Logo - yang di takuti oleh SPR
Menjelangnya PRU 13 ini, SPR telah menjadi bagitu " buta " untuk segala-galanya, buta hati, buta daya fikir apa yang mereka tahu ialah bagaimana untuk memastikan UMNO / BN terus memerintah, terus berkuasa dan terus " mengauk " hasil negara dan SPR juga rasa cukup selesa dengan " kemunduran rakyat ", cukup selesa dengan kezaliman pemerintah UMNO / BN. Mereka juga cukup selesa dengan buruk perangai yang di laksanakan oleh kepimpinan UMNO / BN. Mereka juga merestui amalan rasuah, kronisma dan sebagainya.
Tapi langit tidak selalunya cerah, panas ada kalanya di selang selikan dengan hujan, sampai masanya SPR juga di tegor, SPR juga di lebalkan sebagai " kuda tunggangan " SPR juga seperti agensi yang tidak tahu menggunakan " suruhanjaya " yang di gunakan di pangkal SPR itu sendiri. Apakah sememangnya kepimpinan di SPR itu buta?
Apakah kebutaan ini di sambil kesempatan oleh UMNO / BN?
Tapi malang, pada PRU 12 seolah-olah negara di langgar oleh ombak besar " tsunami ", ombak besar ini telah merubah landskap politik tanah air, pukulan ombak ini membuatkan SPR sudah tidak dapat tidor lena lagi. Pejabat SPR menjadi tumpuan orang ramai untuk mengadu sebarang kemuskilan kaitan dengan pendaftaran, penambahan pengundi dan sebagainya kaitan dengan pilihanraya.
Badan bukan kerajaan " BERSIH " telah memainkan peranan untuk tujuan memastikan SPR di bersihkan segera. Mereka di bawah - nama tak perlu - adalah antara kalangan kepimpinan yang di petanggongjawabkan dalam hal pembersihan SPR tersebut.
Kepimpinan BERSIH
Bagi mereka hanya 8 perkara yang diperlukan untuk SPR ubah
- Bersihkan Senarai Undi
- Mereformasikan Undi Pos
- Gunakan Dakwat Kekal
- Akses Media Bebas & Adil
- Masa Kempen Minima 21 Hari
- Kukuhkan Institusi Awam
- Hentikan Rasuah
- Hentikan Politik Kotor
Tuntutan yang 8 dalam ( seperti diatas ) Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 masih belum diambil tindakan secara serius oleh SPR, dengan gerak kerja pemutihan daftar dan audit daftar
pemilih amat perlu diteruskan. Selagi Parlimen tidak dibubarkan, masih ada masa memperbaiki
kelemahan yang wujud. Jadi,
selagi SPR tidak dilihat bersih, kerja-kerja pengauditan ini tidak perlu di berhentikan. Hanya dengan desakan dan bantahan sahaja memastikan SPR sentaisa diperhatikan dan mereka tidak tidor lena dan terus memastikan UMNO / BN selasa dengan penipuan. Tapi malang sekali SPR yang ini sudah jadi sebahgian dari UMNO sentiasa memberi jawapan dan alasan serta melebalkan " pengadu " sebagai musuh yang sering diserang,
kononnya memang sentiasa mahu mencari salah.
Tunjuk perasaan oleh peminat BERSIH
Bagi UMNO / BN baru kini mereka sedar yang SPR itu adalah agensi kerajaan yang menjadi hak milik rakyat, dan rakyat boleh menegor pada bila-bila masa, mereka UMNO perlu sedar zaman sudah berubah, menang selesa bukan lagi hak UMNO. Malahan, sudah lama BN merasakan SPR adalah “hak mereka”. Kalau mereka kalah, baru mereka menyalahkan SPR tetapi jika mereka menang, mereka tidak kisah sama ada SPR itu “bersih” atau pun tidak. Itu dulu. Zaman itu sudah berlalu. Zaman pengundi yang bermati-matian bergantung kepada pondok panas sudah tidak ada lagi. Zaman ini, zaman langit terbuka dengan sms yang banyak membantu.
Tunjuk perasaan oleh peminat BERSIH
Bagi UMNO / BN baru kini mereka sedar yang SPR itu adalah agensi kerajaan yang menjadi hak milik rakyat, dan rakyat boleh menegor pada bila-bila masa, mereka UMNO perlu sedar zaman sudah berubah, menang selesa bukan lagi hak UMNO. Malahan, sudah lama BN merasakan SPR adalah “hak mereka”. Kalau mereka kalah, baru mereka menyalahkan SPR tetapi jika mereka menang, mereka tidak kisah sama ada SPR itu “bersih” atau pun tidak. Itu dulu. Zaman itu sudah berlalu. Zaman pengundi yang bermati-matian bergantung kepada pondok panas sudah tidak ada lagi. Zaman ini, zaman langit terbuka dengan sms yang banyak membantu.
Kita dapat lihat SPR seolah-olah tidak
sedar iklim politik sudah berubah. Lanskap politik sudah berbeza dan
yang penting, anak-anak muda yang ada hari ini adalah dari golongan yang
berpengetahuan luas. Zaman UMNO / BN menang dengan majoriti besar sudah berlalu, atas dasar itu kepimpinan Umno pula melihat, jika SPR dibersihkan, peluang mereka menang
dalam pilihan raya seakan-akan pudar. UMNO / BN pula perlu ambil kesempatan atas usaha BERSIH ini kerana tidak semestinya perubahan ini memihak kepada Pakatan Pembangkang. Cuma, mereka mahu bertanding
dalam satu proses pilihan raya yang bersih dan tidak main semborono
sahaja.
Akhirnya sampai bila UMNO / BN mengharapkan setiap kemenangan melalui " penyelewengan ", kenapa juga UMNO tidak berani bertanding di tanah yang sama rata? kenapa perlu semua agensi kerjaan digunakan, kenapa semua kakitangan kerajaan di perhambakan sedemikian rupa. Bagi SPR,mereka amat perlu mengubah persepi tugasan yang diamanahkan cuba keluar dari cara lama, SPR sebuah SURUHANJAYA, bertindaklah sebagai suruhanjaya. Tidakkah SPR berasa malu jika sebuah pondok meletakkan motosikal menjadi alamat daftar pemilih. SPR juga perlu rasa malu jika satu alamat di satu rumah, berpuluh-puluh nama didaftarkan. Ada pula pemilih yang alamat, nombot KP sama, alamat ada rumah tiada, rumah bertingkat lebih dari apa yang ada.
.
Sepatutnya bila ada gerakan audit daftar pemilih di jalankan oleh
mana-mana pihak, SPR berterima kasih, kerana meringankan tugas mereka. Ini tidak pihak yang ini pula dituduh yang bukan-bukan.Akhirnya sampai bila UMNO / BN mengharapkan setiap kemenangan melalui " penyelewengan ", kenapa juga UMNO tidak berani bertanding di tanah yang sama rata? kenapa perlu semua agensi kerjaan digunakan, kenapa semua kakitangan kerajaan di perhambakan sedemikian rupa. Bagi SPR,mereka amat perlu mengubah persepi tugasan yang diamanahkan cuba keluar dari cara lama, SPR sebuah SURUHANJAYA, bertindaklah sebagai suruhanjaya. Tidakkah SPR berasa malu jika sebuah pondok meletakkan motosikal menjadi alamat daftar pemilih. SPR juga perlu rasa malu jika satu alamat di satu rumah, berpuluh-puluh nama didaftarkan. Ada pula pemilih yang alamat, nombot KP sama, alamat ada rumah tiada, rumah bertingkat lebih dari apa yang ada.
.
No comments:
Post a Comment