, Umno
menjadi terberak cair dalam tidur dan kelam kabut terjaga mencari taik
yang meleleh, sedangkan isu ini telah kedengaran sebelum tahun 1997 lagi
yang mana waktu itu rasanya Nurul Izzah masih lagi seorang penuntut!
Ohh....Nurul dilaporkan
berkata orang Melayu Islam boleh murtad kalau mereka pilih begitu?
(Kalau itulah yang kononnya Nurul Izzah maksudkan). Habis yang
beribu-ribu kes murtad seperti yang pernah diumumkan oleh Harussani
dahulu, pada waktu itu YB-YB Umno, bapak-bapak menteri Umno dan kerajaan
Umno/Bn tak tahukah yang orang Melayu Islam tidak boleh murtad sama ada
mengikut hukum dan juga perlembagaan negara?
Kenapa waktu Harussani
dan Zul Nordin sibuk dengan isu murtad dahulu YB-YB Umno, bapak-bapak
menteri Umno dan kerajaan Umno tak kecoh malah senyap kelu beribu
bahasa?
Kenapa wakil-wakil rakyat
dan bapak-bapak menteri Umno menolak 4 kali usul YB-YB ahli Parlimen
PAS dalam parlimen untuk membahas isu dan membentangkan Akta Murtad?
Ooo...agaknya waktu itu YB-YB Umno/Bn dan bapak-bapak menteri Umno
tidak tahu kot bahawa orang Islam kalau dah Islam tak boleh murtad dan
tak tahu jugak Perlembagaan Malaysia tidak benarkan orang Melayu menjadi
bukan Islam?
Hakikat yang sebenarnya
ialah Umno Baru yang ada pada hari ini bukan risau sangat dengan
pandangan dan pendapat Nurul Izzah itu, cuma mahu memecahkan momentum
dan gelombang UBAH KERAJAAN yang berjaya diwujudkan oleh Pakatan Rakyat
sekarang! Itu sahaja!
Dan kalau benar mahu
mencari salah siapa dalam isu murtad ini sudah tentulah YB-YB Parlimen
Umno, Bapak-bapak menteri Umno dan kerajaan Umno lah yang SALAH BESAR
dalam kewujudan murtad dalam kalangan orang-orang Melayu di Malaysia
hari ini, bukan Nurul Izzah, bukan PAS, bukan PKR, bukan sesiapa. Malah
sesiapa yang menjawat jawatan Ketua Agama Islam pun turut SALAH BESAR!
Kenapa? Fikirlah sendiri!
Apa sebenarnya yang YB-YB
Parlimen Umno, bapak-bapak menteri Umno dan kerajaan Umno buat dalam
mengukuhkan dakwah Islamiah dan anutan Islam umat Islam Malaysia? Tak
ada!
Yang ada hanyalah:
1. Mematikan dan menyekat bantuan kewangan kepada SAR-SAR tulin.
2. Memperlekehkan Pendidikan Agama Islam kepada sekadar mata pelajaran untuk lulus peperiksaan bukan untuk amalan
3. Memfitnah program-program qiamulail sebagai perosak proses pembelajaran pelajar.
4. Menggalak amalan hidup
bebas tanpa mengikut hukum-hakam contoh yang nyata dan terang, isteri
Perdana Menteri sendiri boleh memeluk dan dipeluk dikalayak ramai oleh
bukan muhrim yang jelas HARAM! Contoh lain Perdana Menteri dengan
selamba pernah meraikan K-Pop yang seksi dengan penuh gembira dihadapan
ratusan anak-anak muda! Islam benar atau tidak apa yang Perdana Menteri
buat semasa K-Pop seksi datang tempoh hari? Islam tidak benarkan, kalau
tak percaya tanya Fathul Bahri! Sebenarnya bapak-bapak Menteri Umno ini,
tahu atau tidak bahawa ada hukum halal dan haram dalam pergaulan Islam?
5. Menghalang
institusi-institusi masjid menjadi institusi pembentukan ilmu dan budaya
keimanan dan taqwa umat Islam dengan alasan agama suku, politik suku!
6. Menghalang perbincangan isu dan usul mengenai murtad oleh PAS di parlimen sebanyak 4 kali!
7. Mengatakan ada syaitan baik dan ada malaikat jahat! Na'uzubillah!
Dan banyak lagi yang
kerajaan Umno buat dan galakkan kalau nak disenaraikan satu persatu
selama 55 tahun memerintah Malaysia, yang bukan ke arah memantapkan
aqidah umat sebaliknya menghancurkan aqidah Islam .
Oleh yang demikian
sebagai rakyat dan umat Islam yang cerdik kita tidak payahlah melayan
Umno dan para NGO mereka yang kecoh siang malam sehari dua ini konon
mengutuk YB Nurul Izzah.
Kalau betul ada yang
layak atau patut dikutuk kerana masalah murtad, bukanlah YB Nurul Izzah
tetapi YB-YB Umno, bapak-bapak menteri Umno dan kerajaan Umno Baru yang
ada kini! Isu murtad adalah masalah lama yang berlaku dalam tempoh Umno
memerintah dan akan terus berlaku selagi Umno memerintah! Untuk
menyelasaikan masalah murtad dalam kalangan umat Melayu dan Islam dalam
negara hanyalah dengan memberi peranan kepada PAS untuk mengganti Umno
yang telah tidak relevan lagi buat menjamin survival Islam ditanah air.
Wallahuaklam.
garamlada
No comments:
Post a Comment